
Pemergian Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali masih terasa dekat di hati ramai. Sejak berita pemergiannya dikongsikan, satu demi satu kenangan bersama Allahyarham kembali memenuhi media sosial. Ada yang berkongsi pertemuan singkat, kata-kata nasihat, foto lama dan video yang memperlihatkan sisi peribadi beliau yang cukup lembut serta bersahaja.
Namun, jika diperhatikan dalam banyak foto dan video Allahyarham, ada satu perkara kecil yang mungkin membuatkan ramai tersenyum. Tun Dr Siti Hasmah sememangnya cukup sinonim dengan anak patung lembut atau ‘plushies’.
Ada sahaja teddy bear, patung arnab, rusa atau mainan lembut berada berhampiran dengannya. Kadang-kadang dipeluk, kadang-kadang diletakkan dekat di sisi.
Rupa-rupanya, kegemaran Allahyarham terhadap plushies itu bukanlah sesuatu yang asing dalam kalangan ahli keluarga.
“Kalau Kenal Tok, Mesti Tahu Tentang Plushies”

Perkara tersebut turut dikongsikan oleh cucunya, Serena Mukhriz menerusi Instagram ketika mengenang arwah nenek tercinta. Serena menceritakan bahawa mereka yang benar-benar mengenali ‘Tok’ pasti tahu mengenai kegemaran Allahyarham terhadap plushies.
“And if you knew Tok, you would know about the plushies. There was always one somewhere near her…”
Menurut Serena, hampir sentiasa ada sebuah plushie berada berdekatan neneknya.
Bukan hanya teddy bear, ada kalanya patung berbentuk rusa atau arnab menjadi peneman Allahyarham.
Malah, Serena turut berkongsi bahawa neneknya mempunyai sebuah plushie istimewa yang dilengkapi butang tersembunyi dan boleh memainkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran.
“Whether it be a deer, a rabbit or her special plushie with hidden buttons that played Quranic verses, she always seemed to have one to cling onto.”
Walau apa pun bentuknya, seolah-olah sentiasa ada sebuah patung lembut yang menjadi tempat Allahyarham memeluk dan bermanja.
Perkara kecil itu kini menjadi antara kenangan yang cukup dekat di hati Serena.
Artikel Trending: “Furqan Mukmin Pergi Tanpa Signal, Post-Mortem Tak Detect Apa-Apa” Ibu Reda Pemergian Anak, Doktor Tak Jumpa Punca
Artikel trending:Tragedi FDS Rentap Bahagia Keluarga, Juruterbang Jelas 5 Persoalan, No. 4 Kenapa Mangsa Tak Guna Payung Terjun
Artikel viral: Lebih 25 Manfaat Bila Ada Kad OKU Untuk Anak Disleksia, Autisme Dan ADHD, Ibu Ayah Jangan Malu Daftar!
Serena Turut ‘Terikut’ Kebiasaan Tok

Menariknya, Serena mengakui dia mungkin turut mewarisi kebiasaan tersebut daripada neneknya.
“I suppose I picked up the same habit… I can’t sleep without my plushies around me now so I think I’ll always associate that little habit with her.”
Menurut Serena, dia kini sukar tidur tanpa plushies berada di sekelilingnya.
Sebab itu, kegemaran terhadap anak patung lembut tersebut akan sentiasa membuatkannya teringat kepada Tok.
Kadang-kadang, kenangan terhadap seseorang tidak semestinya datang daripada perkara yang besar.
Perkara sesederhana sebuah anak patung yang selalu dipeluk, cara seseorang tersenyum atau kebiasaan kecil yang dilakukan setiap hari juga boleh menjadi sesuatu yang paling dirindui apabila insan itu sudah tiada.
Sisi Manja Tun Siti Hasmah Buat Ramai Tersentuh

