Mandi, nak mandi lama-lama. Pergi playground, tak nak balik. Pergi “supermarket”, nak lari ke sana ke mari. Main mainan orang lain, tak nak pulang. Pergi kedai mainan, nak bawa mainan keluar dari kedai.
Anak papa mama ada tak ciri macam ni? Jika ada baca perkongsian dari Terapis Cara Kerja, Maryam Jamadi ini yang boleh ibu bapa lakukan bila anak dalam situasi tersebut.
Anak saya pun ada ciri-ciri di atas sebelum ini, memang susah sangat nak “move on” bila pergi ke sesuatu tempat atau pinjam mainan di mana-mana. Semua dia nak buat harta sendiri dan rumah sendiri ?
Puncanya adalah kerana semasa ini anak tak tahu lagi semua barang dia jumpa atau main bukan hak milik dia. Anak ingat bila main mainan itu, automatik dah jadi hak milik dia. ?
Saya pasti ramai juga mak ayah yang mengalami masalah ini, selalunya akan bermula dalam lingkungan 1 tahun 3 bulan ke atas. Yang mana belum tunjukkan ciri-ciri ini, ayuhlah bersedia mental dan fizikal.
Pertama perlu fikir positif sebab memang fitrah budak-budak suka bermain. Selagi tak penat dan tenaga mereka ada bateri selagi itu anak tak nak balik. Selagi belum bosan main mainan baru selagi itu mereka tak nak lepaskan.
Tapi masalah akan timbul bila setiap kali anak merengek tak nak balik, kita turutkan. Bila anak menangis nak bawa mainan keluar, kita ambil dan belikan. Belajar untuk “move on”pun penting dalam perkembangan anak. Untuk mengelakkan masalah besar dikemudian hari apabila setiap kali anak pergi supermarket akan ada episod amukan anak. Baik mulakan awal. ?
Memang kalau boleh kita nak bagi semua benda pada anak, tapi ada masanya anak juga perlu hormat keputusan mak ayah dan belajar bertolak ansur kerana tak semua dikehendaki dia akan dapat. Realiti kehidupan sebenar pun tak macam itu.
Jadi ini tips saya untuk bantu anak “move on” dari sesuatu yang anak suka. Mulakan seawal mungkin kalau anak dah mula faham ?
Ads
1. Konsep kepunyaan.
Konsep ini sebenarnya dah boleh diajar seawal umur 1 tahun kerana waktu ini perkembangan emosi anak dah berkembang dan normal waktu ini anak dah mula tahu diri sendiri berbeza dengan mak ayah. Bila pergi kemana-mana tempat yang ada mainan, beritahu anak yang mainan itu bukan anak punya.
Cara untuk ajar senang sahaja, mulakan dengan benda harian. Contohnya dalam kes saya dan anak saya;
“Ini baju Mummy, ini baju Eva” atau
“Mummy punya, Eva punya”.
Kalau anak pegang atau bermain dengan barang bukan kepunyaannya, beritahu awal-awal yang barang itu orang lain punya sebelum mereka mula ada “attachment” dengan barang tersebut.
2. Kaedah bercerita (“story telling”)
Beritahu anak tempat mana yang kita akan tuju supaya dia mula “lepaskan” perasaan seronok lebih awal. Kalau mak ayah dah tahu atau dah biasa ke tempat itu, ceritakan pada anak tujuan ke tempat itu, pergi berapa lama, apa yang ada disana dan sebagainya. Involve anak dalam setiap apa yang kita lakukan supaya anak rasa dihargai dan dihormati.
Ads
3. Time out.
Ingatkan anak masa yang anak dibenarkan main. Kalau anak yang umur bawah 2 tahun mungkin kena ada “distractions” untuk tinggalkan tempat yang anak tak nak balik. Kalau dah lebih 2 tahun boleh beritahu kenapa kena balik contohnya:
“Jom, jalan-jalan”
“Jom balik, kita pergi makan”
Kalau anak dah tahu masa, boleh beritahu masa anak dibenarkan main supaya dia “mentally prepared” dan gunakan masa dengan sebaiknya. Disarankan untuk ingatkan anak 30 minit, 10 minit dan 5 minit sebelum.
Point ini penting sangat untuk mengurangkan episod menangis. Kalau anak yang nak mandi lama-lama pun sama, mak ayah perlu tahu untuk manipulasi anak ikut kreativiti.
4. Belajar melepaskan barang.
Ads
Ini adalah apa yang saya terapkan pada anak saya supaya cepat “move on” dan untuk mengelakkan satu rumah bersepah. ?
Anak umur bawah 2 tahun ini memang sangat naif, kalau dah sayang sesuatu benda mesti rasa nak bawa benda itu kemana-mana tetapi bila dah bosan mereka akan campak mainan merata-rata. ?
Jadi untuk mengelakkan satu rumah bersepah, mak ayah boleh cuba terapka konsep main mainan di satu tempat kalau nak pergi tempat lain anak kena tinggalkan dahulu.
Contohnya mainan masak-masak ada diruang tamu, kalau anak nak pergi bilik dia kena tinggalkan mainan dahulu. Masa awal-awal memang susah sebab kalau boleh anak nak bawa kemana-mana. Kalau saya dan anak saya, saya minta anak saya “bye” semua barang sebelum pergi.
Bila anak dah biasa dengan konsep ini, insyaAllah kurang dah episod anak pergi kemana-mana nak bawak balik mainan dan masalah rumah bersepah dengan mainan. ?
Konsep saya mudah,
kalau kita nak dihormati oleh anak, hormat anak dahulu.
Kalau kita nak anak bertolak ansur, kita pun perlu belajar bertolak ansur.
Kalau kita nak anak dengar cakap kita, dengar cakap anak juga.
Kalau kita nak anak ikut kita, kadang kala kita juga perlu ikut anak ke mana dia nak pergi.
Give and take.
Jangan anggap anak seperti bayi yang tak tahu apa, tetapi anggaplah anak seperti individu yang tengah belajar tentang kehidupan.
Kesimpulannya sebelum anak belajar manipulate kita, ayuhlah kita manipulate anak dahulu. All the best! ???
Rupanya ada jenis permainan yang boleh bantu anak bijak berdikari kerana kanak-kanak belajar ketika bermain. Jadi lepas ini janganlah halang atau marah bila anak sibuk main permainan tersebut. Layankan sahaja kerana ada banyak manfaat pada perkembangan mereka sendiri.
Walaupun setiap kanak-kanak itu adalah sebaya usianya namun perkembangan mereka berbeza. Kadang kala kanak-kanak yang lahir di awal tahun juga mempunyai perkembangan yang berbeza dengan kanak-kanak yang lahir di hujung tahun.
Tetapi ia tidak bermakna kanak-kanak tersebut tidak boleh membesar dengan bijak dan boleh berdikari. Yang penting mereka menerima rangsangan yang betul daripada ibu ayah.
Justeru itu, ibu dan ayah perlu bijak menyediakan pelbagai bahan bantuan pengajaran untuk mendidik kanak-kanak secara belajar sambil bermain. Berikut adalah beberapa bahan bantuan pengajaran yang diguna pakai untuk merangsang perkembangan minda kanak-kanak.
1. Permainan doh
Kanak-kanak amat gemar dengan permainan doh. Ia merupakan sejenis permainan yang sangat menarik untuk anak-anak bermain dan mendapatkan pengalaman. Aktiviti ini membolehkan mereka menguli, memicit, menggentel, meramas,mencubit, menekap menggunakan acuan biskut, memotong dan membentuk.
Permainan ini menggalakkan kreativiti dan imaginasi semasa bermain dengan permainan ini. Jika tidak mahu membeli doh mainan yang dijual, anda boleh buat sendiri doh mainan menggunakan bahan-bahan masakan di rumah. Lebih selamat dimain oleh anak-anak.
Cara membuatnya
3 cawan tepung serbaguna
1 1/2 cawan garam halus
3 sudu minyak sayuran
3 cawan air panas (masuk sedikit-sedikit)
6 sudu tartar cream
pewarna
Campur semua bahan, masuk air sedikit-sedikit supaya tidak lembik. Uli sampai doh tidak melekit. Kemudian bahagikan doh untuk letak pewarna kesukaan dan siap untuk dibuat bermain.
2. Mengira duit
Kanak-kanak belajar mengenai matematik melalui penggunaan wang. Dalam permainan ini, kanak-kanak akan belajar berjimat cermat menggunakan wang,mengira,mengenal duit dan penggunaan wang syiling. Ia merupakan kemahiran asas yang penting untuk dikuasai pada usia murid-murid prasekolah.
Penggunaan atau perbelanjaan duit merupakan cara yang menarik dalam memperkukuhkan kemahiran asas seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Pembelajaran ini membantu kanak-kanak memahami serta mengetahui pertukaran nilai wang ketika berbelanja dan pembelian barang adalah sangat penting.
3. Belajar Mengenali dunia
Cara mudah untuk kanak-kanak belajar mengenali negara-negara di seluruh dunia ialah melalui globe. Anda boleh beli sebuah globe bagi membolehkan anak belajar tentang nama benua dan negara-negara di seluruh dunia. Mereka juga lebih memahami kedudukan Negara Malaysia dalam peta dunia.
Kemudian menjelaskan terdapat pelbagai negara di seluruh dunia. Pembelajaran ini mengenalpasti setiap kanak-kanak mempunyai perfahaman yang baik. Penilaian ini bertujuan untuk mengenal pasti kecerdasan kanak-kanak yang akan menjadi kayu pengukur untuk mendidik kanak-kanak mengikut tahap perkembangannya.
4. Mengikat tali kasut
Kanak-kanak memang gemar hendak mencuba mengikat tali kasut mereka sendiri. Jangan marah atau halang mereka. Biarpun anda terpaksa bersabar menunggu mereka selesai mengikat tali kasut tetapi ia berbaloi kerana mengikat tali kasut adalah salah satu cara untuk meningkatkan kemahiran motor halus .
Ia merujuk kepada kebolehan kanak-kanak menggunakan anggota badan seperti tangan untuk membuat pergerakan. Kepentingan aktiviti ini ialah kanak-kanak mudah melakukan pergerakan anggota tangan (jari-jemari) lebih mudah diajar menulis, melukis, dan melakar. Dalam pada itu, ia turut melibatkan kebolehan mengkoordinasi mata dengan otot kecil tangan.
5. Mari memasak
Kalau anak suka mengikut anda ke dapur, biarkan sahaja. Jangan halang minat dan keinginan mereka untuk belajar. Beri mereka peralatan dapur yang selamat untuk kanak-kanak bermain seperti mangkuk, senduk, pinggan plastik.
Jika ada bajet mungkin boleh beli alat permainan dapur bersaiz kanak-kanak yang ada peralatan seperti kuali, periuk, peti sejuk, mop, penyapu, sudu dan garpu, pinggan dan mangkok. Cara ini memberi peluang kepada kanak-kanak meneroka aktiviti dan berhubungkait dengan dunia sebenar. Aktivirti ini menggalakkan juga kanak-kanak mengetahui peranan seorang ibu di dapur.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pada masa anak baru mula nak belajar menapak, belajar berjalan, kita kalut nak latih anak berjalan. Tak kira tempat, tak kira masa, sebabnya teruja nak lihat anak berjalan dan berlari.
Bagaimanapun, apabila anak dah mula berjalan laju, apa biasanya kita buat bila ke tempat public?
a. Masukkan anak dalam trolley b. DUKUNG anak c. Tinggalkan di rumah
Sebab dah tak larat nak kejarrr. Fuhhh..Bab ni memang agak susah. Berdasarkan perkongsian dari Terapis Cara Kerja, Aabidah Ab Ghani, ibu bapa mula bertukar pendirian secara automatik bila anak makin ligat.
Disebabkan itu juga ibu bapa dah mula memilih salah satu daripada tiga cara di atas untuk memudahkan pergerakan bila bawa anak-anak keluar.
Ok atau tak kita tangani dengan kaedah a, b dan c di atas?
Jawapannya, sesekali ok lah..kita manusia biasa kan…ada masa memang tak cukup energy untuk urus tingkah laku anak dan emosi diri sendiri.
Taapiiii…..jangan setiap kali pun begitu…ada kesannya kepada anak untuk jangka masa panjang.
Apa kesannya?
Anak semakin sukar dikawal apabila berjalan di public area..kerana eksplorasinya baru bermula. Jadi apa perlu buat? Latih anak biasa berjalan sendiri dengan dipimpin. Permulaan agak sukar, tetapi jika dilatih dari kecil, insyaAllah lebih mudah.
Separation anxiety
Kerana dah biasa dalam keadaan selamat dan selesa, akan ada isu separation anxiety. Untuk anak yang ada separation anxiety, berdukung bukan punca penyebab utama…tetapi ia punca menjadi semakin parah.
Ada separation anxiety + kerap didukung
= anxiety bertambah serius
Kurang ‘perform’ dalam pembelajaran
Yeke?Iyaaaa. Dengan selalu berdukung (atau kaedah adan c tadi), anak :
– kurang stimulasi fizikal ; biasanya sendi mereka lemah, kurang kestabilan sendi yang akhirnya menyebabkan kelewatan perkembangan sensorimotor.
– kurang stimulasi sensori ; dengan selalu berdukung, vestibular mereka (memegang 50% dalam foundation pembelajaran) kurang digunakan, kurang respon dengan environment secara independent yang mana sangat mustahak untuk otak membina jaringan lebih baik antara cell sehingga terbinanya executive function yang bagus.
– kurang stimulasi kognitif ; apabila didukung, anak tak perlu proses banyak maklumat dan perkara. Kebanyakan perkara ibu bapa akan bantu untuk ‘respon’ kan bagi pihak anak. Tak perlu alert dengan jarak, kerana memang selamat berada dengan ibu bapa, tak perlu fikir tentang arah mana harus/mahu dituju, tak perlu fikir dan buat keputusan yang mana selamat dan yang mana tidak..always in a comfort zone.
PESANAN : penulisan ini khas untuk anak tipikal. Anak istimewa perlukan sedikit kelainan dan teknik tertentu dalam melatih berjalan di public area. Namun, kesan negatifnya masih sama.
Bertindak segera jika bayi berusia 12-18 bulan masih belum boleh menuturkan perkataan bermakna, itu petanda awal masalah pertuturan. Bertindak awal lebih baik!
Menurut Nawal Mohd Shafie, Juruterapi Bahasa dan Pertuturan Pediatrik, Sunway Medical Centre, komunikasi merupakan proses pertukaran maklumat di antara dua pihak dan ia amat mustahak untuk memenuhi segala keperluan dan kehendak.
Komunikasi yang efektif memerlukan seseorang yang berkebolehan dalam memahami sesuatu perkara sebelum berupaya untuk bertutur mengenai sesuatu. Kemahiran berkomunikasi sudah mula berkembang sejak usia bayi lagi dan diperoleh secara berperingkat mengikut peringkat umur yang tertentu.
Umur
Kemahiran Bahasa & Pertuturan Normal Anak
0-6 bulan
-Melihat ke arah bunyi.
-Menghasilkan bunyi-bunyi yang berlainan seperti ‘uuuu’ dan ‘aaaa’ dan bunyi ini membawa maksud yang berlainan.
7-11 bulan
-Banyak ‘membebel’ iaitu menghasilkan bunyi seperti ‘mamama’ dan ‘papapa’ untuk kebanyakan situasi.
-Mula memahami beberapa perkataan mudah seperti ‘bye’, ‘jom’ dan ‘jangan’
-Mula meniru bunyi mudah seperti bunyi haiwan dan bunyi kenderaan
-Boleh mengenalpasti anggota badan yang asas (Contohnya tangan, kaki, perut, mata, mulut dan sebagainya).
-Boleh memanggil ibu bapa dan ahli keluarga yang terdekat.
-Menggunakan kata-kata sosial seperti (‘hi’ dan ‘bye’)
2 tahun
-Memahami sekurang-kurangnya 50 patah perkataan.
-Boleh mengikut arahan tanpa bantuan isyarat.
-Menggunakan 2-3 patah perkataan dalam satu ayat.
3 tahun
– Mula memahami soalan ‘apa’, ‘siapa’ dan ‘mana’
-Mula memahami konsep mudah seperti ‘warna’ dan ‘saiz’
-Menggunakan sekurang-kurangnya 3-4 perkataan dalam satu ayat
4-5 tahun
-Memahami arahan yang lebih panjang dan kompleks (melibatkan penggunaan konsep)
– Menggunakan ayat yang lebih panjang dengan kata hubung yang tepat untuk berkomunikasi ( lebih daripada 5 perkataan).
-Bunyi pertuturan (konsonan) 90% jelas.
Jika kanak-kanak tidak memperoleh kemahiran tersebut mengikut peringkat umur yang sepatutnya, dia boleh diKATEGORIKAN sebagai mengalami ‘speech and language delay’ atau ‘lambat bercakap’.
7 FAKTOR PENYEBABANAK LAMBAT BERCAKAP
#1 Masalah pendengaran.
#2 Masalah struktur (contoh: sumbing lelangit dan bibir).
#3 Masalah neurologi (contoh: Epilepsi/Sawan).
#4 Bayi yang lahir secara pra-matang.
#5 Kecelaruan spektrum autisme.
#6 Penyakit sindrom seperti sindrom Down, sindrom Fragile X.
#7 Faktor persekitaran seperti kekurangan stimulasi bahasa, penggunaan gajet yang berlebihan.
Bercakap menggunakan bahasa isyarat semasa kanak-kanak masih bayi tidak menyebabkan masalah ‘lambat bercakap’. Tetapi, ibu bapa perlu ingat setiap bahasa isyarat yang digunakan perlu disertakan dengan percakapan (melabel bahasa isyarat tersebut).
EPISOD 2 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA AKAN MENEMUI ANDA RABU INI!
Ibu dan bapa harus menyokong minat anak-anak. Kerana dari minat itu, ianya akan menyokong tumbesaran anak serta menggalakkan dan mendidik anak-anak membuat perkara yang mereka suka.
Episod kali ini akan membincangkan tentang hobi dan minat anak-anak. Saksikan episod kedua dengan topik Hobi Anak Alaf Baru di Journey Bersama Jovianina pada 2 September Ogos 2020, jam 9 malam.
Gigi berlubang sering dipandang ringan oleh ramai orang. Walaupun kelihatan seperti masalah kecil, hakikatnya, ia boleh membawa risiko kesihatan yang serius jika tidak dirawat...