Real Case : Ada parents di sini yang mengaku tak pernah dan tak tahu untuk marah anak. Parents…. Marah tu tandanya untuk menegur kesalahan anak. Kan ada pepatah mengatakan marah tandanya sayang. Real case ini adalah perkongsian daripada Cik Aishah Kassim, Pakar Pertuturan Bahasa.
Sanggup ke kita tengok anak kita buat salah tapi kita biarkan je anak buat tingkahlaku macam tu? Sanggup ke kita biarkan anak baling barang dekat kita, sepak, tampar kita?
Kita mungkin sanggup, tapi bagaimana bila di luar? Jika anak buat perkara yang sama dekat kita kepada orang lain. Ada yang kata takut anak berdendam. Ada yang kata takut anak trauma dan emosi. Hm. Marah ada hadnya. Jangan marah sehingga menghina dan mengeluarkan kata-kata yang buruk dan negatif kepada anak. Jangan marah setiap masa pulak, tu parents yg ada masalah!
Ads
Marah anak ketika dia buat kesalahan. Puji anak ketika dia buat kebaikan.
Ads
Dari sini anak akan belajar bahawa setiap perkara yang baik akan diberi pujian dan dihargai & perkara yang buruk jika dilakukan pasti akan dihukum. Yang salah tetap salah, dan yang betul kita raikan.
Biarkan anak menangis harini. Jangan satu hari nanti kita pula yg menangis melihat anak kita
Setiap orang ada cara masing-masing untuk buat simpanan. Ada suka menyimpan duit, ada yang minat beli barang kemas. Semua itu terpulang pada anda tetapi bagi yang masih keliru, simpanan emas ini adalah aset boleh digunakan jika terdesak.
Melalui perkongsian En Akhtar Syamir, melalui pengalamannya sendiri, simpanan emas yang dibuat sebelum ini berbaloi bila terdesak nak menggunakan duit.
Beberapa bulan yang lalu, saya memerlukan duit tunai dengan segera. Ini bukan buka aib, tapi untuk inspirasi.
Sebelum ini, kami memang jenis yang tidak sempat simpan duit tunai. Adalah sedikit untuk kegunaan bulanan. Selebihnya, kami tukarkan kepada barang kemas dan di dalam pelan simpanan jangka masa panjang.
Barang kemas untuk aset, pelan simpanan untuk keuntungan masa hadapan. Waktu kami mula mengumpul emas, saya dan isteri sudah berjanji. Ini semuanya ialah hak miliknya 100%. Tapi, jika satu hari nanti saya perlukan duit dengan segera, saya berharap yang dia dapat bantu saya. Isteri saya bersetuju asalkan saya berjanji akan berusaha untuk menebusnya kembali.
Antara yang masuk Ar Rahnu hari tu, Rantai Tangan Pulut Dakap Perut Ular yang viral, RT Coco yang sangat cantik, cincin STM, Datin dan cincin KLCC design baru. Memang pikir dua kali jugak sebenarnya.
Syukur Alhamdulillah, semuanya telah dapat saya tebus kembali. Ini sangat-sangat penting. Jangan ingat emas yang kita dah bagi isteri tu kita punya. Itu isteri punya. Wajib tebus sebab itu ialah hutang. Hutang wajib dibayar.
Kepada yang masih belum percaya betapa bagusnya menyimpan emas dan barang kemas, inilah buktinya.
Antara kelebihan menyimpan emas:
Pertamanya, ia menjadi pelindung kepada pembaziran. Mesti korang semua perasan, kadang-kadang korang ada duit lebihan, tapi duit tu habis macam tu je. Sebelum duit lebihan tu hilang, tukar separuhnya kepada emas. Separuh lagi biar dulu atau kalau tak perlu, simpan kat tempat lain yang kita tak mudah belanjakan.
Keduanya, ia mudah dicairkan. Pergi Ar Rahnu, settle.
Ketiganya, kita boleh dapat balik. Bila membeli emas, ada kalanya design tu memang takkan jumpa dah atau susah nak cari. Jadi, bila kita ada peluang untuk dapat balik, kan bagus?
Beli emas tak rugi. Berhentilah takut pasal barang kemas. Bagi sokongan sepenuhnya. Tak salah pun simpan emas, asalkan jangan sampai takde duit makan dan pakai. Cuma, ianya bagus untuk digunakan semula, untungnya bukan pada nilai RM tetapi pada nilai kegembiraan si pemakai. Sebab harga emas ni tak sentiasa naik.
Kepada yang masih belum tebus tu, kena disiplin. Kena usaha sebaik mungkin untuk dapatkan kembali. Semoga urusan anda semua dipermudahkan.
Sebelum terlupa, terima kasih Nora Azni. Nanti kita beli emas banyak-banyak lagi ye.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebelum ini tular mengenai video seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun yang menaiki ambulan selepas mempunyai simptom Covid-19. Bagaimanapun kanak-kanak itu dibenarkan keuar hospital selepas ujian swab yang dilakukan mendapati anaknya negatif Covid-19.
Menerusi Twitter Intan Nurdiyana, dia berkongsi perkembangan terbaru dirinya. Dia bersama-sama ibu bapanya serta suami telah disahkan pula positif Covid-19 setelah menerima keputusan ujian swab. Mereka sekeluarga telah ditahan di Hospital Kluang, Johor untuk pemeriksaan lanjut dan dikuarantin.
Kuarantin dalam wad 12 hari
Menurut Intan, pada awalnya dia dan ayahnya sahaja yang disahkan positif Covid-19. Namun selepas swab ke dua dijalankan ke atas keluarganya, suami dan bapanya turut disahkan positif. Dia telah ditahan di wad hospital selama 12 hari.
Tiada simptom pada diri tapi positif
Pada mulanya, dia mengesyaki ayahnya batuk biasa kerana ayahnya merupakan perokok tegar, manakala dirinya tiada simptom pesakit Covid-19. Namun ujian swab yang dilakukan mendapati kedua-dua mereka disahkan positif Covid-19.
Kawasan tempat tinggal zon merah
Menceritakan mengenai punca mereka sekeluarga positif Covid-19, dia mengatakan bahawa kawasan kejiranan tempat dia tinggal merupakan kawasan Zon Merah iaitu di Simpang Renggam, Johor. Di kawasannya sahaja telah lebih 170 kes positif Covid-19 direkodkan. Punca kluster wabak ini merebak ialah apabila ayahnya yang merupakan orang rewang di salah sebuah majlis di kampung itu.
Layanan doktor dan jururawat terbaik
Doakan yang baik-baik. Jaga hati dan perasaan kami
“Bagaimana untuk solat awal waktu bila anak suka mengempeng?” Ini antara dilema yang ramai ibu menyusu selalu tanya. Kadang tu tak khusyuk untuk solat kerana anak merengek di tepi.
Kaunselor Laktasi, Nad Masrom ada kongsi tip yang dilakukannya sendiri bila anaknya dalam keadaan mengempeng sepanjang masa.
Pertama sekali, ini bukanlah tip dari saya 100%. Sejujurnya, banyak kali saya tak berjaya nak apply kesemuanya. Tapi saya cuba juga buat tip-tip yang saya baca ini. Kebanyakan memang berhasil cuma perlukan istiqamah untuk melakukannya. Terima kasih kepada para ibu bapa yang telah berkongsi semua tip ini (maaf saya tak ingat sumber setiap satu). Semoga pahala jariah ini berpanjangan apabila diamalkan oleh orang lain.
1. Pastikan anak dalam keadaan selesa
Sebelum masuk waktu solat, pastikan pampers anak tidak penuh atau pampers diganti dahulu. Bersihkan anak dan sekiranya perlu, boleh bawa anak solat bersama bila anak sudah dibersihkan.
2. Pastikan anak kenyang dan tidak lapar
Susukan anak sebelum masuk waktu solat. Sekiranya anak sudah mula makan, cuba beri anak makan dahulu supaya anak tidak meragam.
3. Berikan mainan yang bersesuaian
Berilah busy book, soft toys dan apa sahaja yang boleh buat anak busy sekejap dalam masa 5 minit. Dan solatlah berhampiran anak supaya anak tidak meragam mencari ibunya.
4. Ajar anak senyap waktu azan
Biasakan anak senyap dengan beri signal jari di mulut dan bagi tahu panggilan azan itu adalah untuk ibu solat. Dan segeralah solat pada waktu itu secara konsisten setiap hari supaya anak faham dengan konsep azan = ibu solat sekejap.
5. Ajak anak solat bersama
Kaedah ini boleh dipraktiskan dari usia bayi lagi. Biasakan solat berhampiran bayi. Bila anak sudah mula faham, ajak dia untuk bersolat sama walaupun akhirnya ibu dan ayah menjadi ‘kuda’.
Fasa ini memerlukan kesabaran. Khadijah pun suka menguji saya. Kadang-kadang dia korek hidung saya waktu tahiyat. Kadang-kadang dia suap biskut. Bila saya tutup mata, dia buka mata saya dan say ‘Cakkk’. Duduk atas kepala sudah menjadi perkara biasa.
Tapi akhir-akhir ni dia dah mula faham dan mula ikut solat sama walaupun tak sampai seminit telekung dah tercabut dan biasanya dia sambung main semula macam tak ada apa-apa berlaku
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan semoga kita semua (terutamanya saya) sentiasa berusaha untuk solat di awal waktu agar urusan harian lebih teratur. Amin.
p/s: Kalau ibu-ibu ada tip yang lain, kongsikanlah ya. Mana tahu tip yang diberikan lebih menarik dan mudah untuk dibuat
**mengempeng = anak melekat nak menyusu dalam tempoh yang lama