Disebabkan semua anak-anak berkumpul, ibu pun dah tepu untuk sediakan makanan anak. Kalau asyik nak beli je, banyak juga nak berbelanja. Banyak resipi mudah yang dikongsikan untuk buat sendiri di rumah.

Antara yang jadi pilihan kali ini kudapan biskut Coklat Chips Ranggup. Ni antara kegemaran anak-anak yang dah besar atau kecil. Rasanya yang ranggup dan penuh dengan coklat chips menyedapkan biskut ni.

Ini resipi yang dikongsikan oleh Nor Azliza Mohamed. Hanya gaul dan bentukkan ikut saiz yang kita nak. Nak nampak ada corak di bahagian atas, boleh gunakan garfu untuk tekap.

Cookies ni betul-betul crunchy & mommy sangat-sangat berpuas hati. Customer pun bagi feedback yang terbaik juga. Alhamdulillah. Dah share resepi ni tapi mommy share lagi kot ada yang tak jumpa okey..Kita sama-sama dapat benefit, nak buat makan sendiri atau nak jual pun terpulang ya?

CHOC CHIPS CRUNCHY

IKLAN

50 gram butter
1 1/4 cawan brown sugar
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji telur
* kacau sebati semua bahan di atas

Selepas itu masukkan pula :
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
6 sudu besar minyak jagung/ minyak masak
* kalau lembik sangat tambah 2 sudu besar gandum

Kemudian masukkan 1 cawan choc chips
Any kekacang yang digemari ~ sis letak 1/2 cawan sunflower seeds (sangai sekejap)

* Tak mahu letak kekacang pun memang dah sedap sangat-sangat.

– Cubit @ sudukan adunan & susun atas loyang yang di alas baking paper.

– Jarak-jarakkan sikit sebab cookies akan mengembang bila proses baking tadi..

– Bakar 160°c 20-25 minit @ sehingga masak, bergantung oven masing-masing ya.

Kredit: Noor Azliza Mohamed

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)