Marshmallow Terlebih Jangan Buang, Buatkan Mix Crunchy Rice Pop Ni, Super Cute!

Share

Siapa sangka dari lebihan marshmallow boleh dijadikan biskut dan kudapan untuk anak-anak makan. Jadi lebihan marshmallow atau yang tidak dihabiskan oleh anak-anak jangan dibuang, buatkan sahaja Mix Crunchy Rice Pop ni. Cukup mudah, sedap dan rangup untuk kudapan anak-anak.

Resipi ringkas yang dikongsikan oleh Daten Eeita ini cukup menarik untuk dicuba. Jom cuba.


My simple Mix crunchy rice pop. Bahan-bahan pun ringkas.

Bahan-bahan:
Butter
Susu pekat & esen vanila
Marshmallow
Rice pop
Biji kuaci

Cair kan butter dalam angaran 1/3 cawan. Masuk sikit vanilla dan 1/4 cawan susu pekat (not in the pic).

Masukkan marshmallow dan kacau sampai cair.

Macam ni.

Masukkan rice pop. Gaul dan gaul lagi.

Masukkan sunflower seed dan gaul lagi. Remember api kecil je.

Padatkan atas loyang dan bake for 20 minutes 150’c.

Dah siap for cubing. Potong time panas-panas sebab masih lembut. Kalau dah sejuk, keras pulak nak potong.

Siap dah. My children love it so much.

Resipi wajib cuba: Resipi Shellout Paling Mudah Bahan Simple- Je Tapi Sedap Pedas Padu!

IKLAN