Bagi ibu bapa, mendapatkan cahaya mata, semestinya satu kebahagiaan. Tapi selepas itu, mulalah tanggungjawab membesar dan mendidik. Perkembangan yang paling penting ialah selepas kelahiran sehinggalah umur bayi menjangkau setahun. Pada waktu inilah bayi anda akan mula mengalami pelbagai perubahan yang perlu diberi perhatian.

Perkembangan kanak-kanak terbahagi kepada 4 aspek utama. Pertama, perkembangan kasar kanak-kanak, kedua perkembangan pergerakan halus, ketiga perkembangan pertuturan dan keempat ialah perkembangan sosial kanak-kanak.

Pada awal kelahiran hingga ke usia 3 bulan, ibu bapa boleh melihat perkembangan fizikal kanak-kanak dari keempat-empat aspek yang telah diterangkan tadi. Antara perkembangan normal anak-anak yang ketara dari segi pergerakan kasar ialah mereka mula pandai menggerakkan tangan dan kaki secara aktif. Bertindak balas terhadap suatu rangsangan fizikal serta memusingkan kepala kiri dan kanan.

Jika ibu bapa rasa ada kelainan pada si manja anda mengikut umurnya jangan bertangguh lagi. Antaranya adalah:

2 BULAN

-Tiada respon untuk bunyi yang kuat

-Tiada senyuman kepada orang

-Tidak membawa tangan ke mulut

-Apabila dibaringkan di atas perut, bayi tidak dapat mengangkat kepala ke atas

4 BULAN

-Mata tidak mengikut arah objek yang dipegang

-Tidak senyum kepada orang

-Apabila dalam posisi duduk, kepala masih belum dalam keadaan stabil

-Tiada sebarang bunyi-bunyian dibuat

-Tidak memasukkan objek ke dalam mulut

-Tidak dapat menolak kaki ke bawah apabila bayi dipegang berdiri dengan tapak kaki di atas permukaan yang keras

-Mempunyai masalah pergerakan sebelah mata atau kedua-dua mata dalam semua arah

6 BULAN

-Tidak dapat mencapai objek dalam jangkauan

IKLAN

-Tidak menunjukkan perasaan kasih sayang kepada penjaga

-Mempunyai kesukaran untuk memasukkan objek ke dalam mulut

-Tiada respon kepada bunyi di persekitaran

-Tiada bunyi-bunyian ‘vowel’ dibuat seperti ‘ah’, ‘eh’, ‘oh’

-Tidak dapat berpusing dari depan ke belakang atau belakang ke depan

-Tiada ketawa atau tiada bunyi-bunyian riang dibuat

-Badan terasa keras dengan otot-otot yang keras

-Badan sangat lembik seperti patung mainan kainan

9 BULAN

-Tidak dapat menampung berat badan dengan kaki apabila dipegang berdiri

-Tidak dapat duduk dengan bantuan

-Tiada bunyi-bunyian seirama seperti ‘mama’, ‘papa’, ‘dada’

-Tiada respon apabila nama dipanggil

-Tidak dapat mengenali orang yang biasa dilihat

-Tidak melihat ke tempat yang ditunding

-Tidak memindahkan barang mainan dari satu tangan ke tangan yang lain

1 TAHUN

-Tidak merangkak

-Tidak dapat berdiri apabila dibantu

-Tidak mencari objek yang anda cuba lindung di hadapan kanak-kanak tersebut

-Tidak mengutarakan satu patah perkataan seperti ‘’ibu’, atau ‘ayah’

-Tidak mempelajari cara mengoyangkan kepala atau ‘bye-bye’ apabila ditunjukkan

-Tidak menunding jari ke objek

-Skil-skil yang pernah ada kini telah dilupai

1 TAHUN 6 BULAN

-Tidak menundingkan jari ke objek yang ingin ditunjukkan kepada yang lain

-Tidak dapat berjalan

-Tidak mengetahui kegunaan objek biasa yang dilihat di rumah

-Tidak meniru perilaku orang lain

-Tidak mempelajari perkataan baru

-Tidak dapat bercakap sekurang-kurangnya 6 patah perkataan

-Tidak mengendah atau tidak perasan apabila penjaga tidak berada di sisi

-Skil-skil yang pernah ada kini telah dilupai

2 TAHUN

-Tidak menggunakan frasa dengan 2 patah perkataan seperti ‘nak susu’, ‘bagi bola’

-Tidak tahu kegunaan barangan biasa di rumah seperti berus gigi, telefon, garpu, sudu

-Tidak meniru perilaku dan perkataan

-Tidak dapat mengikut arahan mudah

-Tidak dapat berjalan dengan lancar

-Skil-skil yang pernah ada kini telah dilupai

Sumber: kelabmama.com