Sukarnya melalui perpisahan dengan anak susuannya, Qayyum Aliffsha. Ia merobek hati seorang ibu namun Datin Sri Shahida percaya masa akan merawat hatinya. Video perpisahan menarik menimbulkan rasa sebak dan pilu sesiapa yang menontonnya.
Perkongsian video perpisahan antara anak susuan Datin Sri Shahida, Qayyum dan semua ahli keluarga menarik perhatian. Video yang menyentuh hati ini mendapat tontonan hampir sejuta dalam masa 12 jam!
Perpisahan ini tidak mudah memandangkan Qayyum sudah pun dipelihara dan ditatang seperti anak sendiri. Sudah banyak kasih sayang yang telah dicurahkan oleh ibu ini dan banyak kenangan sudah terpahat antara Qayyum dan keluarga ini.
Ads
Ibu penyayang ini turut mengakui tidak sanggup untuk memeluk Qayyum lagi kerana tak mahu menangis dan bersedih atas perpisahan yang berlaku serta percaya masa akan merawat hatinya.
shahidadherbs Dari pagi x ada kekuatan nak post video ni…..ramai yg dm nak tgk saat akhir…saya pun x sanggup……
.
Tapi kenangan saya pernah jaga dia…minta maaf sangat2 mama x sanggup nak peluk cium qayyum lama2 sampai mama tolak sebab x nak sedih!!!
.
Masa akan rawat hati saya…Insya Allah
Pemergian pasangan samada suami atau isteri tanpa apa-apa pesan bukan sesuatu yang mudah. Lagi-lagi dengan anak yang masih kecil dan memerlukan kasih sayang. Namun siapa kita untuk menidakkan takdir Allah ini.
Jika dah sampai masanya, tak cepat atau tak lama sesaat pun Allah ambil. Jadi yang masih hidup kita perlulah sentiasa reda dan bersedia. Kematian ini bukan untuk orang tua saja, kadang yang masih muda, tiada apa-apa penyakit pun boleh pergi dulu.
Seperti kisah yang dikongsikan oleh seorang ibu kepada lima cahaya mata, pemergian suami tanpa pesan benar-benar buatkan mereka sekeluarga terkejut. Apa yang menyedihkan, salah seorang anak lelaki yang ketika itu bersama arwah suami seolah-olah tergamam melihat abahnya tiba-tiba rebah ketika sedang mengisi minyak motor.
Tiba-tiba rebah semasa isi minyak motor
Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok atas nama eizaamir82, wanita berkenaan berkongsi kisah pahit yang telah mengubah hidupnya kerana kehilangan suami tersayang, Mohd Khamis tiga tahun lalu.
Mengimbas kembali detik sedih itu, Allahyarham suami bersama seorang anak lelakinya pada ketika itu berada di stesen minyak untuk mengisi minyak motosikalnya, namun secara tiba-tiba rebah sebelum dipangku oleh pekerja di stesen minyak berkenaan dan orang awam.
Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak berkenaan, arwah suami dilihat cuba berpaut pada pekerja stesen minyak itu dan terus diangkat ke tempat lebih selamat.
Waktu kejadian itu, lebih menyayat hati, anak lelaki arwah seolah-olah terpinga-pinga dan hanya melihat tubuh abahnya.
Keesokan harinya pada hari Jumaat yang mulia, bapa kepada 5 orang anak telah pergi meninggalkan mereka sekeluarga. Kini, tanggungjawab membesarkan anak terletak di bahu isteri.
Apa yang lebih membanggakan, dua anak arwah kini belajar di sekolah tahfiz dan ternyata didikan seorang ibu itu sungguh hebat. Walaupun tanpa seorang lelaki bernama suami dan ayah, jika betul cara didikan ibu, anak-anak ini pula yang akan menjadi tiket ibu bapanya ke syurga.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
Lama menunggu kehadiran bayi lelaki, akhirnya pada kelahiran kali ketujuh baru Allah makbulkan doa untuk dapat juga seorang anak lelaki setelah enam anak sebelum ini semuanya perempuan.
Bagaimanapun, yang istimewanya bagi pasangan suami isteri ini adalah anak lelaki mereka dilahirkan pada Hari Raya Aidil Adha lalu dan dinamakan dengan nama Putera Muhammad Aidil Adha bin Mohd Aidil Fitri.
Suami lahir pada Hari Raya Aidilfitri
Kebetulan pula ayahnya bernama Mohd Aidil Fitri kerana dilahirkan pada hari raya Aidil Fitri. Nama yang sangat unik dan ibaratnya raya bertemu raya.
Menurut Puan Nor Sadrina Shaari, 33, ibu kepada Putera Aidil Adha, kelahiran ini sangat istimewa kerana baby memang lahir ikut tarikh jangkaan bersalin. Ketika hari pertama Hari Raya Aidil Adha tu dah mula turun tanda. Masuk hari ketiga raya iaitu betul-betul duenya, keluarlah anak lelaki yang ditunggu.
“Ini berikutan kakak-kakaknya juga dah tak sabar nak adik lelaki. Umur anak sulung saya 10 tahun, anak kedua meninggal, anak ketiga umur 6 tahun, anak keempat umur 5 tahun, anak kelima meninggal, anak keenam 2 tahun dan yang ketujuh berusia 2 bulan,” katanya.
Sebelum lahir, tak terlintas nama Aidil Adha
Kongsinya lagi, nama yang diberikan kepada anak lelakinya ini tak dirancang pun. Sebelum itu memang tak terfikir sebab semua kakak-kakanya lahir awal iai 2 minggu sebelum due. Lagipun memang dah siap ada nama lain. Tapi tak jangka kali ini bayi nak keluar masa hari raya juga.
Ketika saya beritahu suami dan ahli keluarga yang saya pilih nak namakan Aidil Adha, masing-masing ingat saya bergurau. Sedangkan masa tu saya betul-betul serius. Lepas minta izin dengan suami dan dia pun setuju kami sepakat letakkan nama Aidil Adha.
Bagi saya nama ini baik maknanya dan setakat dilahirkan, Aidil Adha anak yang sangat mudah dijaga dan membesar menjadi anak kebanggaan suatu hari nanti.
Sementara itu, Nur Sadrina juga berkata, selain suami dan anak lelaki yang dilahirkan pada hari raya, anak yang ketiga juga lahir pada bulan puasa. Kami juga telah memilih nama Puteri Seri Rahmadhani Atherra. Dan saya sendiri juga dilahirkan pada 25 Disember iaitu Hari Krismas.
Apa yang saya rasa beruntung sangat, walaupun orang tengok anak saya ramai dan masih kecil, tapi bila bab menjaga adik, kakak-kakak sangat bertanggungjawab dan semua berebut nak jaga. Syukur alhamdulillah!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon dan pengacara, Nabila Huda sekali lagi menyuarakan keinginannya untuk menambah ahli keluarga baharu pada sambutan ulang tahun kelahirannya, 2 Disember lalu.
Biarpun telah dua kali mengalami keguguran, namun Nabila atau mesra disapa Abil tetap bersemangat dan berusaha keras agar hasratnya untuk menimang cahaya mata tercapai.
Menurut perkongsian dari Kosmo, keinginan Abil itu seiring dengan peningkatan usianya yang telah memasuki 37 tahun dan dia memohon peminat supaya mendoakannya agar dipermudahkan untuk menimang cahaya mata.
“Saya harap semua orang dapat doakan saya menimang zuriat. Saya betul-betul nak ada anak lagi. Harap semua dapat doakan saya,” luahnya sebak.
Pelakon filem Munafik itu sebelum ini dilaporkan telah dua kali mengalami keguguran iaitu pada April 2019 dan Oktober 2020.
Bagaimanapun, usahanya belum membuahkan hasil walaupun setiap bulan menghitung hari dan berharap dikurniakan rezeki untuk hamil lagi.
Ujar Nabila, dia beranggapan bahawa kesukarannya untuk kembali hamil berkemungkinan disebabkan faktor tidak menjalani rutin berpantang seperti biasa sewaktu mengalami keguguran sebelum ini.
Pada sambutan hari kelahirannya, anak kepada penyanyi legenda Amy Search itu juga berharap supaya dia dapat menjadi seorang wanita yang lebih baik berbanding sebelum ini, sesuai dengan peningkatan usianya.
Nabila mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama Mohd. Izwan Johar pada Disember 2015. Sementara itu, menerusi perkahwinan pertama, dia dikurniakan seorang anak perempuan Keisha Laila yang kini berumur 11 tahun.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...