‘Mana papa?’, rintihan Aleesya Zailiza yang berusia 6 tahun setiap kali menangis teringatkan arwah ayahnya, Mohamed Zaili Mohamed,44, yang maut dirempuh pemandu mabuk dalam kejadian di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala pusat bandar beberapa hari lalu.

Setiap kali waktu malam panggil papa

Menceritakan mengenai tingkah laku anak kecil itu, ibunya, Zahlawati Dahlan,47, berkata, anaknya itu sentiasa memanggil ayahnya setiap kali waktu malam.

‘Mana Papa?’ Isteri Sebak Waktu Malam, Anak Mesti Berulang Kali Tanya Arwah Suami

“Semalam beberapa kali dia terjaga, dia tengok saya, tanyakan mana papa (Mohamed Zaili), saya sebak bila dia tanya macam tu, dia masih kecil tak tahu apa yang berlaku.

“Sehingga kini, gurau manja suami saya dengan anak-anak masih lagi terngiang-ngiang, rasa sedih sangat,” katanya.

‘Papa di kubur, dah meninggal’

Menurut Zahlawati lagi, setiap kali orang tanya Aleesya mana papa, pasti dia akan jawab ‘Papa di kubur dah meninggal (dunia)’.

Aleesya luarannya nampak tenang, tetapi hakikatnya masih belum mengerti kejadian yang berlaku dan tercari-cari kelibat ayahnya.

“Apabila malam dia menangis mencari ayahnya, dia tak boleh tidur di bilik jadi saya suruh dia tidur bersama neneknya di luar (ruang tamu).

IKLAN

“Mungkin masih terkejut kerana kali terakhir jumpa papanya pada malam kejadian (Isnin) tapi sampai sekarang tidak pulang-pulang,” katanya.

‘Mana Papa?’ Isteri Sebak Waktu Malam, Anak Mesti Berulang Kali Tanya Arwah Suami

Arwah sangat baik, hampir 11 tahun kahwin tak pernah gaduh

Katanya, dirinya kini kehilangan bukan sekadar suami malahan teman rapat dan juga tempat meluahkan isi hati.

“Arwah seorang suami yang sangat baik, antara kami memang tak pernah nak gaduh, arwah pun tak pernah tinggikan suara kepada saya dan anak-anak.

“Selalu kalau ada apa-apa, saya akan berkongsi cerita dengan dia, kini dia tiada lagi, hanya ALLAH saja yang tahu perasaan saya ketika ini,” katanya yang hampir 11 tahun mendirikan rumah tangga bersama Allahyarham.

Kehilangan suami ibarat patah sebelah kaki

IKLAN

Kehilangan suami yang menjadi tempat berteduh membuatkan Zahlawati kini perlu mengharungi hari demi hari mengusahakan perniagaan menjual makanan yang diusahakannya seorang diri.

ARTIKEL MENARIK [“Doakan Isteri Saya.” Disahkan Kanser Payudara, Anak kedua Belum Rasa Setitik Susu Ibu]

“Arwah sebelum ini bekerja dengan Proton, kemudian dia berhenti dan bersama saya mengusahakan perniagaan menjual baju sebelum kami mengusahakan perniagaan menjual makanan ini bersama.

“Saya menjual makanan dan dia akan hantarkan kepada pelanggan, arwah memang sangat banyak membantu, selain itu sering memberi semangat kepada saya,” katanya.

‘Mana Papa?’ Isteri Sebak Waktu Malam, Anak Mesti Berulang Kali Tanya Arwah Suami

Tambahnya, dirinya sememangnya bergantung pendapatan dengan mengusahakan perniagaan makanan sepenuh masa.

IKLAN

“Saya memang tak ada sumber pendapatan yang lain selain daripada menjual makanan ini, Insya-ALLAH lepas ini saya akan terus meniaga, kalau tidak macam mana nak sara keluarga,” katanya.

Terdahulu, Mohamed Zaili yang merupakan penghantar makanan maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Grand Livina yang disyaki pemandunya mabuk dalam kejadian di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala pusat bandar.

‘Mana Papa?’ Isteri Sebak Waktu Malam, Anak Mesti Berulang Kali Tanya Arwah Suami

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, mangsa, Mohamed Zaili Mohamed,44, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Antarabangsa selepas menghantar makanan yang diniagakan oleh isterinya.

Zulkefly berkata, akibat daripada perlanggaran tersebut, mangsa terbabas ke bahu jalan dan motosikalnya pula diseret kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

Jenazah Allahyarham kemudiannya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tasik Kesuma.

LAGI ARTIKEL MENARIK [Isteri Sanggup Gadai Barang Kemas, Tolak Kemahuan Diri Sebab Tak Mahu Suami Susah]

Sumber: Sinar Harian

https://www.youtube.com/watch?v=UG4-jArn7eo

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI