Melihat si kecil makan sendiri dengan penuh yakin memang satu kepuasan buat ibu bapa, kan? Lebih-lebih lagi bila anak mampu menggunakan penyepit (chopstick) dengan begitu mahir seperti anak kepada pempengaruh terkenal, Ryzal Ibrahim dan isteri tercinta, Maryam Durian Kimchi.
Anak sulung mereka, Rina, bukan saja comel dan petah bercakap, malah cukup bijak menggunakan chopstick hingga membuatkan ramai netizen kagum dan mula bertanya – “Macam mana Maryam ajar Rina guna chopstick dengan begitu baik?”
Menjawab persoalan itu, Maryam atau nama sebenarnya You Narae, warga Korea Selatan berusia 32 tahun berkongsi tiga tips penting untuk ibu bapa yang mahu mengajar anak-anak menggunakan chopstick dengan betul.
“Ramai DM saya sebab tengok Rina makan guna chopstick dengan senang. Sebenarnya, pemilihan chopstick yang betul sangat membantu anak-anak belajar,” ujar Maryam menerusi satu perkongsian video di Instagram.
1. Pilih hujung chopstick yang rata Kanak-kanak kecil biasanya masih belum mempunyai kekuatan jari dan kawalan tangan yang sempurna. Jadi, elakkan chopstick yang runcing atau bulat. Chopstick yang hujungnya rata akan memudahkan mereka mencengkam makanan tanpa terlalu banyak usaha.
2. Pilih lubang jari yang tetap dan tidak bergerak Bagi chopstick latihan (training chopstick), pilih yang ada lubang jari silikon tapi tak bergerak. Lubang yang kekal pada kedudukan tetap akan bantu anak belajar posisi jari yang betul.
Ads
“Kalau lubang jari tu asyik bergerak bila dicuci atau digunakan, nanti susah nak tahu posisi sebenar untuk jari. Anak pun keliru,” jelas Maryam.
3. Pilih yang ada pelekat di tengah (grip atau spring) Beberapa jenis chopstick ada pelekat kecil atau sambungan di bahagian tengah. Fungsinya adalah untuk menjaga kestabilan, jadi bila anak ambil makanan, makanan itu tak mudah jatuh. Ini sangat membantu membina keyakinan anak untuk terus makan sendiri.
🧒🏼 Ajar Makan Sendiri Jadi Aktiviti Menyeronokkan
Maryam turut mencadangkan ibu bapa menggunakan chopstick sebagai alat bantu yang menyeronokkan, terutama jika anak jenis ‘memilih makan’. Katanya, bila anak rasa seperti bermain, mereka lebih teruja untuk mencuba sendiri.
Ads
“Kalau anak-anak susah makan, cuba bagi chopstick. Mereka rasa macam main, tak sedar pun tengah habiskan makanan!”
🌟 Pa&Ma Sokong Usaha Ibu Bapa Yang Mahu Didik Anak Sejak Awal
Melatih anak makan sendiri memang perlukan kesabaran dan konsistensi, tapi ia juga salah satu cara terbaik untuk asah kemahiran motor halus, koordinasi mata dan tangan, dan yang paling penting, bantu mereka jadi lebih berdikari sejak kecil.
Nota Pa&Ma: Tak kisahlah anak guna sudu, garfu atau chopstick, yang penting kita bantu mereka bina keyakinan diri. Jadikan sesi makan bukan sekadar rutin, tapi masa yang menyeronokkan dan penuh kasih sayang.
Jodoh, zuriat, rezeki dan kematian semuanya rahsia Allah. Kita tak tahu pun tetapi bila sampai masanya baru kita tahu.
Disebabkan ia adalah rahsia dan luar kemampuan manusia, Allah berikan peluang kepada kita ‘senjata’ doa untuk terus minta dan ingat padaNya. Berdoa di samping ikhtiar pasti akhirnya ada kemanisan di kemudian hari.
Bagi pasangan suami isteri yang masih menanti zuriat, betulkanlah cara berdoa. Ketika memohon padaNya, doalah berusngguh-sungguh. Berikut antara doa yang boleh diamalkan setiap kali selepas solat antara suami isteri agar kehadiran zuriat dapat melengkapkan lagi hidup berumah tangga.
Ya Allah..Ya Rahman…Ya Rahiim..
Di Kau Adalah Segala Pemilik Segala Hati..
Maka Di Kau Pasti Mengerti Apa Keinginan Kami..
Sesungguhnya Kami Telah Lama Mendambakan Kehadiran Seorang Insan Yang Menjadi Pelengkap Hidup Kami…
Ya Allah…
Berikanlah Kami Rasa Itu Untuk Memiliki Seorang Anak..
Anak Yang Soleh Dan Solehah..
Anak Yang Dapat Mendoakan Kami Bila Kami Sudah Tiada Nanti…
Akan Kami Menjaga Amanah Yang Di Beri Sebaiknya…
Ya Allah…
Jadikanlah Zuriat Dalam Rahim Kecil Ku Ini..
Aku Juga Ingin Merasakan Gerakan Dan Keajaiban Bayi Di Dalam RahimKu
Ya Allah …
Aku Ingin Hamil…
Engkau Permudahkan lah Rezeki Dan Urusanku..
Ya Allah Aku Ingin Hamil…
Berkatilah Langkahku..
Ya Allah Aku Ingin Hamil …
Kau Kurniakan lah Aku Zuriat Agar Aku Dapat Menikmati Bagaimana Menjadi Seorang Ibu… Semoga Saat Itu Pasti Akan Tiba…
Aamiin Yaa Rabbal Allamiin..
Bacalah setiap hati moga-moga Allah dengar isi hati kita dan permudahkan urusan untuk mendapat cahaya mata. Mana tahu, doa dan ikhtiar yang dilakukan akhirnya Allah bagi nikmat dipenghujungnya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru-baru ini tular sekeping gambar dimana seorang budak cedera apabila termakan umpan milik bapanya. Menurut sumber, kanak-kanak tersebut mungkin tidak dapat membezakan umpan dan makanan kerana mangsa masih kecil.
Rata-rata netizen termasuk kaki pancing menasihati agar meletakkan barang yang merbahaya di tempat yang tinggi dan tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak.
Memasukkan objek ke dalam mulut, bukanlah satu penyakit; ia perkara semula jadi dan cara bayi anda mempelajari dunia sekeliling mereka. Sebagai ibu bapa, tanggungjawab kita adalah untuk mengawasi mereka setiap masa dan seberapa yang boleh, memberi mereka persekitaran pembelajaran yang selamat dan kondusif.
Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa bayi berumur 6-18 bulan menghabiskan 30 minit sehari memasukkan pelbagai objek ke dalam mulut, menggigit, menghisap, dan meleleh air liur pada sebarang objek yang mereka dapat. Walaupun secara puratanya tempoh masa mereka memasukkan objek ke dalam mulut tidak begitu lama jika dibandingkan dengan tempoh bayi tidur, namun apa yang ibu bapa harus berwaspada adalah masa 30 minit ini terjadi sepanjang hari.
Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh guna yang memberi manfaat sama menang kepada kecenderungan petatih anda untuk memasukkan sesuatu ke dalam mulut dan pada masa yang sama tidak membimbangkan anda:
1. Rumah yang selamat untuk bayi.
Jangan tinggalkan barangan peribadi anda bersepahsepah di atas lantai rumah.
Beli bekas yang selamat untuk bayi untuk menyimpan barang-barang yang anda suka letak merata-rata seperti kunci, telefon pintar, duit syiling dan butang-butang. Jauhkan bekas tersebut dari kanak-kanak (letakkan lebih dari 1.75 meter daripada aras lantai).
Jangan lupa bahawa produk-produk beracun seperti bahan pencuci, peluntur dan bahan mencuci yang lain hendaklah disimpan jauh daripada kanak-kanak. Jangan lupa juga untuk melabelnya.
Periksa di bawah kerusi dan di antara kusyen, meja dan permaidani agar tidak terdapat bahan-bahan berbahaya dan pastikan anda kerap melakukannya.
Wayar dan kabel-kabel tambahan hendaklah dipasang di dinding dengan kemas, diikat dengan sempurna dan diletakkan jauh dari penglihatan kanak-kanak dan tidak boleh dicapai. Tutup soket elektrik dengan palam keselamatan atau penutup keselamatan yang tertutup rapat apabila soket tidak digunakan.
Kunci barang-barang tajam dan berbahaya yang biasa terdapat di dalam laci di ruang tamu atau kabinet dapur.
Kabel-kabel telefon sentiasa menjadi ancaman penjerutan, gunalah telefon tanpa wayar buat seketika. Langsir dan kain penutup juga boleh menjadi ancaman – anda hanya perlu mengikatnya cukup tinggi agar tidak dicapai oleh kanak-kanak.
baby-putting-object-in-mouth
Barang-barang yang berbahaya bagi bayi dan petatih: Duit syiling, butang, permainan dengan bahagian-bahagian kecil, permainan yang keseluruhannya boleh dimasukkan ke dalam mulut bayi, guli, belon, pengikat rambut kecil, gelang getah, pen atau penutup marker, bateri kecil jenis butang, magnet peti ais dan ketulan makanan haiwan.
2. Jadi ibu bapa yang cerewet.
Pastikan anda memilih permainan yang sesuai untuk umur anak anda.
Lazimnya pengilang permainan akan melabelkan produk mereka dan ini dapat membantu anda mengenalpasti jenis permainan yang sesuai untuk bayi anda.
Pastikan permainan yang anda beli dibuat dengan sempurna dan tidak mudah rosak.
Kenalpasti dan ketahuilah mekanisma permainan yang anda beli. Perhatikan bahagian-bahagian kecil, komponen yang mudah tanggal dan bucu-bucu tajam.
Sentiasa awasi kanak-kanak kecil bermain. Jangan lupa juga untuk menyimpan semua permainan di dalam bekas selepas bermain.
Jangan membiarkan anak yang lebih dewasa berkongsi permainannya dengan bayi kerana permainan kanak-kanak yang lebih dewasa mungkin tidak sesuai untuk bayi anda. Begitu juga dengan makanan. Adakalanya, adik beradik suka berkongsi makanan atau gemar menyuap bayi makan. Ia adalah cara yang baik untuk mengajar mereka menjadi bertanggungjawab tetapi pastikan anda menerangkan kepada mereka apa yang mereka boleh dan tidak boleh lakukan dan sentiasa awasi mereka!
3. Sentiasa selia.
Selia semasa waktu makan, pastikan anda dan pasangan anda atau pengasuh sentiasa ada untuk menyelia.
Seorang kanak-kanak harus duduk tegak semasa waktu makan, mereka tidak seharusnya makan sambil bermain, berlari atau berjalan, dan elak juga daripada memberi makan di dalam kereta.
Jika anda ingin memberi anak anda makanan pepejal, gigit sedikit untuk menjadikannya saiz kecil sebelum memberi kepada bayi anda atau potong menjadi saiz yang boleh digigit iaitu tidak melebihi ½ inci.
Masak makanan keras seperti karot atau brokoli sehingga lembut dan boleh dikunyah. Elakkan sama sekali kacang, bijian atau bertih jagung, tidak berbaloi mengambil risikonya.
Kerap menghidrasi anak anda apabila makan tetapi elak daripada minum sambil makan, sebaliknya beri minuman antara suapan.
Adalah penting untuk menghentikan pemberian makanan bayi dan memberi anak anda makanan yang lebih pejal – ia perlu dilakukan secara berperingkat dan dengan selamat.
Adalah lebih baik untuk memberitahu kepada mereka yang terlibat dalam penjagaan anak anda mengenai jenis makanan yang boleh dan tidak boleh diberi kepada bayi anda sehingga dia boleh mengunyah atau boleh menerima makanan pepejal dengan sempurna.
AAP telah menyenaraikan bahan-bahan makanan berikut sebagai bahaya tercekik bagi kanak-kanak berumur di bawah 4 tahun: hot dog, gula-gula keras, gula-gula getah, kacang-kacang dan bijian, ketulan keju, anggur yang tidak dipotong, bertih jagung, ketulan mentega kacang tanah, sayur mentah, dan kismis.
Kemungkinan besar sepanjang tahun pertamanya, anak anda telah memasukkan pelbagai jenis objek ke dalam mulutnya. Tetapi ingatlah bahawa bukan semua perkara itu menyeronokkan dan satu permainan. Tercekik benar-benar mengancam anak anda dan ia boleh berlaku pada bila-bila masa. Oleh itu, ambillah langkah berjaga-jaga, sentiasa menjaga keselamatan dan berwaspada, ketahui mengenai keputusan yang diambil berkenaan anak kesayangan anda. Juga tidak merugikan untuk mempelajari beberapa pengetahuan asas mengenai resusitasi kardiopulmonari (CPR) kanak-kanak dan teknik menyelamat atau pertolongan cemas kerana ia boleh membantu menyelamatkan nyawa anak anda jika terjadi sesuatu yang tidak diingini.
Tidak kira samada bayi, petatih, atau kanak-kanak sekolah, rumah anda harus menjadi tempat di mana anak anda boleh menjelajah dengan selamat. Lagipun, menyentuh, memegang, memanjat, dan menjelajah merupakan aktiviti-aktiviti yang membantu tubuh dan minda anak anda berkembang, dan ia harus digalakkan.
Suami mana yang tak sayangkan isteri walaupun isteri kuat membebel. Memang lumrah kalau golongan isteri kuat membebel, jika isteri tak membebel sehari memang tak sah. Tapi hati-hati ya suami, bila isteri mula diam lebih parah keadaanya.
Melalui perkongsian suami kepada pelakon, Yana samsudin iaitu Fadzil Zahari, dia memuatnaik sekeping gambar selfie yang mana memperlihatkan mimik muka Yana seolah sedang membebel dan marah.
Kepsyennya yang bersahaja “Setiap kejayaan seorang lelaki, ada seorang wanita di belakangnya yang sentiasa membebel itu dan ini” telah mendapat perhatian ramai.
Setiap kejayaan seorang lelaki, ada seorang wanita di belakangnya yang sentiasa membebel itu dan ini
Percayalah depa ni membebel untuk kebaikan, tak pernahnya di bebelkan sesuatu yang akan memudaratkan suaminya
Rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat suami Yana. Namun golongan yang bersetuju yang dilihat meninggalkan komen hanyalah golongan wanita sahaja.
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.