Penceramah selebriti yang juga merupakan suami kepada Neelofa memaklumkan isterinya itu bakal bersalin pada bila-bila masa sahaja.
Bapa kepada Muhammad Bilal itu berkongsi perkhabaran itu ketika mengendalikan sebuah program.
Bahkan kata Haris, dia akan turut serta ke hospital selepas program itu bagi menemani Neelofa yang sudah pun dimasukkan ke wad.
“Isteri dah hampir due, doakan insyallah.
Ads
“Tapi sanggup berkorban tu, datang juga. Insyallah kita doakan segalanya dipermudahkan.
“Korban tak korban, selepas ini saya terus pergi,” katanya yang akan menemani isterinya itu untuk bersalin.
Ads
Dalam pada itu, rakan gandingan Haris, Fakhrul Radhi turut sama mendoakan agar proses kelahiran bayi kedua Neelofa dan Haris itu dipermudahkan.
Terdahulu, Neelofa yang bakal menyambut kelahiran bayi keduanya itu memilih untuk menggunakan khidmat bidan kampung dari Terengganu untuk menjaganya sepanjang berpantang kelak.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
“Boleh tangkap emosi”. Begitu kongsi penyanyi dan pelawak, Achey yang berdepan detik sayu bila mana anaknya, Tiara Zinniriah yang terpaksa dibawa ke hospital selepas demam berterusan.
Menurut kata Achey melalui Instagramnya, dia sayu hati melihat anaknya Tiara yang sentiasa ceria dan tiba-tiba sahaja menjadi lemah dek kerana demamnya yang on dan off.
Bukan sahaja demam bahkan tambah teruk bila mana Tiara muntah sebaik dimasukkan makanan dan menjadikan anak kesayangannya itu bertambah lemah.
“Tiara demam on off yang agak tinggi, makan muntah, makan muntah. Kita tak boleh tahan tengok. Pertama kali ke hospital nampaknya selama 4 tahun,” kongsi Achey sayu.
Kongsi Achey lagi menerusi hantaran yang sama, anaknya Tiara yang kini berusia empat tahun itu mengalami bengkak pada tonsilnya dan kini diberikan rawatan oleh doktor.
Malah kata Achey, dia dan isteri bersyukur keadaan anaknya baik-baik sahaja dan tidak mengalami sebarang masalah yang begitu membimbangkan.
“Syukur hospital UiTM puncak alam dah beroperasi, sampai doctor terus check dan ambil darah dia. Bila check ada tonsil agak besar dekat dengan tekak.
“Dua jam je dapat keputusan darah, alhamdulillah tak ada apa-apa. Namun terlepas juga air mata jantan aku tengok.
“Yelah kecoh kehidupan tiba-tiba senyap lemau je dia, tangkap emosi oo,” tulisnya lagi.
Dalam pada itu, Achey juga turut berterima kasih kepada semua yang mendoakan anaknya, Tiara agar cepat-cepat sembuh dan sempat menasihati agar menjaga diri dan keluarga di musim demam viral ini.
“Pesanan jaga diri dan keluarga semua. Moga yang melalui ujian sakit di berikan syifa dan kesihatan berpanjangan. Tq doakan Tiara,” kata Achey berterima kasih pada semua.
Saat tahu diri hamil sehinggalah nak melahirkan, ibu akan melalui beberapa fasa yang tak sama dengan ibu hamil yang lain. Mungkin bagi orang lain cabarannya pula berbeza. Sebab itu orang kata, ibu hamil yang akan melahirkan anak pengorbanannya tak boleh dibayar dengan wang ringgit.
Lagi-lagi bagi ibu yang baru pertama kali melalui proses kelahiran dan tiada pengalaman, ia adalah saat yang paling takut. Sama ada bersalin normal atau czer kedua-dua prosedur ini tetap mempertaruhkan nyawa si ibu.
Seperti kisah yang dikongsikan oleh Lukya Betaria Sinaga, kisah yang berlaku di Indonesia ini benar-benar sedih. Mana taknya bayi yang lahir meninggal dunia dan keesokannya si ibu pula menyusul.
Lukya Betaria Sinaga memberitahu adik iparnya telah ‘dipaksa’ bersalin secara normal sedangkan mengikut perancangan awal, dia perlu melahirkan secara czer.
Asalnya kena czer, tapi dipaksa bersalin normal
Menurutnya kisah sedih yang menimpa adik iparnya ketika melahirkan bayi di salah sebuah pusat perubatan di Indonesia sesuatu yang tak dijangka. Pada awalnya, adik iparnya (mangsa) dikatakan akan melahirkan bayi melalui kaedah czer tetapi entah bagaimana ketika hari bersalin, jururawat telah memaksa bakal ibu itu melahirkan secara normal.
Walaupun tujuan kami ke sana untuk menjalani pembedahan, tetapi mereka melarang dan memaksa adik ipar melahirkan secara normal sehingga adik ipar kehabisan tenaga.
Tambah Lukya, dia sendiri tidak pasti sama ada keputusan tersebut diarahkan oleh doktor ataupun tidak. Dia yang tidak sampai hati mendengar suara wanita itu meraung kesakitan telah meminta kebenaran untuk masuk ke bilik tersebut tetapi dilarang oleh pihak hospital.
Saya bertanya kepada jururawat, doktor dekat mana? Tapi dia sibuk bercakap dengan telefon, tak tahu dengan siapa. Lebih sedih lagi, adik ipar saya menangis kesakitan, tapi dia dimarahi sebab mereka kata nanti tenaga habis.
Bayi dan ibu tak dapat diselamatkan
Sekitar jam 5 petang, petugas kesihatan telah memberikan induce kepada mangsa bertujuan untuk mempercepatkan proses kelahiran tetapi malangnya gagal. Panik dengan situasi itu, mereka membuat keputusan untuk melakukan pembedahan ke atas mangsa namun usaha mereka sia-sia kerana semuanya sudah terlambat.
Bayi malang yang tidak berdosa sudah tidak dapat diselamatkan sementara si ibu masih menanggung kesakitan yang teramat sangat. Namun siapa sangka, keesokan harinya si ibu pula telah pergi buat selama-lamanya.
Saya tidak menerimanya sehingga saya membantah dengan jururawat dan doktor. Tetapi mereka menutup telinga dan mereka cuba menghalau saya.
Wanita ini meluahkan rasa kecewa dan terkilan dengan layanan doktor dan petugas kesihatan terbabit. Menurutnya, mereka merupakan insan yang sepatutnya membantu menyelamatkan nyawa orang ramai tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Lukya berharap agar orang ramai mengambil iktibar dengan apa yang berlaku ini.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahniah diucapkan buat penyanyi dan pelakon Syafiq Farhain yang mengesahkan isteri yang juga pengurusnya, Alia Nadia, 29, yang kini hamil lima bulan.
Kongsi Syafiq lagi, dia amat bersyukur atas kurniaan rezeki untuk menimang cahaya mata sulungnya yang dijangka lahir sekitar hujung bulan Mei dan Jun nanti.
Teruja dengan kehamilan isterinya dan tidak sabar untuk bergelar bapa, Syafiq juga turut memohon doa dari semua kehamilan isterinya dipermudahkan hingga detik bersalin.
“Ya, isteri saya hamil lima bulan. Jadi saya berharap sesiapa yang baca berita ini sama- sama mendoakan semoga anak kami dan juga isteri saya sihat dan selamat,” kongsinya.
Akui Syafiq lagi, dia kini sudah mula mempersiapkan diri untuk bergelar bapa bagi memikul tanggungjawab barunya kelak.
Malah pelantun lagu Sayang Maafkan Aku ini juga begitu teruja untuk menantikan kelahiran cahaya mata sulungnya itu pada penghujung Mei nanti.
“Insya-Allah isteri saya akan melahirkan anak kami sekitar Mei atau Jun depan. Jujurnya macam-macam saya fikir apa yang akan saya buat nanti.
“Tapi kalau tanya saya sudah bersedia atau belum, semestinya kita kena bersedia.
“Tapi saya bersyukur semuanya berjalan dengan baik dan saya juga tiada masalah alahan atau sebagainya,” katanya.
Semoga kehamilan isteri Syafiq dipermudahkan hingga detik melahirkan kelak.
Terdahulu, Syafiq dan Alia mendirikan rumah tangga pada tanggal 10 Oktober 2021.
Imun ibu hamil mengalami perubahan semula jadi sepanjang kehamilan. Ketahui punca sistem imun menjadi lemah, risiko jangkitan serta cara berkesan untuk menguatkan daya tahan badan ibu dan melindungi kandungan.