Sempena sambutan Hari Guru, bukan sahaja ucapan Fazura yang mencuri perhatian peminat di Instagram, malah gambar comel anaknya, Fatima turut menjadi bualan ramai!

Dalam perkongsian tersebut, Fazura memuat naik gambar Fatima mengenakan tudung dan baju kurung berwarna pink.

Penampilan Fatima yang sopan dan manis itu menerima pujian ramai netizen, yang rata-rata teruja melihat sisi ayu si cilik kesayangan ramai ini.

Lebih menyentuh hati, Fazura juga berkongsi hadiah Hari Guru yang disediakan oleh Fatima untuk diberikan kepada cikgu-cikgu tersayang di sekolah. Satu momen yang simple tapi cukup bermakna dalam mendidik anak menghargai insan yang banyak berjasa dalam kehidupan mereka.

Ads

“Manis & Sopan Sangat!” – Fatima Curi Tumpuan Bila Fazura Kongsi Foto Sempena Hari Guru

“Manis & Sopan Sangat!” – Fatima Curi Tumpuan Bila Fazura Kongsi Foto Sempena Hari Guru

Ads

Dalam kapsyennya, Fazura menulis:

“Selamat Hari Guru! Kami mengucapkan terima kasih kepada semua cikgu di sekolah dan memberikan pendidikan setiap hari. Izinkan kami membawa ilmu yang diberikan untuk kehidupan masa depan yang lebih bersinar.”- Fazura

Ads

Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat dan warganet tidak henti-henti memuji penampilan Fatima yang sopan dan ayu. Ramai yang meluahkan rasa kagum dan tersentuh melihat cara Fazura mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang dan nilai murni sejak kecil lagi.

“Manis & Sopan Sangat!” – Fatima Curi Tumpuan Bila Fazura Kongsi Foto Sempena Hari Guru “Manis & Sopan Sangat!” – Fatima Curi Tumpuan Bila Fazura Kongsi Foto Sempena Hari Guru “Manis & Sopan Sangat!” – Fatima Curi Tumpuan Bila Fazura Kongsi Foto Sempena Hari Guru

Sememangnya, Hari Guru bukan sekadar untuk diraikan di sekolah, tetapi juga satu detik istimewa untuk kita semua menghargai mereka yang banyak mendidik dan membentuk siapa diri kita hari ini.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI