
Seorang isteri seharusnya diberikan layanan bagai permaisuri, dihargai dan dicintai sepenuhnya oleh suami. Jika anda mempunyai suami romantis begitu, bersyukurlah. Ada sesetengah wanita yang nasibnya tidak sebaik kita, dikurniakan suami yang lebih banyak menyakikan hati berbanding menyayangi.
Artikel Menarik: [Mengarutlah! Lampu Suluh Tak Boleh Pusing Bayi Songsang. Jangan Risau Normal, Czer Selamat]
Dalam perkongsiannya melalui akaun Instagram, Joy Revfa, pengasas kosmetik terkenal, berkongsi tentang kesedihannya dengan nasib kaum wanita yang ditindas lelaki.
Kata Joy, ada segelintir teman-temannya yang turut mengalami nasib kurang baik selepas berkahwin. Mereka menjadi mangsa suami yang panas baran, kaki mabuk dan suka ‘naik tangan’ ke atas si isteri. Dek kerana rasa tidak puas hati itu, Joy menyuarakan pendapatnya berkenaan isu itu.
⛔️STOP VIOLENCE AGAINTS WOMEN ! ✋?
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyatakan sebanyak 4,807 kes keganasan rumah tangga dilaporkan sekitar tahun 2014 dan dikatakan angkanya meningkat setiap tahun. Antara faktor yang menyumbang kepada perkara ini adalah:
*Pertelingkahan antara pasangan
*Pasangan mempunyai sikap panas baran dan kerap melampiaskan amarah dengan kata makian dan ugutan
*Ketagihan dadah, alkohol atau judi
*Masalah kewangan
*Cemburu yang keterlaluan
Artikel Menarik: [Kalau Isteri Sampai ‘Melepek’ Waktu Period, Fahamilah Sakitnya Tidak Tertanggung. Bukan Dibuat-Buat]
Sekiranya anda mahupun kenalan mengalami situasi begini, ia telah merangkumi skop keganasan rumah tangga:
1. Si pelaku menyebabkan kecederaan fizikal
2. Mangsa berasa trauma dan takut dengan si pelaku walaupun tanpa sebab
3. Mangsa dipaksa atau akan diancam keras untuk melakukan hubungan seks
4. Si pelaku melakukan khianat dengan merosakkan harta benda
Untuk mendapatkan bantuan, anda boleh merujuk ke One-Stop Crisis Center (OSCC) di hospital besar berhampiran sekiranya anda diapa-apakan. Kemudian segera buat laporan kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat berhampiran dan jangan tangguh untuk buat laporan polis. Hubungi Talian Kasih 15999 yang beroperasi 24 jam dan jangan segan untuk menghubungi agensi NGO seperti Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO).
Sumber: JOY REVFA & ILUMINASI.COM