Sebelum ini tular mengenai video seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun yang menaiki ambulan selepas mempunyai simptom Covid-19. Bagaimanapun kanak-kanak itu dibenarkan keuar hospital selepas ujian swab yang dilakukan mendapati anaknya negatif Covid-19.
Menerusi Twitter Intan Nurdiyana, dia berkongsi perkembangan terbaru dirinya. Dia bersama-sama ibu bapanya serta suami telah disahkan pula positif Covid-19 setelah menerima keputusan ujian swab. Mereka sekeluarga telah ditahan di Hospital Kluang, Johor untuk pemeriksaan lanjut dan dikuarantin.
Kuarantin dalam wad 12 hari
Ads
Menurut Intan, pada awalnya dia dan ayahnya sahaja yang disahkan positif Covid-19. Namun selepas swab ke dua dijalankan ke atas keluarganya, suami dan bapanya turut disahkan positif. Dia telah ditahan di wad hospital selama 12 hari.
Tiada simptom pada diri tapi positif
Pada mulanya, dia mengesyaki ayahnya batuk biasa kerana ayahnya merupakan perokok tegar, manakala dirinya tiada simptom pesakit Covid-19. Namun ujian swab yang dilakukan mendapati kedua-dua mereka disahkan positif Covid-19.
Ads
Kawasan tempat tinggal zon merah
Menceritakan mengenai punca mereka sekeluarga positif Covid-19, dia mengatakan bahawa kawasan kejiranan tempat dia tinggal merupakan kawasan Zon Merah iaitu di Simpang Renggam, Johor. Di kawasannya sahaja telah lebih 170 kes positif Covid-19 direkodkan. Punca kluster wabak ini merebak ialah apabila ayahnya yang merupakan orang rewang di salah sebuah majlis di kampung itu.
Ads
Layanan doktor dan jururawat terbaik
Doakan yang baik-baik. Jaga hati dan perasaan kami
Seorang bapa tidak sanggup melihat video rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memperlihatkan anak lelakinya ditendang, ditampar dan ditarik rambut didakwa dilakukan pengasuh di sebuah Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) di Penampang.
Malahan lebih memilukan apabila kanak-kanak berusia empat tahun itu ditampar dan dipukul guna pembaris di bahagian muka dan kepala berkali-kali ketika hendak makan.
Tak Pernah Perlakukan Anak Seumpama Itu
Bapa mangsa yang enggan dikenali berkata, dia sendiri tidak pernah memperlakukan anaknya seumpama itu dan tidak sanggup menyaksikan rakaman anaknya didera.
Katanya, anaknya sudah dua kali menjadi mangsa dera bermula pada Mac lalu dengan kejadian pertama berlaku dua minggu lalu selepas isterinya mendapati ada kesan lebam di bahagian tangan.
Sudah 2 Kali Didera
“Mulanya anak saya mengatakan dipukul oleh guru (pengasuh) tetapi mengubah mengatakan kawan-kawan pukul.
“Bagaimanapun, isteri melihat kesan lebam lain di bahagian dada anak kami seminggu kemudian sebelum bertanya kepada pihak taska dan mereka menyatakan mungkin bergaduh sesama rakan.
Tambah lelaki itu, kejadian terbaharu apabila anaknya mengadu sakit di bahagian kepala dan setelah diperiksa mendapati terdapat kesan luka.
Buat Laporan Selepas Tengok CCTV Taska
Katanya, dia kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Tanjung Aru selepas melihat CCTV yang menyaksikan anaknya ditampar, ditendang dan rambut ditarik.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, pihaknya menerima tiga laporan polis mengenai kejadian itu daripada ibu mangsa, pengusaha taska termasuk daripada pengasuh didakwa dikasari bapa mangsa.
“Setakat ini, dua kertas siasatan dibuka iaitu mengikuti Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh membawa hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.
“Kes juga disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman penjara setahun atau denda tidak melebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya menerusi kenyataan media.
Terdahulu, tular video berdurasi dua minit 12 saat memaparkan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditendang, ditampar dan rambut ditarik oleh pengasuh di sebuah taska di Luyang sejak petang semalam.
Pelakon, Aliff Aziz menerusi akaun instagramnya semalam meluahkan perasaan yang mendalam buat Bella Astilah (bekas isteri) dan Ayden anak mereka.
Sebelum ini mereka pernah viral gara-gara Aliff Aziz berulang kali melakukan kesilapan yang sama iaitu berlaku curang dalam rumah tangga mereka tetapi Bella tetap memaafkan.
Namun kemelut rumah tangga mereka bernoktah pada Ramadhan lalu iaitu pada 16 May 2019 selepas Aliff melafazkan cerai talak satu. Penceraian tersebut telah difailkan oleh Bella beberapa bulan yang lalu.
Semalam melalui status yang dimuat naik, Aliff seperti ingin memujuk Bella untuk kembali rujuk semula.
09.09.2016 One of the most magical days of my life where Allah blessed me with such an amazing woman to share my life with.
Through all the years of happiness and sadness, ups and downs, she had been there for me. If i could turn back the hands of time, there are many things i would have done better and differently. I would have given my best that i could have ever gave.
But this is an example of when you take Allah’s blessings for granted, time and again, when the time comes and He shows you what you brought upon yourself, then only you realize what you have done. And as human beings, myself included we turn to Allah when our world gets shaken and when we face trials and tribulations and when we lose some or all that we have. But this is a calling from Him for me to realize how far i have been from the right path.
To @bellaastillah , you have always given your best since the day i met you for the first time. You have always been there for me at my highest and lowest phases in life. I pray to Allah you will always be blessed with great blessings for you are special. Thank you for giving birth to such an amazing handsome smart boy @aydenadrean17 sebagai tanda cinta kita.
I need to amend my relationship with Allah. For He is the best of planners and the one that can turn hearts over. Saya harap awak sekeluarga selalu dirahmati dan dilindungi. I know this post will get different opinions but this is just words from my heart that i wanted to share. I may have not been the best for you before, but insyaallahuta’la if Allah wills for us to together again, may He wills for me to show the best husband and father in me that i could ever be.
Jodoh pertemuan semua di tangan Allah. Whatever people may perceive or say, only you know me for who i am. Saya harap awak doakan saya seperti mana awak selalu dalam doa saya. Both you and Ayden.
I may be perceived in many ways. But we are all human beings that will fault with our own choices in life. Saya hanya minta doa yang baik-baik sahaja dari semua. Semoga dengan doa baik itu, Allah limpahkan kebaikan untuk semua. Amin yra.
Semalam juga Aliff turut memuat naik gambar anak mereka, Ayden dengan kepsyen seolah merindui kehadiran si kecil itu.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai riaksi daripada warganet, ada yang masih marah dengan apa yang dilakukan oleh Aliff kepada Bella dan ada juga yang turut mendoakan agar Aliff berubah dan dapat bersatu kembali sebagai sebuah keluarga.
Ramai yang susah nak hargai apa-apa dalam genggaman
Seorang penganggur mengaku bersalah atas dua pertuduhan cubaan membunuh terhadap seorang bayi dan kanak-kanak perempuan di Mahkamah Sesyen 2 di sini pada Rabu.
Tertuduh Mohammad Azmin Hamanullah, 28, yang memakai pakaian hospital dalam keadaan berbalut tangan kirinya membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim, Mazdi Abdul Hamid.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh dengan niat telah melakukan perbuatan cubaan membunuh sehingga menyebabkan kecederaan kepada seorang bayi perempuan berusia 44 hari.
Sementara pertuduhan kedua, didakwa dengan niat telah melakukan perbuatan cubaan membunuh sehingga menyebabkan kecederaan kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun.
Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lee Jun Keong dan Nurnajihatul Idayu Mohd Azuyar.
Mazdi kemudiannya memerintahkan tertuduh menjalani pemeriksaan mental di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan mengikut Seksyen 342 (5) Kanun Prosedur Jenayah.
Mazdi juga tidak membenarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh.
Kes ditangguhkan sehingga 11 September sementara menunggu laporan perubatan mental.