Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Detik pertama kali ibu ini berjumpa anaknya selepas hampir 5 bulan koma melahirkan anak pertama pada 18 November tahun lalu membuatkan ramai yang menitiskan air mata.
Kisah perjuangan Nur Fadilla melahirkan anaknya tahun lalu banyak dikongsi oleh kakak Fadilla apabila dia koma semasa proses bersalin secara pembedahan setelah jantungnya tiba-tiba terhenti dan oksigen tak sampai ke otak.
Sejak itu, anak lelaki yang diberikan nama Muhammad Syahmi langsung tak sempat merasa susu ibunya dan pelukan dari seorang ibu.
Selama berada di ICU, keadaan Fadilla langsung tak berubah dan hanya mampu mengelipkan mata tanpa memberikan apa-apa respon. Lebih menyedihkan walaupun tak boleh cakap, Fadilla boleh kenal saudara terdekatnya dan setiap kali ada yang datang melawat hanya air mata sebagai caranya untuk berkomunikasi.
Perkongsian dari kakaknya Hasirah Nujiey mengenai keadaan Fadilla cukup mengambarkan kerinduan seorang ibu terhadap anak yang dikandungnya selama 9 bulan apabila pertama kali bersua muka selepas sedar dari koma.
Sentuhan pertama ibu dan anak
Ads
Mama cuba angkat tangan untuk pegang dan peluk Syahmi
Syahmi turut menangis seolah faham itu mamanya
Ads
Air mata gembira
Semoga sentuhan ini menguatkan semangat mama demi Syahmi
Setiap yang bermula pasti ada pengakhiran, Allah yang lebih mengetahui dari segala-galanya dan perancangannya amat baik. Walaupun terkilan tak dapat bersama di saat akhir Baby D, abah mama redha.
Itu luahan yang dikongsi oleh suami Abby Abadi, Muhammad Faizal Zakaria yang cukup sedih dengan pemergian anak lelakinya setelah dua hari mereka sekeluarga berada di Mekah menunaikan umrah.
Ya Allah, Kau jemputku ke rumah Mu, Kau jemput anakku ke Syurga Mu, terlalu sempurna perancangan Mu Ya Allah.
Wahai anaku, Muhammad Danial Firman Faizal abah redha setiap apa yang berlaku, cuma kesedihan hati bila abah tidak dapat tunaikan tanggungjawab abah menguruskan segalanya untuk kali terakhir.
72 hari baby D kuat untuk gembirakan mama abah
72 hari Baby D, bertarung nyawa untuk berikan cahaya kegembiraan untuk abah & mama @abby_abadi112 selama itulah Baby D buka mata & pegang jari setiap kali abah mama ke hospital, seolah-olah Baby D nak bagi tahu yang Baby kuat untuk berada bersama-sama abah mama.
Besar pengorbananmu sayang. Kau seolah-olah tahu penderitaan mama akibat darah tinggi, kau keluar dari perut mama agar penderitaan yang mama alami itu dapat dikurangkan, sedangkan waktu itu belum sesuai untuk kau melihat dunia ciptaan Allah ini.
Anakku, kau dpt merasai manisnya air susu mama, sdgkn waktu ini belum sesuai utk kau merasai secara fizikal. Stiap kali hadir, hati abah mama sntiasa menahan sebak, halang air mata dr mngalir sbb abah nk Baby lihatkekuatan abah & mama dlm mghadapi ujian dr Allah.
Dapat cium, pegang dan azankan buat kali terakhir
Abah mama bersyukur sebelum pergi Umrah sempat cium dan pegang Baby D, sempat abah azankn untuk kau dengar betapa indahnya seruan Allah itu.
Walaupun ada perkembangan positif setiap hari, namun Allah yang lebih berkuasa dari segalanya, hari ke-2 abah di Makkah, kau pergi bertemu Pencipta, abah terima berita sedih ini ketika waktu Isyak di Makkah.
Wahai anaku, ketika kau dipintu Syurga tarik tangan abah & mama, rindunya kami pada mu sayang, tiada lagi genggaman jari kecil mu, tiada lagi pandangan matamu sayang.
