Mama sewaktu beri anak makan buah-buahan kecil, hati-hati, jangan sampai anak tercekik. Buah-buahan yang kecil ini biasanya jika tercekik memang membahayakan anak-anak.
Beri anak kecil makan buah-buahan dan sayuran adalah sesuatu yang amat digalakkan. Namun, ia boleh jadi berbahaya jika kita tidak berhati-hati.
Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsi pengalamannya dan kes-kes yang pernah dikendalikan berkaitan tercekik buah di kalangan kanak-kanak.
Semasa saya bertugas di Jabatan Kecemaaan & Trauma, saya ada terima beberapa kes kematian kanak-kanak kerana tertercekik buah-buahan.
Buah dalam bentuk whole boleh menyekat salur pernafasan
Jika kanak-kanak tercekik buah seperti anggur dan tomato ceri yang utuh (whole) ia boleh meyekat salur pernafasan dan boleh membawa maut.
Ada kanak-kanak yang tercekik biji buah
Ada juga kes kematian yang melibatkan tercekik biji buah buahan seperti mata kucing dan laici serta berbiji yang agak besar seperti cempedak dan durian.
ENAM tip ketika menghidangkan buah-buahan kepada anak kecil. Ibu bapa hendaklah prihatin kepada perkara berikut:
Ads
PILIH BUAH SESUAI DENGAN UMUR
Pilih buah buahan yang sesuai dengan umur anak anda. Mula dengan buah yang lembut dan tidak terlalu berserat.
2. BUANGKAN BIJI
Jika buah itu mempunyai biji yang keras, maka buangkan dahulu bijinya. Contoh: mata kucing, laici, cempedak, duku, langsat dan sebagainya.
3. DIBELAH MENEGAK
Ads
Buah kecil seperti anggur hendaklah dibelah dua atau empat secara menegak(atas ke bawah). Jangan di belah melintang. Rujuk gambar.
4. DIPOTONG PADA SAIZ SESUAI
Buah besar, hendaklah dipotong pada saiz dan bentuk sesuai. Elok dipotong memanjang atau meleper.
5. BELAJAR TEKNIK BILA ANAK TERCEKIK
Ads
Ibu bapa disarankan agar belajar teknik mengeluarkan bendasing yang tercekik di tekak secara teknik Heimlich. Rujuk gambar.
6. SEGERA TELEFON AMBULANS
Telefon ambulans, atau bawa anak ke hospital dengan segera jika gagal mengeluarkan benda yang menyekat salur pernafasan.
Mohon sebarkan. Informasi ini boleh selamatkan nyawa kanak-kanak.
1. Bagaimana doa ibu boleh mampu merubah takdirnya dan takdir anak anaknya..Sebaik atau seburuk mana pun anak itu ialah zuriatnya.seorang ibu berdoa semoga anaknya menjadi anak yang soleh.Allah uji ibu tadi anaknya tak seperti yang diharapkan..imam al qurtubi berkata marah ibu bukan benci tak suka tandanya sayang…
2. Seorang ibu perlu sentiasa bermunajat kepada Allah..anaknya bukan miliknya tetapi pinjaman Allah..ibu ada titik keikhlasan dalam dirinya sejak dari mengandung lagi..bila lahirnya zuriat segala kesakitan mengandung dan melahirkan hilang begitu sahaja…Doa ibu sangat penting.kalau pun anaknya tak berjaya tetapi keberkatan tetap ada dalam diri anaknya kerana keredhaan ibu terhadap.anaknya..
3. Ada kalanya bila anak dah dewasa dan derhaka ada ibunya yang dalam keadaan marah berkata ibu tak halalkan susu ibu…Kata ustaz memang benar anaknya telah melakukan perkara yang mengecewakan ibunya tetapi adakah kata kata itu boleh merubah segalanya dalam hidup anaknya..Keberkatan hidup….keredhaan hidup anaknya..Kehilangan seluruh hidupnya…anaknya akan menjadi bertambah marah kerana kesan dari.mulut ibunya..jangan berkata begitu kerana ibu susu ibu itu milik Allah bukan milik dirinya ..
4. Kasih sayang ibu adalah sejati terhadap anaknya. Denyutan jantung anak terasa jantung dirinya…anak adalah pusaka bila ibu dan ayah dah mati…bila anak anak adam mati terputus segala amalan anak adam kecuali tiga perkara dan antaranya doa anak yang soleh, bila ibu doakan perkara yang tak baik kepada anaknya akan merosak seluruh hidupnya…bila ibu doa keburukan walaupun dalam keadaan marah Allah akan dimakbulkan..Contohnya ketika marah kita doakan anak kita sakit kita sendiri yang susah kerana bila anak kita sakit kita juga akan terpalit kalau anak kita sakit…Bila kita berdoa berdoalah yang baik baik…
5. Ibu insan yang paling hampir dalam hidup kita..kucuplah dahinya..peluklah ibu…saat ibu sakit kita lawatinya dan ikhtiar mengubatinya…Lihatlah jasa ibu saat anak sakit akan tak tidur malam menjaga anaknya berkongsi makanan dan ada kalanya tak makan kerana anak makan lebih…sungguh besar jasa ibu..
Kredit:Azura Badardin
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kenapa isteri zaman sekarang ni garang, kasar dan tak lagi lembut macam isteri zaman dulu-dulu?
Dia jadi macam tu sebab dah terlalu banyak beban yang dia pikul. Lebih dari beban dan tanggungjawab yang sepatutnya dipikul oleh seorang isteri. Kudrat dia dengan kudrat suami tak sama, letih dia dengan letih suami pun tak sama. Tugasnya bukan sekadar menjadi seorang isteri, seorang ibu tapi dia juga terpaksa keluar mencari rezeki untuk bayar itu ini.
Apa yang dia buat tu dah lebih dari tenaga yang dia ada. Jadi macam mana dia nak jadi “lembut” jika dia memerlukan kekuatan dan kecekalan untuk terus bertahan dalam kehidupannya…?
Dia garang sebab tekanan, dia tak lagi berlembut sebab keadaan…
Tekanan dan keadaan itu yang menjadikan siapa dia pada ketika ini, pada hari ini…kalau kita sebagai suami faham, kita pasti akan mengurangkan beban yang dipikul mereka. Tapi sayang, ramai lelaki memiliki wanita, tapi tak ramai lelaki yang memahami hati seorang wanita. Apa yang dirasainya, apa yang dilaluinya. Kenapa dia jadi garang, kenapa dia jadi kasar, kenapa dia cepat marah, kenapa dia suka beremosi…
Jangan tunggu dia meletup baru kita nak sedar…
Dia tak minta kita ganti tempat dia, ambil alih jaga anak, kemas rumah, basuh baju, memasak dan sebagainya…dia cuma minta kita FAHAM dia, HARGAI dia supaya apa yang dia buat tu, bukan sia-sia…
ITU SAHAJA…tak kan itu pun susah?
Cuba tolong meringankan kerja-kerja dia dan jangan letak semua beban tu atas bahu dia…kekuatan dia dan kita berbeza, mental dia dan mental kita pun berbeza…dia beremosi dengan kepayahan, keletihan dan kepenatan yang dilaluinya…bukan sebab dia lahir-lahir dah garang, dah kasar, dah panas baran TAPI sebab keadaan dan tekanan yang dihadapinya.
Jangan persoalkan kelembutan dia sebab wanita itu pada fitrahnya memang hamba Allah yang lemah lembut, tapi jika dia terlalu berlembut, kita akan pijak kepala dia.
Sama-samalah kita sebagai suami membantu isteri, isteri itu bukan hamba dan kita bukan tuannya.
Siapapun tak mampu untuk menerima hakikat bila anak yang dihantar ke taska dalam keadaan sihat tetapi lemah tidak bermaya ketika mengambilnya ketika waktu pulang. Namun inilah ketentuan yang terpaksa di lalui pasangan suami isteri ini.
Muhammad Aakif Iskandar Meor Ikhram, bayi berusia empat bulan yang meninggal dunia selepas dihantar ke sebuah taska di Bandar Seri Botani semalam disahkan meninggal dunia akibat masalah paru-paru berair.
Hal ini disahkan sendiri oleh pihak polis. Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superitendan Mazuki Mat berkata, keputusan itu diperolehi selepas bedah siasat selesai sekitar jam 12 30 tengahari semalam.
Foto: Sinar Harian
Muhammad Aakif Iskandar Meor Ikhram sebelum ini menerima rawatan di Jabatan Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, selepas didapati dalam keadaan lemah ketika dalam jagaan sebuah taman asuhan kanak-kanak (TASKA) di Bandar Seri Botani.
“Anak Saya Dalam Keadaan Sihat”
Menurut bapanya, Meor Ikram Addnan, 32, anak bongsunya itu baru sebulan dihantar ke taska berkenaan selepas isterinya, Ismahani Zainal Abidin, 30, selesai berpantang.
“Sebelum hantar anak ke taska Jumaat lalu, anak ketiga saya berada dalam keadaan sihat, namun hidungnya sedikit berair akibat selesema.
Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh,
Saya menerima panggilan daripada pihak taska sekitar jam 6 petang yang memaklumkan keadaan anak saya dalam keadaan lemah dan tidak bermaya.
Saya sempat bertanyakan pengasuh macam mana anak boleh jadi sampai macam ini, tetapi kami tidak menerima sebarang jawapan,” katanya lagi yang cukup terkilan dengan semua yang terjadi.
Muhammad Aakif Iskandar dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Changkat Larang, Ipoh selepas solat Zuhur semalam.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.