Manisan Dulu-Dulu, Wanita Ini Kongsi Resipi Asli Puding Karamel Turun Temurun Keluarga

Share

Bila sebut tetang puding karamel pasti kita terbayang kelembutan pencuci mulut ini, dimakan pula sejuk-sejuk memang enak! Selain barang yang mudah didapati, cara penyediaanya juga mudah. Nak tahu cara penyediaan boleh ikuti resipi asli puding karamel yang dikongsi ini.

Manisan dulu-dulu yang tak lapuk dek zaman 😁 creme caramel pudding resepi asli dari koleksi resepi my mom yang menjadi kegemaran kami sekeluarga.

CREME CARAMEL PUDDING

BAHAN karamel:

  • 3/4 cawan gula
  • 3/4 cawan air panas

Cairkan gula dalam kuali menggunakan api paling kecik biarkan gula cair masukkan air panas sedikit demi sedikit. Hati2 percikan gula . Kacau sebati tuang dalam loyang ketepikan. Panaskan kukusan.

BAHAN puding:
4 biji telor gred A
1 cawan susu pekat
1 cawan fresh milk
1 cawan air suam
1 penutup esen vanila

Pecahkan telor sebiji demi sebiji dalam cawan tuangkan dalam bekas dan kacau guna whisk hingga sebati. Kacau2 manja je 😅

Kemudian dalam bekas lain satukan susu pekat + fresh milk + air suam + esen vanila kacau sebati. Kemudian tapiskan telor ke dalam campuran susu. Panaskan sekejap atas api

Kemudian tuang dalam loyang berisi gula hangus kukus dalam 40 minit atau sehingga masak.

5 minit terakhir kukus tanpa penutup kukusan . Bila puding dah masak tutup api rehatkan sebentar puding dalam periuk kukusan sebelum keluarkan dan sejukkan dalam peti ais.

Enak dimakan sejuk-sejuk! Selamat mencuba

Kredit:Neny Lai Han

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN