“Maksud Pemimpin Hebat, Dekat Dengan Nama Ibu.” Raja Urhan Pilihan Uyaina & Suami

Share

Selepas selamat melahirkan bayi lelaki pada Khamis lalu, Uyaina Arshad dan suami sepakat menamakan bayi lelaki mereka Raja Urhan Raja Syahiran.

Uyaina dalam satu perkongsian di Instagram berkata, Urhan memiliki maksud yang cukup baik selain sebutannya hampir sama dengan ibunya.

“Assalamualaikum semua! Meet (berjumpa) dengan Raja Urhan Raja Syahiran.

“Urhan bermaksud pemimpin yang hebat. Selain dekat dengan nama ibu kami yang tercinta Noor Alhan, nama Urhan juga diambil dari nama Sultan Empayar Uthmaniyyah yang kedua iaitu Sultan Orhan Gazi.

“Semoga Raja Urhan membesar menjadi seorang khalifah yang baik di muka bumi ini dan dapat memberi kebaikan kepada ramai orang,” tulisnya.

Dalam masa sama, Uyaina memaklumkan kehidupan sebagai ibu dan bapa sudah bermula untuk mereka jalani bersama.

Menerusi perkongsian itu juga, wajah Urhan tidak kelihatan ketika Syahiran sedang mendukung anaknya itu.

Terdahulu, pengacara program Wanita Hari Ini itu selamat melahirkan anak sulungnya pada 8 September lalu di sebuah pusat perubatan di ibu negara.

Uyaina dan Raja Syahiran yang juga penyanyi melangsungkan pernikahan di Colony Star Boulevard, di sini, pada 20 Disember tahun lalu.

Kredit: IG Uyaina

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

IKLAN