Kita marah bila anak terlalu manja tapi hakikatnya kita sendiri sebenarnya yang memanjakan anak tanpa kita sedar. Semuanya harus dibantu dalam segala hal. Sifat dibantu dalam segala hal sebenarnya boleh membuatkan anak tidak mampu berdikari sendiri malah perkembangan pemikirannya juga sedikit terjejas.

Menurut guru pra sekolah dan pendidikan awal kanak-kanak, Puan Noorashikin Ahmad, anak-anak seharusnya dibiarkan untuk berdikari sendiri supaya pemikirannya lebih matang malah membiarkan mereka membuat keputusan dalam segala hal, berusaha untuk mencapai sesuatu dan mahir dalam segala hal.

Manja Terlampau Boleh Jejaskan Perkembangan Anak, Latihlah Anak Berdikari!


“Eh, kejap je ibu bangun, sikit-sikit nangis! Kalau asyik nak berkepit je, peninglah ibu.”
Walaupun susah untuk kita akui, sebenarnya terdapat beberapa tabiat yang selalu kita lakukan (kebanyakan masa tanpa disedari) membawa kesan buruk kepada anak.

Istilah ‘manja’ ini boleh ditakrifkan sebagai sikap yang terlalu memberi kasih sayang yang terlalu berlebihan sehinggakan anak-anak cenderung menunjukkan sikap menuntut perhatian yang berlebihan dan ingin dilayani kehendaknya tanpa memperdulikan orang lain. Sikap sebeginilah adakala mengelirukan ibu bapa antara perasaan sayang atau terlalu manjakan anak.

Manja Terlampau Boleh Jejaskan Perkembangan Anak, Latihlah Anak Berdikari!

Apa Tanda Anak Manja?
Menurut Harvey Karp, penulis buku ‘The Happiest Toddler’ menerusi WebMD, anak manja adalah seseorang yang kuat mendesak, pentingkan diri, dan tidak mahu bertolak ansur.

Menurut pakar psikologi, walaupun kita cenderung untuk mengalah dan memenuhi permintaan mereka, hal ini hanya akan menyusahkan mereka di kemudian hari.

IKLAN

 

Sikap manja secara alaminya bermula ketika anak-anak berumur setahun lebih apabila anak-anak mula membina hubungan sosial dengan orang-orang disekitarnya. Pada usia 4 hingga 6 tahun, jika berlarutan akan mempengaruhi emosi, sosial dan intelek anak-anak kerana pada tahap umur tersebut anak-anak mula berinteraksi dengan persekitaran yang lebih luas seperti di taska atau tadika.

Manja Terlampau Boleh Jejaskan Perkembangan Anak, Latihlah Anak Berdikari!

Punca Anak Terlalu Manja
* Apabila anak kecil sudah mula memahami perkataan yang mudah, sekurang-kurangnya mereka perlu tahu bagaimana untuk bertolak ansur, iaitu proses memberi dan menerima. Jika mereka tidak diajar untuk memberi, mereka akan mudah berasa marah dan kecewa, menyebabkan mereka mula ‘buat perangai’.

* Ibu bapa sering menghentikan tangisan anak-anak dengan memberi hadiah. “Kadang-kadang kalau tak tahan sangat, asyik mengamuk . Kita pun ikut sajalah kemahuan dia… Kami masing-masing bekerja, satu hari sekejap saja dapat jumpa. Penatlah bila asyik nak layan anak yang menangis.”

IKLAN

*Jika ibu bapa hanya akan memberi perhatian apabila anak-anak mengamuk, maka si anak akan menyimpan mesej bahawa itulah saja cara ibu bapa akan mempedulikan mereka. Ibu ayah, berhati-hatilah dengan cara memujuk anak-anak. Jangan sampai memanjakan mereka.

*Ibu bapa juga harus konsisten dalam membuat keputusan dan menasihati anak. Contohnya sewaktu makan ibu bapa seringkali menyuruh anak makan sayur dan apabila anak cakap ‘tak nak’, kita terus diam dan lebih rela makan bahagian dia.

* “Mari sini ibu tolong” pakaikan kasut, pakaikan baju, kemaskan mainan, suapkan makan, bawa beg sekolah; serba-serbi ibu yang tolong. Sudahnya, anak kecil tadi akan mengharapkan pertolongan ibunya setiap masa.

* Anak kecil seawal 2 tahun sebenarnya sudah boleh disuruh untuk membuat kerja-kerja rumah yang mudah seperti mengemas dan memasukkan baju ke dalam bakul. Walaupun ianya nampak remeh, namun mempunyai impak yang sangat besar kepada mentaliti mereka. Sedikit demi sedikit, ia juga akan melatih mereka menjadi lebih berdikari dan bertanggungjawab.

Manja Terlampau Boleh Jejaskan Perkembangan Anak, Latihlah Anak Berdikari!

IKLAN

Kesan Terhadap Perkembangan Anak-Anak
Akibat sering mendapat apa yang dimahukan atau bebas membuat sesuatu mengikut kehendak hati, anak-anak menjadi :

1. Tiada atau kurang keyakinan diri menyebabkan kesukaran dalam menonjolkan potensi diri.
2. Kurang berdikari atau keinginan atau perasaan untuk melakukan sesuatu dengan sendiri. Anak-anak ini mengharapkan atau mendesak orang lain untuk sesuatu tanggungjawab.
3. Sering bergantung terhadap orang lain dalam apa jua keadaan.
4. Anak-anak kurang berminat untuk membuat ekplorasi yang akan menjejaskan perkembangan inteleknya.

Oleh demikian, ibu bapa harus sedar dan berusaha memperbaiki cara mendidik anak-anak. Ibu bapa harus konsisten dan tegas dalam mendidik anak-anak serta membimbing mereka bersifat lebih berdikari.

Artikel berkaitan: Bertuah Anak Rapat & Manja Dengan Ayah, Itu Maknanya Di Rumah Ayah Sangat Bagus

Sesekali Bisik Kata Manja Di Telinga Pasangan, Tengok Apa Jadi Lepas Tu

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI