Selepas dua minggu melalui situasi hanya duduk di rumah tanpa boleh keluar melakukan aktiviti lain, pastinya ada ibu bapa yang moodnya sedikit tegang kerana perlu menghadap macam-macam perangai anak.

Keadaan ini sesekali boleh buat ibu bapa cepat berubah mood marah. Melalui apa yang dikongsikan oleh Ibu Rose yang juga Penulis Keibubapaan, Kekeluargaan dan Kasih Sayang keadaan stres ini boleh ditangani jika ibu bapa bijak mengawalnya.

Marah bukanlah sesuatu yang kita tak boleh langsung buat kepada anak-anak kita. Namun, bila marah membawa kepada jerit pekik dan memukul-mukul untuk melepaskan geram, MAKA ITU SALAH.

Marah Anak Menyepah & Tak Duduk Diam. Tangani Stres Ibu Ayah Dengan Cara Ni Kerana, itu bukan marah yang disebabkan oleh isu yang sedang dihadapi dengan anak itu. Itulah adalah isu lama yang telah berkumpul (snow balling) di dalam diri anda. Contohnya, rasa sedih atau dendam dengan emak anda sebab kurang menunjukkan kasih sayang kepada anda. Atau kerana terlalu selalu dimarah dan dibanding-bandingkan semasa kecil. Atau frustration terhadap sesuatu yang gagal anda raih.

Disebabkan itu semua adalah tenaga negatif yang tersimpan dan terpendam, bila ia keluar, ia keluar bagaikan Tsunami. You find yourself not able to control your anger. Sedangkan salah anak tu, cuma tak simpan toys dia saja! Nampak apa yang ibu cakap ni?

IKLAN

So, apa yang anda perlu buat? Hari ini ibu share 3 perkara dahulu. Bila ibu dah share ni, terus buat. Jangan tangguh-tangguh, lepas tu bila marah balik, merasa benci pula kepada diri. Paling Ibu tak nak, rasa semua nasihat ini tak boleh pakai dan terus putus asa! If you do such things then don’t ask Ibu to help you anymore : ) because to help you, I need you to help yourself too. I cannot help you if you are not willing to help you! Got it!

Bunyi keras sikit Ibu ni kan…Why? Because ramai sangat orang yang nak berubah, bila kita beri jalan, mereka tidak buat, lepas tu mereka kutuk diri mereka dan orang lain. You are not like that, Ibu tahu, so now, do this 3 things.

IKLAN

BUAT 3 LANGKAH MUDAH INI:

1) Ingatkan apakah kekecewaan anda. Ambil masa untuk ini. Setelah merasakannya sekarang, katakan kepada diri anda, saya maafkan kamu.Katakan 10 kali dan setiap kali rasakan dengan sepenuhnya.
-Kemudian katakan saya maafkan kamu kepada orang yang telah terlibat didalam kekecewaan ini. Katakan bersungguh-sungguh dan lepaskan mereka daripada marah anda dengan hati yang rela.

IKLAN

2) Maafkan ibu atau bapa anda atau sesiapa yang membesarkan anda. Jika mereka masih hidup, pergi atau telefon mereka dan beritahu kepada mereka yang anda sangat mengasihi mereka. Jika tidak mampu nak sebut, bertanyalah khabar dengan baik dan renung mereka dari dekat atau jauh dan hantarkan perasaan sayang itu kepada mereka. Anda tahu anda ikhlas bila air mata anda mulai gugur.

Jika mereka telah pergi bacakan Yassin untuk mereka dan lepaskan mereka daripada marah anda atau sedih anda.

3) Besarkan perasaan kasih sayang di dalam diri anda dan izinkan hati anda mengasihi diri anda dan semua orang yang penting di dalam hidup anda.

Sumber: Ibu Rose

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI