Suami isteri bahagia, kunci anak-anak berjaya. Apa yang kita cari, itu yang kita dapat. Kalau sekarang ni kita tengok isteri kita macam ni, suami kita macam ni jangan pertikaikan. Sebab dari awal kita yang pilih dia.

Ini pesanan yang dikongsikan oleh Datuk Ustaz Kazim Elias ketika Webinar Aku Tak Takut Beranak dibawakan oleh Pa&Ma dan 9 Bulan 10 Hari baru-baru ini.

Macam Tak Logik, Tapi Ada Isteri Mengidam Nak Makan B***. Ini Perkongsian Ustaz Kazim

Menurut Ustaz Kazim, dalam rumah tangga, suami atau isteri tidak boleh pertikaikan antara satu sama lain. Kenapa? Kerana kita yang memilihnya di awal perkenalan. Sebagai contoh, jika suami dapat isteri yang kuat berleter, jangan marah. Kena fahami dulu kenapa isteri begini.

Bukan terus tuju pada isteri sedangkan hakikatnya suami pun ada buat salah. Jika kita nak yang baik, usahanya kena ada. Setiap tahun kita sentiasa harapkan pasangan berubah ke arah lebih baik tapi tak ada perubahan yng kita buat. Masih pendekatan yang sama je.

Jadi kena lihat semula, apa yang kita cari, itu yang kita dapat walaupun kadang-kadang kita nak yang terbaik.

IKLAN

Memang masa bercinta semua nampak elok tapi kahwin baru tahu. Mesti ingat isteri kamu adalah pakaian untuk kamu dan kamu adalah pakaian untuk isteri kamu. Kita ni ibarat saling memerlukan.

Macam Tak Logik, Tapi Ada Isteri Mengidam Nak Makan B***. Ini Perkongsian Ustaz Kazim
Gambar Hiasan

Isteri mengidam masa mengandung, jika tak mudarat cubalah tunaikan

Sementara itu, Ustaz Kazim turut berpesan pada suami, seandainya isteri mengidam nak makan apa yang dia teringin, cubalah tunaikan permintaan isteri selagi tak memudaratkan.

IKLAN

Ketika perkongsian bersama dengan peserta webinar, beliau memberitahu ada satu kes di mana si isteri yang ketika itu mengandung minta dengan suaminya nak makan babi. Siap merengek lagi minta suami belikan semata-mata nak rasa. Bukan itu saja, si isteri cakap dengan suami jika tak boleh, lalu depan kedai yang jual daging tu pun tak apa.

Macam Tak Logik, Tapi Ada Isteri Mengidam Nak Makan B***. Ini Perkongsian Ustaz Kazim
Gambar Hiasan

Ustaz Kazim jelaskan, beliau sangat kagum dengan si suami yang begitu sabar melayan dan bercakap lembut dengan isterinya itu sehingga berjaya mengalih perasaan megidam yang bukan-bukan itu.

Jadi para isteri yang tengah mengandung, cubalah kawal juga perasaan teringin nak makan sesuatu yang tak sepatutnya kerana syaitan memang suka kacau dalam keadaan diri isteri yang lemah.

IKLAN

Oleh itu, buat suami, kenalah sabar, kalau boleh tunai, tunai. Jika tak boleh cakap elok-elok. Jangan marah, tengking sampai isteri terasa hati. Kena ingat isteri kita adalah sebahagian hidup suami.

Macam Tak Logik, Tapi Ada Isteri Mengidam Nak Makan B***. Ini Perkongsian Ustaz Kazim

Sabar dan jaga hati isteri, walaupun orang tengok isteri kita mereka akan menyampah. Macam isteri saya dulu tiap-tiap hari nak minum nescafe dan setiap kali itu juga saya sediakan untuknya. Bila minum dia rasa puas.

Kalau setakat isteri loya, muntah, berilah layanan dan faham emosi isteri. Tapi yang saya perhatikan sekarang ini, suami sekarang ramai yang tak nak ambil hati isteri, tambah-tambah isteri tengah mengandung. Akhir sekali saya nak pesan, cara suami layan isteri adalah cerminan diri anda. Begitu juga buat isteri. Sama-sama faham dan sama-sama perbaiki diri.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI