Memahami kekangan kewangan bagi keluarga berpendapatan sederhana ke bawah dan dalam keadaan negara sedang menghadapi proses pemulihan ekonomi, kerajaan komited untuk terus membantu dalam usaha mengurangkan jurang ekonomi dalam kalangan rakyat.

Maksimum Empat Anak, Bawah 18 Tahun Layak Terima Tambahan Bantuan BSH RM480Bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi fasa tiga melibatkan lima juta penerima bukan di kawasan pedalaman di Semenanjung, Sabah dan Sarawak akan dibuat sebelum akhir Julai ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata pembayaran berkenaan membabitkan RM3 bilion terdiri daripada 3.8 juta kategori isi rumah dan 1.2 juta individu bujang.

Bantuan RM120 bagi setiap anak bawah 18 tahun, maksimum 4 orang

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, penerima kategori isi rumah yang menerima bantuan sebanyak RM600 layak menerima tambahan bantuan RM120 bagi setiap anak yang berusia bawah 18 tahun dengan maksimum empat orang anak.

“Misalnya, isi rumah berpendapatan kurang RM2,000 dengan empat anak akan mendapat RM1,080,” katanya dalam kenyataan media Laporan Ke-11 Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (Laksana) bagi Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), di sini, pada Selasa.

IKLAN
Maksimum Empat Anak, Bawah 18 Tahun Layak Terima Tambahan Bantuan BSH RM480
Gambar Hiasan (Kredit: Astro Awani)

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, seperti yang diumumkan sebelum ini, pelaksanaan pembayaran secara tunai Bantuan Prihatin Nasional (BPN) serta fasa kedua dan ketiga BSH 2020 bagi kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak (tiada akaun bank) akan bermula pada 1 hingga 31 Julai 2020 yang diselaraskan Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMSabah) dan Perbendaharaan Malaysia Sarawak (PMSarawak)

Usaha itu katanya, bakal memanfaatkan 53,325 penerima dengan implikasi kewangan sebanyak RM28.7 juta.

Dalam perkembangan berasingan, beliau menambah, sebanyak 4.34 juta permohonan telah diluluskan dengan pengeluaran berjumlah RM2.17 bilion sebulan sehingga 26 Jun lepas bagi program i-Lestari KWSP.

IKLAN

“Kerajaan sedar walaupun masih ada bantuan-bantuan yang lain seperti BPN, BSH, SOCSO, EIS, zakat, dan sebagainya, masih ada golongan rakyat yang berkeadaan amat kekurangan,” katanya.

Maksimum Empat Anak, Bawah 18 Tahun Layak Terima Tambahan Bantuan BSH RM480

IKLAN

Kerajaan akan terus cari jalan penyelesaian

Ekoran itu, beliau menegaskan kerajaan tidak memandang ringan aspek keselamatan sosial rakyat dan bantuan pakej PRIHATIN dan PENJANA disasarkan untuk membantu dalam jangka masa pendek.

Tengku Zafrul berkata, kerajaan akan terus memantau rapat situasi semasa untuk mencari jalan penyelesaian yang mampan untuk jangka masa sederhana dan panjang.

Sumber: Astro Awani

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI