Ibu mana yang dapat tidur lena bila anak demam, diserang batuk dan selesema berpanjangan yang menggangu tidur mereka.
Bagi Betty Rahmad yang turut diuji dengan masalah kesihatan semakin bertambah tidak kuat bila anaknya Wira juga kurang sihat disebabkan selesema dan masalah hidung tersumbat yang kerap menyerang kanak-kanak.
Pun begitu, Betty yang cukup dikenali sebagai ibu yang sentiasa rajin memasak dan menyediakan kelengkapan anaknya dengan begitu baik menggagahkan dirinya untuk mengamalkan beberapa petua dan tip untuk melegakan anaknya.
“Asyik berpusing je kepala dari semalam so check bp tadi 112. Bila pandang bawah berpusing. Tak pernah kena macam ni.
“Mungkin sebab letih, banyak fikir & kurang tidur lately. Dah lama tak rasa tidur 8 jam. Wira suka berjaga malam this few weeks & malam tadi dia flu pulak dan nose blocked so lagilah tak tidur terus.
“Dengan tengah busy kerja. Tolong doakan saya sihat dan kuat Aamiin.,” tulisnya berkongsi menerusi Insta Storynya.
Ads
Dalam pada sibuk menjaga Wira, Betty juga tidak lupa berkongsi cara dan tip yang dilakukan untuk Wira agar segera pulih.
Ini yang dikongsikan Betty.
“Flu remedi yang selalu i buat untuk Wira.
1. Mandi/rendam air lemon.
Ads
2. Sapu garlic oil. Bakar garlic campur dengan baby oil or apa-apa minyak yang sesuai.
3. Sedut.
Dalam pada itu, menerusi entri berlainan, Betty turut berkongsi keadaannya dan Wira kini semakin bertambah pulih malah turut berterima kasih kepada semua yang turut mendoakannya dan anak.
Ads
“Thank you semua yang doakan Mummy & Wira. Ada follower siap hantar balm for blocked nose & flu. Nanti i share!
“Alhamdulillah badan Wira tak panas dah. Hidung pun tak tersumbat. Hopefully sihat terus. And Mummy dapat tidur lebih sikit malam tadi & setakat pagi ni kepala takde pusing pusing. Rasa fresh & bertenaga. Alhamdulillah syukur,” tulisnya berkongsi.
Semoga Wira cepat-cepat sembuh dan kembali ceria seperti selalu.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Betullah orang tua-tua cakap, ada anak kecil cabarannya lain sikit. Nak pergi mana-mana kena fikir si kecil dulu. Dah tak boleh nak ikut suka je macam dulu-dulu. Begitu juga kalau pergi tempat-tempat yang sunyi atau tempat yang agak ‘keras’ untuk anak.
Ibaratnya ibu bapa kena berkorban dulu. Jika dah terkena yang bukan-bukan kesannya bukan pada anak saja tapi ibu bapa pun turut terkesan.
Perkongsian dari Puan Eida Hidayati Hassan mengenai anaknya perempuan yang ‘ditegur’ sampai demam dan badan bertukar kebiruan selepas mandi di air terjun wajar dijadikan peringatan bersama.
Pagi semalam family kak ida pergi mandi air terjun di Tupah SP Kedah. Serius kak ida jarang pergi tempat macam tu. Memang dah lama tak pergi.. bila berbincang nak berkelah kak ida join la dan memang siap-siap celak kan anak-anak kak ida.
Tiba-tiba demam dan badan kebiruan
Masa mandi..bagilah Rawda mandi sekali. Dia menanggis sebab sejuk jadi letak dia kat atas darat dan bagi dia layan abang-abang dan sepupu-sepupu dia mandi. Kami enjoy berkelah makan nasi, mandi sama-sama tak ada apa. Masa naik atas nak salin baju Rawda. Mak kak ida kata kenapa biru Rawda ni.. Kami ingat dia sejuk sampai biru. Dia senyap ja masa tu tak nangis.
Lepas tu masuk dalam kereta, tetiba dia panas dan merengek..kak ida bagi susu dan dia tidur. Maybe air sejuk tak sesuai dengan dia sampai demam tiba-tiba. Bila balik tu kak ida pun penat, .tidur la dengan dia. Petang sikit dia bangun, dia menanggis tak henti-henti. Tutup mata tak mahu duk dalam bilik kena berdukung je.
Tak apa lah benda ni berlarut sampai malam. Kak ipar kak ida ni badan jenis lemah, cepat lah terasuk. Benda yang dari air terjun tu marah sebab kata kami ada ambil barang dia. Kami tanya lah ambil apa? Dia suruh pulangkan pulangkan padahal tak ambil apa-apa pun. Rupanya dia nak Rawda. Dia kata Rawda tu anak dia.
Pulangkan! Dia anak aku
Bayi perempuan itu anak aku…pulangkan.. kak ida bengang lah.. Aku beranak penat-penat hang ngaku anak hang..ingat aku nak bagi ka.. benda tu marah kak ida… kata kak ida EGO.. memang bukan setakat EGO..KERAS KEPALA SEKALI LAH.. dah anak kak ida.
Dia tetap pujuk kak ida bagi RAWDA kat dia.. memang TAK LAHH..
Dia nak sangat-sangat Rawda sebab anak dia dah mati. Dia kata dia nak kacau Rawda, dia kata lagi nyawa Rawda separuh dah tu. Kak ida marah dia. Nyawa anak aku Allah ja boleh ambil . Engkau tak ada hak.. aku tak takut dengan Engkau. Aku percaya Allah ja.. sampai pukul 4 pagi baru selesai..
Rawda masa tu ketar badan..biru jadi badan dia dan mulut dia.. last-last masa berubat tu berjaya bunuh benda tu…dan Rawda masih demam-demam. Semoga tak ada apa apa lagi la, serik dah.
Sebenarnya kak ida dah lama tak pergi tempat macam tu sejak ada abang-abang dia lagi. Tapi yang ni tak sangka nak jadi sebab tak terfikir pun. Allah serik sungguh. Kak ida dah celakkan Rawda tetap suka juga.. Tak boleh bayang macam mana biru badan dia.. uiii dah nak dapat anak pun bukan senang, perempuan seorang ni je.
Sungguh serik.. maafkan kak ida sebab tak jadi ibu terbaik.. kak ida share sini supaya ramai lagi ibu-ibu lebih berhati hati dari kak ida.
Jangan kecam..kak ida dah lali dengan kecam ni.. cuma sebagai pengajaran bukan kat kak ida seorang..untuk semua juga sebab kita manusia tak lari dari kesilapan.
Dalam trimester akhir kandungan, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein kini hanya menunggu masa untuk melahirkan bayi lelakinya pada bila-bila masa sahaja.
Malah sebelum ini pun, Elly memberitahu dia dah pun bercuti bersalin dan kini banyak berehat di rumah sementara menunggu kelahiran baby Haider.
Terbaru di instagramnya, Elly memuat naik satu video menunjukkan anak perempuan sulungnya, Puteri Sara Sefhia sedang mengurut lembut kakinya yang sembab dan membengkak itu.
Menurut Elly, dia ada cakap yang kakinya sakit, tak sangka pula anak perempuannya itu terus mengambil besen berisi dan memintanya merendam kaki dalam air sambil mengusap lembut dengan sabun.
“Anak mama suka buat mata mama masuk cili..Mama cakap, kaki mama sakit, lalu Spa pun dibuka oleh Manja Sara Sefhia la dikkkkk..Love u Manja Papa Mama.”
Nampak sangat matang dari usianya kakak Sara Sefhia ini. Mungkin juga kakak faham keadaan mama dan tak sabar nak tunggu adik baby keluar nanti.
Apa yang terharunya, ketika Elly mengucapkan terima kasih pada Sefhia, lembut saja suara Sefhia membalas ‘you’re welcome’ dan ‘i love you too’.
Video yang dikongsikan oleh Elly itu mendapat reaksi dari peminatnya dan semua memuji kematangan Sefhia yang nampak bertanggungjawab dan penyayang.
Sejuk perut mama mengandung dapat anak yang penyayang seperti Sefhia. Kita tengok pun rasa terharu sebab pandai layan mama.
“Macam masih baru tengok kaki mama tu berstokin masa di wad lepas lahirkan awak dulu. Sekarang dah boleh berbakti untuk mama. Moga Allah memberkati dan memayungi mu hingga syurga Sara..”❤️
“Bagusnya anak bertuah..”
“Tengok tangan pun jadi laa, macam dah besar sangat, matang betul..”
Sebelum ini, ketika kandungannya 35 minggu, Elly dah dimasukkan ke wad apabila mula menunjukkan tanda kontraksi. Setelah ke hospital, doktor buat pemeriksaan, bayi mula bertenang dan dibenarkan pulang ke rumah.
Elly meminta orang ramai doakannya agar dapat melahirkan bayi lelakinya itu cukup bulan dengan selamat.
Kredit: IG Elly Mazlein
**Dapatkan barangan keperluan bayi pada harga yang sangat berbaloi di sini.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa &alli diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan yang berkahwin mengharapkan perkahwinan itu biarlah sampai ke akhir hayat namun tak semua harapan itu menjadi nyata. Ada yang tetap bertahan tetapi akhirnya tak dapat juga diselamatkan.
Harapkan kebahagiaan namun jadi mangsa suami
Menurut Aktivis Masyarakat, Puan Natipah Abuyang sebelum ini banyak menolong arwah Puan Siti Khadijah dan anak-anak ketika menyelamatkan dirinya, Siti dan X berkahwin atas dasar cinta sejak 8 tahun lalu namun saat indah hidup berumahtangga hanya sempat dikecapi selama dua tahun sahaja sebelum akhirnya suami mula berubah sikap menjadi panas baran dan kaki pukul.
Keadaan bertambah buruk bila X terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Tubuh badan Siti selalu menjadi habuan sepak terajangnya atas alasan yang kecil. Di ranjang, dia juga diperlakukan sesuka hati termasuk dipukul.
Setiap kali itu terjadi, anak-anak hanya mampu menangis kerana ketakutan. Bahkan .. X membeli sebatang rotan semata-mata digunakan untuk membelasah anak dan isteri.
Bukan hanya tubuh Puan Siti sahaja yang berbirat, anak-anak yang baru berusia 7, 4 dan 3 tahun pun turut mengalami nasib yang sama. Hanya si bongsu saja yang tidak pernah disentuhnya. Kalau orang lain, mungkin hanya memukul isteri tetapi anak-anak tidak disentuh sama sekali tetapi bagi kes Siti, anak-anak juga turut bermandikan air mata meratapi kesakitan yang meratah tubuh.
Bertahan demi anak
Berkongsi pengalaman .. anak sulung Puan Siti mengakui tidak dapat melupakan, bagaimana dia dan ibunya teruk dibelasah hanya atas kesalahan menggunting rambutnya. Ibu yang cuba membelanya pun, turut ditendang hingga terperosok ke dinding.
Mencungkil isi hati anak kecil itu, ternyata tiada lagi tempat buat lelaki yang bernama ayah di dalam kamus hatinya. Istilah rindu terhadap ayah yang sudah enam bulan hilang dari pandangan itu juga tidak pernah wujud sama sekali.
Aneh, bagaimana dan mengapa Puan Siti masih terus bertahan sedangkan dia sudah bertahun didera suami …
“Saya tak kerja, anak saya semuanya kecil lagi. Kalau saya bercerai, anak saya nak makan apa. Mak saya pun orang susah..ayah saya pun dah tak ada …. “
Bersalin seorang diri dalam bilik air
Kemuncaknya … dua tahun yang lalu … ketika sarat hamil anak bongsu, dia dipukul dan ditendang di tengah belakang hanya kerana meninggalkan anak-anak di rumah ibunya untuk klinik ibu mengandung.
Selepas insiden itu, suami keluar bekerja dan bermalam di tempat kerja. Tinggallah dia menangis menanggung kesakitan. Sakit dipukul, sakit lagi hati yang menanggung segala derita.
Menjelang subuh dia yang di dalam keadaan tertekan itu akhirnya sakit dan melahirkan anak keempat sendirian di bilik air setelah X tidak menjawab panggilan telefonnya.
40 minit dia bergelut bertarung nyawa sebelum ahli keluarga terdekat tiba dan memberikan bantuan. Dia mengesot keluar dari bilik air dalam keadaan berlumuran darah sambil mengendong bayinya. Mujurlah urinya berjaya dikeluarkan.
X dibuang kerja hanya beberapa bulan setelah dia bersalin kerana masalah dadah. Sejak itu, keadaan X kian celaru. Selain terpaksa menadah tubuh sebagai habuan dipukul, mereka anak beranak kadang-kadang terpaksa mengikat perut.
Namun Siti tetap ingin mempertahankan rumahtangganya sehinggalah enam bulan yang lalu, dia tidak dapat menyembunyikan lagi keadaannya dari kaum keluarga .. setelah berbirat seluruh tubuh dan lebam seluruh wajah dibelasah suami.
“Makkk … bagitaulah polis suruh tangkap ayah. Nanti kita semua mati ayah pukul … “.
Kata-kata anak sulung yang baru 6 tahun ketika itu membuat dia tersentak lalu akhirnya nekad tampil ke balai polis membuat laporan. Susulan itu X ditahan. Khabarnya … setelah bebas dari tahanan, X pulang ke kampung halamannya.
Sejak itu terputuslah hubungannya dengan X. Tiada sebarang nafkah dititipkan buat anak-anak bahkan tiada lagi khabar berita dari X. Siti pulang ke kampung dan tinggal bersama ibu.
SITI KHODIJAH BINTI ABD MANAF – ( 32 TAHUN )
اِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
Setelah koma sejak hari pertama dikejarkan ke wad kecemasan 26 hari yang lalu, maka jam 2.50 pagi tadi (Raya Ke-2), Puan Siti Khodijah pun pergi buat selama-lamanya. Pemeriksaan doktor mendapati banyak masalah kesihatan tiba-tiba dikesan pada arwah.
Buat pengetahuan.. anak-anak arwah semuanya sedang demam. Mungkin kerana telalu rindukan si ibu. Bahkan si kakak sulung yang berusia 7 tahun telah dibawa untuk mendapatkan rawatan di bahagian kecemasan Hospital Sg Petani, jam 9. 30 malam semalam kerana demam terlalu panas.
Walaupun berada di bawah satu bumbung dengan tempat ibu sedang bertarung nyawa dia tetap tidak berupaya melepaskan rindu kepada si ibu. Menatap wajah ibu walau seketika. Biarlah wajah ibu ketika sihat saja kekal dalam ingatan anak-anak.
Berikut diselitkan kembali sorotan kisah arwah pada 5 Februari lalu yang mana telah mengisi slot Sedekah Jumaat kita bagi tujuan modal membuka kedai di kampung. Dengan modal yang kita sumbangkan, kedai itu telah beroperasi dan mendapat sambutan yang menggalakkan.
Ramadhan lalu kedai ditutup, arwah mengambil upah membuat kuih untik tahfiz berhampiran sebelum tiba-tiba koma pada 19 April lalu. Sesungguhnya .. tiadalah bagi kita daya..Al Fatihah.
Setiap rumah mesti ada satu “zon misteri” atau tempat simpan barang-barang yang dah bertahun tak disentuh tapi tetap juga tak dibuang. Katanya, nanti boleh guna tetapi hakikatnya tersadai bertahun-tahun lamanya.