Kegemaran Allahyarham memeluk plushies turut mencuri perhatian pengguna media sosial. Malah, satu perkongsian di Threads turut menjadi perhatian apabila pengguna tersebut melihat sisi lembut Allahyarham sebagai sesuatu yang cukup manis.
“Beautifully proven that some men genuinely like you being childish, let you be their baby and cherish the little girl in you even at 100 years old.”
Pengguna berkenaan melihat bagaimana seseorang masih boleh mengekalkan sisi manja dan keanak-anakan dalam dirinya meskipun usia semakin meningkat.
Baginya, apabila seseorang mempunyai pasangan yang menerima dirinya seadanya, sisi lembut yang ada dalam diri itu tidak perlu hilang hanya kerana seseorang sudah dewasa atau semakin berusia.
Perkongsian itu kemudiannya turut menyentuh mengenai perjalanan hidup bersama pasangan.
“We may only spend less than 30 yrs under our parents’ roof but we choose a partner to walk beside us until our final breath…”
Menurut pandangan pengguna tersebut, seseorang mungkin hanya menghabiskan sebahagian awal kehidupannya di bawah jagaan ibu bapa.
Namun selepas itu, pasangan yang dipilih menjadi insan yang menemani perjalanan kehidupan dalam tempoh yang panjang sehingga ke penghujung usia.
Perkongsian itu membuatkan ramai melihat kembali sisi Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah yang sentiasa kelihatan selesa menjadi dirinya sendiri, termasuk ketika memeluk teddy bear dan plushies kesayangannya.
“Kalau Tun H Tak Peluk Teddy Bear, Dia Peluk Tun M”
Malah, ada juga pengguna media sosial yang sempat berseloroh mengenai kegemaran Allahyarham memeluk.
“Kalau Tun H tak peluk teddy bear, dia peluk Tun M. Memang peel suka memeluk. Pandai Tun M kept her busy. Hehe semoga Tun H lebih berbahagia sekarang di taman-taman syurga, menuai amal kebaikan yang ditanamnya semasa hayatnya. Aaminnn.”
Walaupun ditulis dalam nada berseloroh, komen tersebut turut memperlihatkan bagaimana orang ramai cukup senang melihat sisi Allahyarham yang lembut dan penuh kasih sayang.
Ada juga yang mengakui suka melihat foto-foto Tun Siti Hasmah bersama koleksi soft toys kerana ia memperlihatkan sisi dirinya yang begitu natural dan comel.
Di sebalik figura yang dikenali ramai, Allahyarham tetap mempunyai perkara kecil yang dekat di hati dan membuatkannya bahagia.
Artikel Trending: Kemas Kini Mykad Atau Berisiko Didenda RM20,000, Ini Ibu Ayah Kena Ambil Peduli Bila Pindah Rumah
Baca lagi: Ramai Salah Faham! Bantuan Kanak-Kanak JKM Bukan Terus Dapat RM1,000 Sebulan,Ini Cara Kiraannya
Plushies Kini Jadi Sebahagian Daripada Kenangan Tun Siti Hasmah

Bagi keluarga, mungkin selepas ini plushies tersebut bukan lagi sekadar anak patung. Ia menjadi sebahagian daripada memori tentang seorang ibu, nenek dan insan tersayang yang pernah memeluknya.
Lebih-lebih lagi buat Serena yang mengakui kini mempunyai kebiasaan sama seperti Tok. Setiap kali melihat atau memeluk plushies, pasti ada sedikit kenangan tentang neneknya yang kembali bermain di fikiran.
Walaupun Allahyarham telah pergi, perkara-perkara kecil yang pernah menjadi sebahagian daripada dirinya akan terus hidup dalam ingatan mereka yang menyayanginya.
Daripada suara, senyuman, cara memeluk insan tersayang hinggalah sebuah plushie yang sentiasa berada di sisi. Kadang-kadang, perkara kecil seperti inilah yang akhirnya menjadi kenangan paling besar apabila seseorang yang kita sayangi sudah tiada.
Allahyarham Dr Siti Hasmah yang juga isteri kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Isnin lalu.
Dr Siti Hasmah menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun dan meninggalkan tujuh anak. Allahyarham mempunyai 18 orang cucu dan sudah mempunyai empat orang cicit.
Al-Fatihah buat Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam di kalangan orang-orang yang beriman.

Sumber: serena.mukhriz & grumpy_munchkinn
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!

