Tiada Siapa Boleh Nilai Makna Sebenar Postpartum Depression, Luahan Jujur Sarimah Ibrahim

Share

Pengacara dan pelakon Che Puan Sarimah Ibrahim baru-baru ini mencuri perhatian di Threads apabila berkongsi satu pandangan yang sangat mendalam tentang postpartum depression (PPD)  satu fasa yang sering disalah ertikan dan kadangkala dipandang ringan oleh masyarakat.

Menurut Sarimah, berdasarkan pengalaman sendiri sebagai ibu serta latar belakangnya dalam bidang mental health education dan advocacy, tiada siapa sebenarnya boleh menilai dengan tepat bagaimana rupa sebenar postpartum depression bagi setiap ibu.

“Based on my own experience, my mental health education, my experience in mental health advocacy, being a mum, watching other mums – Let me say:
No one can judge or state exactly what postpartum depression looks like. It’s different for every mother & can show up in many ways – looking like hyperactivity, crying non stop, overworking, anxiety, numbing out, paranoia, arguing due to constant fear thoughts… & it CAN & does ruin many relationships UNLESS the person is aware and gets Professional Help.”

Postpartum Depression Tak Semestinya ‘Menangis Hari-Hari’

Kata-kata Sarimah ini mungkin kedengaran ringkas, tapi penuh makna dan realiti yang ramai ibu terlepas pandang. Dalam dunia hari ini, ramai menilai ibu dari apa yang mereka nampak di luar — senyuman di media sosial, rumah yang kemas, anak terurus, hidup nampak bahagia. Tapi di sebalik semua itu, ramai terlupa bahawa postpartum depression

tidak semestinya kelihatan seperti “menangis setiap hari” atau “murung tanpa sebab”.

Kadangkala, PPD muncul dalam bentuk yang ramai tak perasan:

  • Ibu yang terlalu sibuk dan overworking, seolah-olah cuba menutup kekosongan hati.
  • Ibu yang cepat marah atau terlalu risau tentang perkara kecil.
  • Ibu yang tiba-tiba hilang minat terhadap apa-apa pun, rasa kosong, “numb”.
  • Ada juga yang nampak ceria di luar, tapi bila pintu bilik tertutup, air mata jatuh tanpa suara.

Semua ini, seperti kata Sarimah, adalah wajah berbeza postpartum depression — yang ramai tak nampak, dan kadangkala, tak mahu nampak.

Bila Bertahan Jadi Pilihan, Bukan Kerana Kuat Tapi Takut Dinilai Lemah

Gambar Hiasan AI

Ramai ibu hari ini berjuang dalam diam. Mereka terus bertahan — bukan sebab tak mahu bantu diri, tapi sebab takut dicop “lemah”, “tak pandai urus anak”, atau “tak bersyukur”. Jadi mereka teruskan… menolak jauh rasa sedih, cemas, dan hampa.

Namun, seperti yang Sarimah ingatkan  bila emosi ditekan terlalu lama, ia bukan saja boleh memudaratkan diri sendiri, tapi juga merosakkan hubungan dengan pasangan, anak-anak, dan keluarga.

“Unless the person is aware and gets professional help,” kata Sarimah. Kesedaran itu langkah pertama yang paling penting. Bila seorang ibu mula sedar dia mungkin sedang alami postpartum depression — itu bukan kelemahan. Itu kekuatan.

Tanda-Tanda Postpartum Depression Yang Sering Tak Disedari

  • Terlalu sibuk atau overworking tanpa rehat.
  • Sukar tidur walaupun anak dah tidur.
  • Menangis tanpa sebab atau terlalu mudah marah.
  • Tak rasa gembira walaupun bersama anak.
  • Rasa takut tanpa sebab, rasa bersalah melampau, atau sentiasa fikir diri tak cukup baik.

Kenapa Ibu Perlu Buka Mulut, Bukan Pendam

Gambar Hiasan AI

Ramai fikir mereka boleh lawan sendiri, tapi postpartum depression bukan sekadar ‘emosi lemah’. Ia melibatkan perubahan hormon dan kimia otak yang perlukan rawatan serta perhatian profesional.

Counsellor, psychiatrist, atau support group untuk ibu boleh bantu seorang ibu keluar dari kegelapan ini dengan lebih cepat dan selamat. Langkah pertama ialah bercakap — dengan pasangan, sahabat, atau doktor. Dan setiap langkah ke arah sembuh itu patut diraikan, bukan dipandang serong.

5 Tip Untuk Ibu Yang Sedang Bertarung Dalam Diam

  • Luahkan, jangan simpan. Ceritakan pada seseorang yang dipercayai.
  • Dapatkan rawatan profesional. Jumpa doktor, kaunselor atau psikologis.
  • Jaga asas diri. Makan, tidur, dan keluar rumah untuk dapat udara segar.
  • Kurangkan tekanan media sosial. Jangan banding hidup sendiri dengan orang lain.
  • Ingat: Anak perlukan ibu yang tenang, bukan ibu yang sempurna.

Pesan Dari Hati

Kita selalu diajar untuk jaga anak sebaik mungkin, tapi jarang diajar untuk jaga diri sendiri selepas melahirkan. Padahal, kesejahteraan emosi seorang ibu adalah asas kepada kebahagiaan seisi keluarga.

Postpartum depression bukan tanda lemah, tapi tanda bahawa jiwa ibu sedang meminta perhatian dan kasih sayang.

Sumber: Sarimah Ibrahim

Published by
Nor Yusoff