Selain jus mangga yang viral untuk sajian keluarga, puding mangga dengan gabungan cheese ini tidak terkecuali hebat rasanya. Gabungan nestum, mangga dan keju yang manis dan berlemak ini pastinya buat anak-anak cukup suka.

Bukan hanya manis dari buah mangga, malah penambahan nestum dan susu segar menambahkan lagi rasa enak puding ini. Begitu juga dengan penambahan cheese, buat puding rasa lebih lemak. Nak tahu macam mana cara hendak menyediakan puding mangga ni, jom cuba resipi hebat dari Pn Sharla Rose ni!

MANGGO CHEESE NESTUM PUDDING

Bahan puding mangga:
1 peket agar-agar bertali atau 20gm
5 cawan air
1 cawan gula
2 1/2 cawan susu fresh milk
2 kpg cheddar cheese
2 biji mangga
2 sb tepung kastard
1 cwn nestum original
1/2 cawan susu pekat
12 kpg biskut lemak/biskut marie
Pewarna oren

 

Hancurkan biskut lemak atau biskut marie. Masukkan nestum dan gaul sebati dengan biskut lemak.

Masukkan campuran biskut dan nestum ke dalam bekas. Anggaran satu adunan dalam 6 bekas kecil.

IKLAN

 

Tuang satu sudu kecil susu pekat atas biskut. Ketepikan.

Didihkan air bersama agar-agar dan gula pasir hingga sebati. Setelah sedikit sejuk, tuangkan ke atas biskut tadi. Biarkan.

Lebihan baki agar-agar tadi, masukkan susu full krim, cheese dan tepung kastad yang dibancuh dengan air. Kacau hingga sebati.

Kemudian ambil dan tuangkan 3 1/4 cawan ke dalam adunan biskut tadi. Siap lapisan tengah. Sejukkan dalam peti ais.

Lebihan baki adunan cheese, masukkan dalam blender dan blend dengan mangga. Masak seketika, letakkan pewarna oren. Gunakan api kecil dan kacau sebati. Bahagikan kepada dua adunan.

Tuangkan atas adunan biskut dan cheese tadi. Sejukkan dalam peti ais.

Potong dadu kecil buah mangga, letakkan di atas puding apabila telah keras. Curahkan juga lebihan adunan mangga tadi.

Siap!

Resipi wajib cuba: Resipi Aiskrim Solero Shot, Guna Serbuk Limau Nipis, Sedapnya Rasa Masam Manis

Coklat Chips Crunchy Campur Kekacang, Hanya 4 Langkah Seronok Anak Makan!

Resipi Donat Kampung Gebu Gebas, Paling Mudah & Ringkas, 6 Bahan Saja

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents