Siapa yang due date mereka sekitar bulan Ramadan nanti, mesti dah terfikir bagaimana agaknya mereka nak kena ganti puasa.

Mana tidaknya, bersalin ketika bulan Ramadan biasanya menyebabkan ibu-ibu mengalami nifas dan seterusnya tidak dapat menunaikan solat serta ibadah puasa buat masa yang agak lama.

Malah, ibu-ibu yang melahirkan juga biasanya akan menyusukan bayi dalam tempoh 2 tahun pertama.

Mama Tak Sempat Ganti Puasa Tahun Lepas, Wajib Bayar Fidyah & Puasa Tetap Perlu Diganti

Dalam keletihan mengurus dan menyusukan bayi, dah tentu ada wanita yang rasa terbeban dan tak mampu menggantikan bilangan hari puasa yang hampir sebulan lamanya.

Jadi, perlukah fidyah jika ia tak dapat diganti sehingga tiba bulan Ramadan seterusnya?

Pertama sekali perlu jelas tentang maksud ‘pantang’ secara adat dan syariat.

IKLAN

Dalam adat Melayu pantang selepas bersalin memiliki beberapa tempoh yang masyhur antaranya 44 hari dan 100 hari.

Manakala menurut syariat, berpantang ini boleh dikaitkan dengan hukum keluarnya darah nifas.

Hukum nifas, adalah seperti hukum haid pada perkara-perkara yang haram dilakukan yakni solat, puasa, membaca mushab al-Quran, menyentuh dan membawanya, menetap di dalam masjid, bertawaf dan berjima’, bermesraan suami dan isteri di antara pusat dan lutut.

Tempoh kebiasaan nifas adalah 40 hari, manakala maksimumnya pula adalah 60 hari.

IKLAN

Menurut Imam al-Syarbini al-Khatib (w.977H) di dalam al-Iqna’ (ms.143-144), orang perempuan yang bernifas haram menunaikan ibadah puasa Ramadhan.

Jika dia berpuasa juga maka puasanya tidak sah dan wajib diqadha.

Pada asalnya hukum wanita yang menangguh qadha puasanya sehingga masuk ke Ramadhan tahun seterusnya adalah haram dan wajib ke atasnya untuk qadha puasa dan membayar satu cupak makanan ruji seperti beras dalam zakat fitrah bagi setiap puasa yang ditinggalkan dan tidak sempat diganti sebelum tiba Ramadhan bagi tahun yang baru.

IKLAN

Hukum membayar fidyah adalah WAJIB. Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu lagi menggantikan puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib digantikan mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya.

Cara pengiraan Fidyah seperti yang ditetapkan oleh MAIWP (Gambar MAIWP)
Pautan ini adalah kalkulator berapa jumlah yang perlu dibayar berdasarkan berapa hari yang ditinggalkan. https://www.zakatselangor.com.my/kalkulator-fidyah/

Mama Tak Sempat Ganti Puasa Tahun Lepas, Wajib Bayar Fidyah & Puasa Tetap Perlu Diganti
Cara pengiraan Fidyah seperti yang ditetapkan oleh MAIWP (Gambar MAIWP)

Namun begitu pengecualian diberikan jika penangguhan itu bersebabkan uzur syarie. Rujuk al-Iqna` (ms. 352).

Berkata Syeikh Muhammad al-Zuhaili di dalam al-Muʿtamad (2/200) :

“Jika seseorang wanita itu melewatkan qadha’ puasanya kerana uzur seperti berterusan sakit, menyusukan anak, hamil dan musafir, sehingga masuk ke Ramadhan yang baru, maka tidak wajib fidyah kerana kelewatan ini dan wajib qadha’ sahaja.”

Sumber: FMT (Sumber asal dari pautan ke laman rasmi PMWP: https://goo.gl/L9sSYl)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI