Ketika hamil, terdapat pandangan tertentu tentang makanan yang sesuai diambil oleh si ibu. Makanan yang dikatakan panas, sejuk dan tajam dianggap perlu dielakkan kerana mampu membahayakan si ibu hamil dan kandungannya.
Dr Fadzilah Abdul Jalil, doktor di Klinik O&G, Hospital Pakar An-Nur, Bandar Baru Bangi menjelaskan sememangnya, ada sesetengah jenis makanan yang diambil sewaktu hamil berkemungkinan boleh menjejaskan kandungan dan diri ibu itu sendiri. Namun, perlu diingatkan tidak semua makanan menyebabkan hal sedemikian.
Seperti yang kita semua sedia maklum, makanan-makanan yang dikatakan panas, sejuk atau tajam sehingga boleh menjejaskan kandungan dan kehamilan itu adalah berdasarkan pandangan dan maklumat yang disampaikan oleh orang tua-tua terdahulu. Kebanyakannya tidak pernah menjalani kajian saintifik. Maka, tiada satu pun yang dibuktikan benar melalui hasil kajian saintifik.
Perlu diketahui bahawa terdapat sesetengah jenis makanan tidak boleh diambil semasa hamil terutamanya di awal usia kandungan disebabkan faktor-faktor tertentu.
Contohnya makanan berasid. Ia boleh menyebabkan gastrik. Jika ibu hamil sememangnya mempunyai masalah alahan pada awal kandungan seperti loya, mual, muntah dan sebagainya, maka makanan yang mempunyai kandungan asid yang tinggi akan menyebabkan alahan lebih teruk. Dalam keadaan tertentu, boleh menyebabkan alahan lebih parah dan anda dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut.
Makanan bersifat panas atau sejuk mahupun tajam merupakan persepsi masyarakat sahaja. Memang ada makanan yang boleh beri kesan sampingan kepada kandungan dan anda sendiri, tetapi secara saintifiknya, tidak ada kategori bagi setiap makanan itu. Ia lebih kepada respons dan tindak balas seseorang ibu hamil terhadap makanan yang diambil. Perlu diingatkan juga, bahawa setiap orang berbeza dan tidak mengalami respons yang sama antara satu sama lain. Malah, ada ketikanya, ia tiada kaitan pun dengan makanan-makanan tersebut.
Ads
Faktor alahan terhadap makanan berkenaan juga mungkin menyumbang kepada masalah yang mungkin dialami. Apa-apa pun, ia bergantung kepada individu itu sendiri. Makanan yang diambil akan beri kesan berbeza kepada seorang individu kepada individu yang lain. Sama ada makanan itu panas, sejuk atau tajam, ia bersifat subjektif.
Makanan dan mitos
Durian
Fakta sains menjelaskan bahawa durian sangat kaya dengan potassium, zat besi, serat dan vitamin. Pada masa yang sama, kandungan gulanya juga yang amat tinggi. Jika diambil sewaktu hamil, kecenderungan paras gula meningkat adalah sangat tinggi dan ia amat tidak baik untuk wanita yang bersaiz besar dan penghidap diabetes.
Sebab itulah, anda tidak digalakkan makan terlalu banyak durian. Bukan kerana ia panas tetapi berpunca daripada kandungan gula yang tinggi. Seulas durian mempunyai 54 kalori. Jika teringin, cukuplah sekadar satu atau dua ulas.
Ads
Dalam banyak keadaan, potensi anda untuk mengambil lebih daripada dua ulas durian adalah sangat besar. Sebab itulah ia boleh mendatangkan mudarat dan meninggalkan kesan sampingan.
Air tebu
Dalam cuaca yang panas, air tebu sangat bagus diminum. Ia merupakan pelepas dahaga yang baik. Ada mitos menyatakan ia boleh menjadi punca pendarahan dan menyebabkan keguguran. Mungkin orang tua-tua kata ia tajam tetapi sebenarnya ia bersifat sejuk untuk ibu mengandung. Ia mengandungi gula yang tidak sebanyak durian, tinggi serat, zat besi, vitamin B kompleks dan vitamin C.
Nanas
Ads
Buah ini kaya dengan vitamin C, tinggi potassium, beta karotena dan serat. Ia bagus, cuma anda tidak boleh mengambil nanas muda sebagai santapan disebabkan banyak kandungan asid hingga boleh mengganggu sistem penghadaman. Kesannya, anda boleh mengalami cirit-birit dan sakit perut.
Di dalam nanas terdapat kandungan bromelain yang berperanan mencerna protein. Ia sering digunakan untuk menjadi pelembut daging. Berkemungkinan bahan ini dipercayai menyebabkan masalah pendarahan dan keguguran. Namun ia tidak benar. Untuk mencetuskan masalah sebegini, anda perlu makan dua biji nenas. Apa-apa pun, anda dinasihatkan untuk mengambil nanas masak dan bukannya mentah.
Tumbuhan menjalar
Sayur-sayuran sebegini sering dikatakan sebagai sejuk. Contohnya, kacang dan timun. sebenarnya tidak ada bukti saintifik yang menunjukkan, sayur-sayuran menjalar boleh menjadi penyebab kembung perut, sakit sendi, otot atau urat dan sebagainya. Ia sama seperti sayur-sayur yang lainnya yang mempunyai tinggi vitamin.
Pesan Dr Fadzilah, apa-apa sahaja jenis makanan boleh diambil oleh wanita hamil. Namun, pastikan ia tidak diambil dalam jumlah yang banyak. Sama juga halnya dengan makanan yang dikatakan baik untuk kandungan dan kehamilan. Jika diambil berlebihan akan menimbulkan kesan sampingan itu bersederhana dan makan ala kadar.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sesetengah ibu hamil akan mengalami masalah gigi semasa mengandung. Ketika ini ibu membuat andaian yang bayinya ‘menyedut’ kalsium dari giginya menjadi rapuh dan terpaksa dicabut.
Adakah kenyataan ini sebuah mitos atau kebenaran? Benarkah bayi dalam kandungan mengambil kalsium dari gigi ibunya sehingga ia menjadi rosak? Inilah penerangan dari Dr Mazwin Mazlan, Pegawai Pergigian berkenaan hal ini.
“Doktor saya tak larat nak cabut gigi dah doktor. Setiap kali saya mengandung sebatang gigi saya jadi korban kena cabut.”
“Ini anak saya yang ke 6, habis semua gigi geraham belakang dah tak ada. Dah kena cabut”
“Itulah bila mengandung ni habis kalsium gigi saya anak dalam perut saya ni serap, pasal itulah gigi saya semua rosak.”
Begitulah Kakak ini mengomel, bila berjumpa dengan doktor giginya.
1️⃣ Adakah benar kehilangan gigi akan terjadi pada setiap kehamilan?
Mitos mengatakan bahawa wanita akan kehilangan gigi pada setiap kehamilan. Tetapi dengan kebersihan mulut yang baik dan penjagaan berterusan kesihatan mulut profesional, gigi wanita hamil boleh kekal sihat.
2️⃣ Adakah bayi yang belum lahir benar-benar mencuri kalsium ibunya?
Satu lagi kepercayaan mengarut yang salah adalah bayi yang didalam kandungan mengambil kalsium dari gigi ibunya, yang menyebabkan kerosakan gigi. Ini tidak benar.
Semasa mengandung, wanita mungkin berisiko tinggi untuk merosakkan gigi kerana mereka makan lebih kerap untuk mengelakkan mual. Kerosakan gigi adalah 100% dicegah. Tetapi, jika tidak dirawat, kerosakan gigi boleh menyebabkan kesakitan dan boleh mengakibatkan kehilangan gigi.
Keadaan akan bertambah buruk kerana rata-rata ibu hamil 70-80% sedia ada mempunyai masalah gigi sebelum kehamilan lagi.
3️⃣ Adakah wanita hamil benar-benar mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk gingivitis?
Apabila wanita hamil, tubuh badan mereka melalui perubahan ketara. Ramai akan mengalami keadaan gusi mereka sakit, bengkak, dan terdedah kepada pendarahan. Ini adalah gejala gingivitis, sejenis jangkitan tisu gusi. Sesiapa sahaja boleh mengalami gingivitis.
Tetapi wanita hamil berisiko tinggi untuk gingivitis kerana perubahan hormon. Sekiranya gingivitis tidak dirawat, ia boleh menyebabkan penyakit gusi yang lebih serius yang boleh menyebabkan kehilangan gigi.
4️⃣ Bagaimana wanita hamil boleh mencegah kerosakan gigi dan gingivitis?
Cara terbaik untuk wanita hamil mencegah kerosakan gigi dan gingivitis adalah dengan penjagaan gigi dan gusi mereka supaya sentiasa bersih dan sihat. Pembersihan dengan menggunakan ubat gigi berflourida sekurang-kurangnya dua kali sehari, membersihkan celahan gigi dengan penggunaan floss (bebenang) atau interdental brush (sejenis berus gigi halus), dan mendapatkan pemeriksaan pergigian profesional adalah cara terbaik untuk mengekalkan gigi dan gusi wanita hamil. Mengelakkan makanan yang tinggi gula juga sangat membantu.
Jika kerosakan gigi terjadi, rawatan di klinik pergigian adalah satu-satunya cara ia boleh diberhentikan. Jika kerosakan gigi dan gingivitis dicegah atau dirawat, tidak ada sebab wanita hamil kehilangan gigi.
Dalam setiap perkahwinan, dikurniakan cahaya mata pastinya berita yang ditunggu-tunggu oleh pasangan yang berumah tangga. Begitulah juga dengan Dayah Bakar dan pasangannya yang bakal menerima kehadiran cahaya mata sulung mereka tidak lama lagi.
Berita gembira itu dikongsikan Dayah Bakar menerusi Instagram miliknya. Setelah beberapa tahun menyulam rasa cinta hidup berumah tangga dengan Kapten Hanif Hamidi, Dayah membuat pengumuman yang cukup menggembirakan dirinya malah juga para peminatnya.
Pasti berita yang dikongsikan Dayah ini sesuatu yang ditunggu-tunggu bukan sahaja ahli keluarga malah pengikutnya di media sosial juga. Jika dahulu berita perkahwinan pengacara bermulut petah ini pernah menjadi viral kerana warga net menyifatkan kisah cinta antara kedua pasangan yang bermula dengan rakan baik sejak zaman persekolahan lagi sebagai satu kisah yang cukup manis.
Dayah juga sering berkongsi pelbagai video mengenai ‘Encik Suami’ yang betugas sebagai tentera dan sering menyentuh emosi peminat mereka di Instagram.
Dayah dengan penuh rasa syukur berkongsi berita gembira tersebut setelah lama berahsia. Rupanya usia kandungan Dayah sudah memasuki fasa trimester kedua kehamilan. Dalam perkongsian tersebut Dayah turut memuat naik gambar dia dan suaminya ketika masih kecil.
Bismillahirrahmanirrahim,
We’ve been keeping this for awhile , but I think it’s time to share this happy news with all of you… We’re expecting our little miracle soon , in sha Allah . Little DayaHanif is growing inside me
Tiada lebih yang kami pinta dari kalian, selain dari mendoakan untuk kesihatan , kekuatan dan kemudahan saya dan little bb sehingga hari melahirkan nanti ya . Doakan juga saya, little bb dan Hanif akan bertemu semula tak lama lagi . Dari hati yang terdalam , saya juga mendoakan untuk kalian yang berdoa dan berusaha untuk mendapatkan zuriat , diberikan rezeki tidak lama lagi.
Have faith, in sha Allah .
Ramai gembira dan mendoakan kesihatan Dayah dan anak dalam kandungan.
Berita gembira yang dikongsikan Dayah mendapat perhatian ramai. Rata-ratanya mengucapkan tahniah kepada Dayah kerana bakal melahirkan zuriat yang pertama. Tak kurang juga yang mendoakan kesihatan ibu dan anak dalam kandungan.
Selain itu, rupanya ramai juga yang sudah dapat meneka bahawa pengacara ini sedang berbadan dua kerana dilihat kerap memakai baju besar sejak kebelakangan ini.
Tahniah diucapkan kepada Dayah dan suami. Semoga melalui fasa kehamilan yang indah dengan gembira dan dipermudahkan segala urusan sehingga tiba waktu bersalin. Seronoknya dapat bau baby baru lahir.
Sumber: dayahbakar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kehamilan adalah fasa yang sangat penting untuk ibu dan bayi. Ini kerana dalam tempoh ini, perkembangan bayi sedang membesar dengan sangat cepat. Jadi apa yang ibu makan akan mempengaruhi bayi dalam kandungan.
Menerusi perkongsian Dr Rizal Abu Bakar, 9 jenis sayur ini elok untuk ibu hamil
Take note yang ini. Baru kesihatan ibu dan bayi terpelihara. Apa 10 jenis serat yang boleh amal?
Makanan Wajib Dimakan:
Fiber Hijau: Bayam
Bayam adalah serat hijau wajib ada dalam diet ibu hamil. Tinggi kandungan folat. Selain zat besi dan kalsium.
Bahan penting untuk pertumbuhan bayi. Bantu cegah cacat pada saraf tunjang dan OTAK bayi.
Vitamin B9 juga bantu elak risiko gugur. Bayam bantu kuatkan tulang. Elak nyanyuk dan anemia serta baiki kualiti tidur.
2. Kale
Kale adalah sumber fiber hijau yang ideal. Apabila kandungan cecah 32 minggu. Saiz bayi hampir sama dengan sehelai daun kale.
Bantu lindungi dan berikan nutrisi pada bayi dalam kandungan. Kaya vitamin A dan C.
Bagus untuk mata. Anti-kanser dan jaga kesihatan jantung. Untuk kuatkan sistem imun ibu. Baiki tidur. Juga bantu turunkan kolesterol tinggi.
3. Brokoli
Brokoli kuatkan jisim tulang. Kaya folic acid dan vitamin C. Ada ejen antiradang. Redakan ulser gastrik.
Cegah anemia dalam ibu hamil. Elak sembelit. Bantu lindungi kulit dan mata. Kawal glukosa dalam darah. Dan redakan simptom alahan. Kalau nak awet muda.
Wajib amal makan brokoli. Juga elok untuk rambut sihat dan kuat.
4. Beetroot
Beetroot adalah fiber ramai jarang tahu akan khasiatnya. Boleh kuatkan sistem imun ibu.
Dan galakkan penghasilan sel darah merah yang ibu hamil perlu.Cuci salur darah.
Kalau tak boleh telan jus beetroot. Boleh panggang. Letak sedikit herba dan rempah. Memang merecik! Beetroot bantu atasi sembelit. Rendahkan tekanan darah tinggi. Dan cegah anemia.
Fiber Hijau: Bok Choy
serat hijau: bokchoy
Bok choy tinggi fiber.
Bantu buang dengan lawas terutama bagi ibu hamil. Yang kerap alami sembelit.
Bok choy juga bantu kuatkan tulang. Penting bagi ibu hamil yang perlu jaga bayi dalam rahim.
Untuk elak sakit pinggang. Kaya kalsium dan beta carotene untuk mata dan pertumbuhan bayi.
Ibu hamil boleh ambil 4 ke 6 cawan sayur daun hijau. Serta buah setiap hari.
6. Asparagus
Asparagus boleh amal sewaktu mengandung. Dan ketika menyusu. Fiber hijau bantu kurangkan tekanan stres bakal ibu.
Dan elak post menstrual syndrome (PMS). Anti-osteoporosis. Legakan sakit sendi. Kurangkan acidity dalam darah. Bantu tingkatkan kesuburan dan kawal hormon.
7. Kacang Buncis
Siapa sangka kacang buncis adalah serat hijau elok untuk ibu mengandung. Kecil tapi kaya kalsium. Cegah osteoporosis kerana kaya vitamin A, K dan fosforus.
Kawal gula dalam darah. Elak kencing manis. Bantu penyerapan protein untuk elak malnutrition. Tingkatkan tahap sihat jantung bayi. Serta cegah pembentukan penyakit asthma bagi bayi.
8. Kangkung
Kangkung senang dapat. Selain enak, ia juga fiber hijau bagus untuk ibu hamil.
Ramai sangka kangkung tak elok. Sebab ia sayur sejuk. Ini hanya mitos. Bantu kuning bayi (jaundice) dan turunkan kolesterol.
Kangkung juga bantu baiki tidur. Bagus untuk mata. Atasi parasit dalam usus.
9. Ubi Keledek
Keledek masuk kategori superfood. Bagus untuk OTAK. Cantikkan kulit. Kandungan B6 dalam keledek adalah dambaan OTAK. Pacu kelajuan OTAK.
B6 juga berperang dengan hormon stres – homocystein. Makan keledek bantu tidur nyenyak. Kandungan magnesium dalam keledek adalah kuncinya.
Makanan Perlu Dielak:
1. Peria
Peria katak ada yang kata boleh makan. Ada yang cakap tak elok untuk ibu hamil sebab boleh akibatkan contraction. Pendarahan dan risiko tinggi gugur.
2. Nanas muda 3. Betik muda
Serta beberapa lagi makanan lain perlu dielak.
Seorang pelajar Tingkatan 1, Tan You Han, telah mencuri tumpuan dunia inovasi teknologi apabila ciptaan beliau, Posture Manager, diiktiraf dengan Anugerah Khas Juri: Teknologi...