Mama tetap pam susu walaupun Baby D dah tak ada
Wahai anakku, Mama tetap perahkan susu walaupun mama mengetahui kau telah tiada, betapa besarnya kasih sayang mama pada mu sayang, Anaku maafkan Abah & mama sayang
Wahai anakku, bermainlah kau ditaman-taman syurga bersama abangmu Muhammad Firdaus Faizal, kami rindu kamu wahai anak.
Sumber: ig Jaiezzany
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pernah tak anak-anak anda yang mempunyai eczema ataupun asma mengalami tanda-tanda yang teruk selepas makan buah-buahan?
Ini kerana bukan semua buah selamat dimakan oleh anak yang ada asma dan eczema. Atau anak yang kerap batuk dan kerap gatal-gatal satu badan, walaupun tak didiagnos sebagai asma mahupun eczema.
Menurut perkongsian daripada Dr Mazliana Mazlan, terdapat satu kandungan pembawa alergik dalam buah yang boleh mencetuskan eczema ataupun asma. Ikuti perkongsian penuh daripada Dr Mazliana ini.
Real food sangat bagus untuk anak-anak. Processed food yang kita kena elakkan dari mereka.
Tapi, untuk sesetengah keadaan, ada jugak bahan kimia semulajadi dalam real food yang buatkan anak kena pantang sekejap itu dan ini.
Anak-anak macam ni, mereka teramat sensitif. Silap makan sikit, batuk makin teruk. Salah makan sikit, gatal makin banyak.
Ada satu kandungan pembawa alergik, yang ada dalam buah. Kandungan ni bukan tambahan dari luar. Tapi kandungan yang memang sedia ada dalam buah.
Salicylates. Bahan kimia yang ada pada buah, yang mana ia bertindak sebagai racun serangga semulajadi untuk menghalang buah dari serangga dan fungus.
Kita tak dapat nak elak yang ini. Cuma, tak semua sesuai ambil buah yang ada kandungan salicylate. Makin tinggi kandungan salicylate, makin cepat tindakbalas alergik boleh berlaku, ikut keadaan badan masing-masing.
Sebab tu kadang, ada banyak reaksi bila anak-anak makan buah.
Anak pertama makan ok. Anak kedua makan naik gatal.
Anak ketiga makan ok. Anak keempat makan jadi batuk.
Sensitiviti badan kita semua tak sama terhadap salicylate. Semua pun datang dari usus sebenarnya. Usus yang baik, insyaAllah kita boleh tolerate dan badan mampu nak kawal kandungan salicylate yang masuk.
Dalam gambar, saya berikan contoh makanan yang ada kandungan salicylate.
Anggur tu real food. Tapi mungkin tak sesuai dengan anak kita yang ada asma dan eczema. Anggur ada salicylates, amines dan MSG semulajadi. Perhatikan keadaan anak, kalau asma dan eczema makin teruk bila makan anggur, elakkan dari anak-anak k.
Yang takde eczema dan asma pun, kalau anak korang naik gatal-gatal dan batuk sebab anggur, elakkan jugak ya. ❤
Bukan anak tak boleh makan kalau ada asma dan eczema, tapi cuba perhatikan kesan yang anak akan dapat bila makan buah macam ni.
Penat anak masih tak hilang atau makin teruk, flare eczema anak tak nampak tanda surut, bila ambil buah macam ni, boleh korang cuba stop kejap dari anak-anak.
Badan anak-anak tak sama. Ramai yang tanya, makanan apa kena elakkan bila ada asma, eczema atau apa-apa penyakit lain. Jawapan saya hanya satu. Banyakkan real food, elakkan terus ultra processed food. Dan perhatikan kesan pada badan, apa-apa yang mungkin beri tanda mudarat, elakkan juga yang itu walaupun ianya real food.
Selepas empat bulan mendapatkan rawatan sehingga ke London, England bagi membuang ketumbuhan dalam mulutnya, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang berusia 13 bulan akhirnya pulang semula ke rumahnya di Taman Ayer Molek.
Ainul Mardhiah yang sebelum ini menderita penyakit sel kanser mulut Germ Cell Tumor bersama ibu bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, dan Nurul Erwani Zaidi, 23, dibenarkan pulang dari Hospital Melaka sehari selepas dipindahkan dari Hospital Kuala Lumpur.
Menurut Ahmad Safiuddin, sejak pembedahan itu, anaknya menunjukkan perkembangan positif termasuk berat badan bertambah dari 2.3 kilogram (kg) kepada 3.8kg selain memberikan tindak balas terutama apabila namanya dipanggil dan mula pandai bermain.
Dalam proses menyesuaikan diri di rumah
Katanya, apa yang berlaku segalanya dengan keizinan ALLAH SWT yang memanjangkan usia permata hatinya dan yakin segala perkembangan anaknya termasuk meniarap dan sebagainya akan berlaku namun ia memerlukan masa.
“Malam tadi Ainul Mardhiah tidur lena dan dalam proses menyesuaikan diri di rumahnya sendiri.
“Alhamdulillah syukur, beberapa bulan pelbagai risiko yang dilalui kami akhirnya dapat pulang ke rumah,” katanya ketika ditemui di kediaman mereka di sini hari ini.
Ahmad Safiuddin berkata, anaknya akan mendapatkan rawatan susulan di Hospital Melaka dan menggunakan bantuan mesin oksigen kerana belum dapat menelan air liur dengan baik.
Tambahnya, memandangkan anaknya belum pulih sepenuhnya, dia dan isteri perlu menitikberatkan aspek kebersihan dengan kerap kali mencuci tangan dan mandi.
Menurutnya, dia juga memohon maaf dan meminta orang ramai memahami dengan tidak mendukung anaknya sekiranya bersua atas faktor kesihatan.
“Kami tahu ramai yang mengambil berat tentang Ainul Mardhiah dan mahu mendukungnya namun kami harap masyarakat faham, bukan kami menghalang atau sombong tapi kesihatan Ainul Mardhiah perlu menjadi keutamaan.
“Terima kasih rakyat Malaysia tidak kira bangsa membantu anak kami sehinggakan berjaya menjalani pembedahan,” katanya.
Sebelum ini, ketumbuhan seberat 200 gram di mulut bayi itu berjaya dibuang pada 10 Jun lalu selepas menjalani pembedahan selama lima jam.
Pembedahan itu dilaksanakan oleh sekumpulan pakar bedah dan bius diterajui Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway.
Penderitaan Ainul Mardhiah juga mendapat perhatian orang ramai yang menyumbang sehingga RM4 juta bagi membolehkan bayi itu diterbangkan ke London untuk menjalani pembedahan.
Hasrat Bawa Ainul ke Tanah Suci jika Allah izinkan
Sementara itu, di Facebook Ahmad Safiuddin, kedua ibu bapa Ainul berhasrat untuk bawa Ainul ke Tanah Suci jika Allah mengizinkan mereka sampai ke sana.
Hanya hasrat dan impian kami. InshaAllah, jika Allah SWT izin dan Ainul sihat dan doktor sahkan ainul 100% sihat dan selamat, maka kami akan pergi ke sana.
Tapi bukan lah dalam masa terdekat ataupun tahun ini. Keutamaan sekarang adalah Ainul Mardhiah. Walaupun Ainul sudah balik, tapi Ainul perlu sering ke hospital untuk rawatan susulan (Follow up)
Masih banyak lagi perkara yang Ainul perlu tempuhi. Ya, jauh lagi jalan Ainul ini tuan/puan.
Bukan selesai pembedahan, terus habis segala rawatan. Tapi ada lagi beberapa perkara yang ainul perlu jalani selepas ini.
Alhamdulillah, Ainul kekal sihat sehingga hari ini. Hasil doa dan kata semangat dari tuan/puan semua.
Saya dan isteri doakan tuan/puan semua dirahmati olehNya, dipermudahkan urusan, dilipatgandakan rezeki dan diberi kebahagiaan dunia akhirat. Amin!