Pelakon terkenal Datin Atikah Suhaime berkongsi pengalaman cemas apabila anak perempuannya, Lyla Mulan Teh, mengalami luka kecil pada bahagian muka selepas terjatuh dari buai di rumah. Kejadian ini membuatkan Atikah rasa amat bersalah dan menjadi pengajaran buat para ibu bapa tentang keselamatan buai bayi di rumah.

Anak Luka Kecil Di Muka, Atikah Rasa Bersalah

Menerusi hantaran di Instagram Story, Atikah memuat naik foto Lyla yang mengalami kecederaan di bahagian hidung dan kening. Dia menjelaskan insiden itu berlaku kerana kesilapannya sendiri ketika memasang buai.

‘Mami Minta Maaf…’ – Datin Atikah Suhaime Luah Kesal Anak Luka Terjatuh Dari Buai

“Sebenarnya semua ini salah saya. Suami saya tengok, rupanya (buai) salah pasang. Saya salah pasang, kemudian buai jatuh.

Saya dah guna buai ini untuk tiga bulan. Ini memang salah saya. Saya gagal sebagai seorang ibu,” tulisnya.

Ads

‘Mami Minta Maaf…’ – Luahan Atikah Pada Anak

Pelakon drama popular Cinta Tanpa Ganti ini turut memohon maaf kepada anaknya atas kesilapan yang berlaku.

“Mami (Atikah) minta maaf. Tak kira apa saja karenah anak, sentiasa pegang dia. Jagalah bayi anda, mereka hanya membesar sekali seumur hidup,” tulisnya lagi penuh kesal.

Pesanan Atikah: Sentiasa Peka Keselamatan Anak

Ads

Dalam nada sayu, Atikah sempat berpesan kepada para ibu bapa agar sentiasa memberikan perhatian penuh kepada anak kecil walau dalam apa jua keadaan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.

Beliau juga mengingatkan supaya ibu bapa sentiasa double check pemasangan buai atau peralatan bayi lain setiap kali sebelum digunakan.

“Sentiasa check betul-betul sebelum letak anak. Jangan leka walau sekejap. Mereka terlalu berharga,” nasihatnya lagi.

Ads

Tip Keselamatan Buai Bayi Di Rumah

Kes yang berlaku kepada Datin Atikah Suhaime ini menjadi pengajaran penting buat ibu bapa lain. Pakar kanak-kanak menyarankan beberapa langkah untuk memastikan keselamatan buai bayi:

  • Pastikan buai dipasang mengikut panduan pengeluar, jangan ubah suai sendiri.
  • Semak keadaan cangkuk dan tali setiap kali sebelum digunakan.
  • Elakkan tinggalkan bayi sendirian terlalu lama di dalam buai.
  • Pasang buai di permukaan atau struktur yang benar-benar kukuh

Insiden yang menimpa Datin Atikah Suhaime dan anaknya Lyla Mulan Teh ini menjadi peringatan kepada semua ibu bapa. Walaupun kelihatan rutin dan biasa, aspek keselamatan anak kecil tetap nombor satu.

Dengan lebih peka dan berhati-hati, ibu bapa dapat mengelakkan kemalangan kecil yang boleh menjejaskan keselamatan anak di rumah.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads