Setiap ibu bapa pastinya berdebar setiap kali keputusan peperiksaan anak diumumkan. Walaupun baru berusia enam tahun, hati seorang ibu tetap penuh harapan berharap anak kecilnya menunjukkan peningkatan dan mula minat dengan pelajaran.
Ads
Namun, apa yang dikongsikan oleh seorang ibu di aplikasi Thread baru-baru ini mengundang pelbagai reaksi netizen, terutama dalam kalangan ibu bapa yang punya anak kecil di peringkat prasekolah dan awal sekolah rendah.
Dalam perkongsian itu, si ibu memuat naik gambar kertas ujian anaknya. Katanya, dia agak terkejut apabila melihat beberapa jawapan anaknya ditandakan salah dan berkongsi punca jawapan anaknya dikatakan salah.
“Tadi yusuf balik, dia ckp markah exam dia dpt 73. Lps tu kita pon cek la kat mne dia salah. Antara punca dia tak btl semua ini lah,” tulisnya memberi tahu anaknya berusia 6 tahun.
Adik makan nasi (n bukan N )
Badan gajah besar (huruf g dan j)
Bapa beli kereta baru (k bukan K)
Itu teko ibu
Di atas meja ada jam ( huruf j)
Ibu Ini Hanya Mahu Anak Terus Suka Belajar
Dalam perkongsiannya, ibu ini menegaskan dia bukan menyalahkan guru, cuma berharap anak belajar dari kesilapan.
“Ye btl tu. Kat rumah dh banyak kali pesan. Ni dh salah tu, br dia belajar kot. Hope.”
Perkongsian itu mendapat perhatian ramai pengguna Thread. Ada yang bersetuju dengan pendirian guru yang menandakan jawapan tersebut salah kerana mahu mendidik pelajar menulis dengan tatabahasa yang tepat dan formal.
“ Tapi bagus sebenarnya bila cikgu strict macam ni supaya dapat belajar daripada kesalahan. Kalau lenient sangat, risau nanti akan ulang lagi kesal yang sama.”
Namun, tidak kurang juga yang berpendapat pendekatan terlalu ‘straight’ sebegitu boleh menyebabkan anak-anak kecil rasa patah semangat dan akhirnya menjauhkan diri daripada subjek Bahasa Melayu yang sepatutnya mereka cintai.
“Anak Jadi Tak Minat Nak Belajar…”
Dalam satu lagi ciapan susulan, seorang yang bergelar guru meluahkan rasa bimbang.
Saya cikgu. Sorry i disagree. Pada sy
This is Not ok. Strict sgt. Jawapan tu betul je. Jangan nanti budak benci BM pulak. Sebab strict sangat. Saya ajar menengah pernah ajar kelas peralihan. Kalau camni budak peralihan pun saya bagi betul,” tulisnya.
Luahan itu membuat ramai ibu bapa turut berkongsi pengalaman hampir sama anak-anak mereka jadi takut menjawab soalanz
Seorang pengguna Thread menulis, “Patutlah anak ramai stress. 6 tahun kena macam ni.”
“Faham niat cikgu nak betulkan bahasa baku, tapi mungkin boleh bagi markah separuh dan tulis nota kecil ‘jawapan hampir betul’. Sekurang-kurangnya anak rasa dihargai usaha dia.”
Manakala seorang lagi berpendapat, “Kalau usia 6 tahun, sepatutnya fokus pada kefahaman dan keberanian anak untuk menulis, bukan terlalu menilai kesempurnaan ayat. Nanti mereka cepat hilang minat.”
Antara Disiplin Bahasa Dan Jiwa Anak Kecil
Ads
Ads
Perbincangan itu akhirnya membuka ruang lebih besar sejauh mana sistem pembelajaran awal kanak-kanak memberi ruang kepada kreativiti dan kefahaman, bukan hanya ketepatan teknikal.
Guru sememangnya berperanan membimbing dan memastikan penggunaan bahasa yang betul, namun dalam masa sama, penting untuk mempertimbangkan tahap perkembangan kanak-kanak.
Pada usia 5 hingga 7 tahun, anak-anak masih dalam fasa membina keyakinan diri. Apa sahaja bentuk teguran, walaupun kecil, boleh memberi kesan besar terhadap emosi dan minat mereka terhadap pelajaran.
Tip Untuk Ibu Bapa: Cara Galakkan Anak Minat Bahasa Melayu Walaupun Markah Rendah
1.Fokus pada usaha, bukan keputusan.
Puji anak atas kesungguhan, bukan semata-mata markah. Contohnya, “Mama bangga sebab adik berani cuba jawab!”
2.Baca bersama setiap hari.
Bacakan cerita atau artikel mudah dalam Bahasa Melayu supaya anak terbiasa dengan struktur ayat yang betul tanpa rasa tertekan.
3.Gunakan bahasa yang positif di rumah.
Elakkan menegur dengan ayat seperti “Salah tu!” sebaliknya gunakan, “Cuba tengok semula, ada tak cara lain nak tulis ni?”
4.Beri ruang anak menulis bebas.
Minta anak tulis diari ringkas atau nota harian, walaupun ayatnya belum sempurna. Tujuannya untuk melatih ekspresi diri dan keberanian menulis.
5.Bincang dengan guru.
Jika nampak anak murung atau hilang semangat, ibu bapa boleh berjumpa guru untuk sama-sama cari jalan tengah antara skema dan emosi anak.
Kesimpulan
Apa yang berlaku dalam kisah ibu ini sebenarnya mencerminkan dilema ramai ibu bapa masa kini. Dalam usaha mendidik anak dengan disiplin dan ketepatan, kadang-kadang kita terlupa bahawa anak-anak kecil masih belajar mengenal dunia termasuk bahasa.
Bahasa bukan sekadar betul atau salah di atas kertas, tetapi tentang bagaimana ia membuat anak berani bercakap, menulis, dan menyampaikan isi hati mereka.
Mungkin sudah tiba masanya kita sama-sama menilai semula pendekatan yang digunakan agar anak-anak bukan sekadar lulus dalam kertas ujian, tetapi juga jatuh cinta dengan keindahan Bahasa Melayu itu sendiri.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru-baru ini tular sebuah video yang menunjukkan seorang tahanan memeluk erat anak perempuannya ketika kanak-kanak itu datang melawatnya di sel polis.
Di dalam video tersebut dapat dilihat tahanan itu yang bernama Aceng sedang bergurau dengan anaknya. Dikatakan pada awalnya, kedua-dua beranak ini hanya dapat melepaskan rindu di sebalik tirai besi.
Mungkin disebabkan rasa ihsan dan terharu dengan hubungan ayah dan anaknya itu membuatkan salah seorang petugas di sana membukakan pintu sel tahanan tersebut.
Sebaik saja pintu dibuka, mereka dapat bermesra dengan lebih dekat sambil bergurau antara satu sama lain. Video ini menjadi tular selepas dimuat naik di akauan Instagram @undercover.id.
Namun tidak pula dijelaskan dengan lebih lanjut tentang kesalahan Aceng yang ditahan di sel polis Jambi.
Ramai yang terharu dengan perkongsian video tersebut dan ternyata ia mengundang rasa sayu warganet yang melihat betapa eratnya kasih sayang ayah tersebut dengan anak perempuannya.
“Mungkin dia gagal menjadi ‘orang baik’ tetapi dia tidak gagal menjadi seorang ayah.”
‘”alan cerita mereka Allah izinkan buat kita semua saksikan dan ambil iktibar. Ada hikmah besar buat mereka dan kita yang melihat juga.”
“Ada cinta yang begitu tinggi, yang tak mampu dihalang oleh jeriji besi. semoga anda hikmah buat anda dan keluarga.”
Dikongsikan untuk menjadi pengajaran serta berkongsi betapa hebatny kasih sayang seorang ayah terhadap anaknya. Semoga Aceng dan keluarga terus tabah dengan ujian ini.
Penceramah selebriti yang juga merupakan suami kepada Neelofa memaklumkan isterinya itu bakal bersalin pada bila-bila masa sahaja.
Bapa kepada Muhammad Bilal itu berkongsi perkhabaran itu ketika mengendalikan sebuah program.
Bahkan kata Haris, dia akan turut serta ke hospital selepas program itu bagi menemani Neelofa yang sudah pun dimasukkan ke wad.
“Isteri dah hampir due, doakan insyallah.
“Tapi sanggup berkorban tu, datang juga. Insyallah kita doakan segalanya dipermudahkan.
“Korban tak korban, selepas ini saya terus pergi,” katanya yang akan menemani isterinya itu untuk bersalin.
Dalam pada itu, rakan gandingan Haris, Fakhrul Radhi turut sama mendoakan agar proses kelahiran bayi kedua Neelofa dan Haris itu dipermudahkan.
Terdahulu, Neelofa yang bakal menyambut kelahiran bayi keduanya itu memilih untuk menggunakan khidmat bidan kampung dari Terengganu untuk menjaganya sepanjang berpantang kelak.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Bantuan awal sekolah lambat menjadi antara faktor yang menambah tekanan kepada kebanyakan ibu ayah setiap kali musim persekolahan bermula. Dalam diam, ramai yang sudah mula ulang-alik ke sekolah, beratur panjang membeli buku, serta mengumpul satu persatu kelengkapan anak-anak.
Waktu inilah duit terasa keluar tanpa henti baju PJ, yuran PIBG, buku latihan. Itu belum termasuk kasut, beg sekolah dan keperluan lain yang perlu disediakan dalam tempoh singkat.
Lebih terasa apabila anak ramai. Seorang anak mungkin masih boleh ditarik nafas, tetapi bila dua, tiga atau empat, setiap sen yang keluar datang bersama rasa berat di dada. Bukan kerana tidak rela berbelanja, tetapi kerana hati ibu ayah sentiasa mendahulukan anak walaupun diri sendiri terpaksa berkira.
Seperti yang tular di Threads baru-baru ini, satu perkongsian jujur seorang ibu berjaya menyentuh emosi ramai kerana ceritanya terlalu dekat dengan realiti kehidupan sebenar, terutama apabila bantuan awal sekolah lambat diterima.
Luahan ringkas itu sudah cukup membuatkan ramai ibu ayah terdiam. RM500 lebih hanya untuk buku dan baju sukan, itupun masih berjimat dengan menggunakan apa yang sedia ada.
Tiada keluhan berlebihan dalam perkongsian itu. Hanya rasa sebak yang datang sendiri apabila menyedari tanggungjawab sebagai ibu bapa memang tidak pernah murah.
“Seronok budak-budak tu tadi, dapat buku dan baju sukan baru. Masa nak balik tu dorang masih kat jalan besar tengah jalan kaki slow-slow.”
Anak-anak hanya tahu mereka gembira menyambut sesi persekolahan. Mereka tidak tahu berapa banyak yang ibu ayah kira, timbang dan tahan di dalam hati demi memastikan senyuman itu tidak hilang.
Dalam kepenatan dan emosi yang bercampur baur, ibu ini sempat memerhati seorang lagi ibu bersama anak-anaknya berjalan perlahan di tepi jalan.
Perkongsian ini bukan tentang menunjuk kebaikan atau mencari pujian. Ia hanyalah luahan hati seorang ibu yang memahami betapa kerasnya hidup dan betapa kuatnya ibu bapa bertahan demi anak-anak.
Hakikatnya, ramai ibu ayah di luar sana sedang melalui situasi yang sama apabila bantuan awal sekolah lambat menahan risau, menelan sebak dan tetap senyum di hadapan anak-anak.
Anak-anak hanya tahu mereka dapat buku baru, baju sekolah baru dan rasa gembira menyambut hari pertama persekolahan. Mereka tidak tahu berapa banyak pengorbanan berlaku di belakang tabir.
Dan mungkin, itulah makna sebenar menjadi ibu bapa.
Menanggung dalam diam, demi memastikan anak-anak terus melangkah ke sekolah dengan hati yang ringan, walaupun dada sendiri sarat dengan beban.
Untuk makluman, baru-baru ini Perdana Menteri telah mengumumkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) RM150 akan diagihkan pada 11 Januari 2026.BAP bertujuan meringankan beban perbelanjaan persekolahan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!