Perasan tak perangai anak sulung ni lain macam bila dah ada adik? Masa tulah dia nak minta dukung, nak minta suap kadang-kadang mengamuk tak tentu masa. Tapi kita tetap nak minta anak kecil kita faham situasi kita sedangkan tangki emosi dia sendiri tak dipenuhi dengan kasih sayang sepenuhnya. Dengan cara inilah dia akan dapat perhatian dari mama papa.
Anak sulung banyak akal bukan tanda dia nakal, cuma dia perlukan perhatian dari papa dan mama. Seperti perkongsian dari doktor kanak-kanak, Dr Redzal yang berkongsi tentang sindrom anak sulung dan sebenarnya fasa ini akan berlalu juga suatu hari nanti.
Tanda-tanda anak sulung kita tu makin banyak akal.
1. Bila anak kena marah dengan mak, cepat-cepat dia lari ke belakang badan ayah dengan harapan ayah akan ‘selamatkan’ dia.
Ads
2. Bila ada buat salah, cepat-cepat anak datang peluk kita, siap tersengih-sengih. Buat muka seposen dengan harapan tak kena marah
3. Bila masa makan, dia kata nak main. Bila dah sampai masa tidur, masa tu lah baru dia kaya nak makan dan minum.
4. Bangun pagi je, terus cari mainan. Kalau terlambat tengok dia, habis bersepah dah satu rumah.
5. Masa anak nampak kita sangat sibuk, masa tu la dia sengaja minta sesuatu. Kita pun angguk je sebab tak dengar betul-betul apa anak nak cakap.
Ads
6. Kalau dengan mak dia tak dapat sesuatu, senyap-senyap dia pergi cari ayah pula.
Macam-macam perangai anak. Tapi fasa ini hanyalah sementara. Yang pasti, mereka ni panjang akal dan bijak memasang strategi.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI
Ramai di antara kita yang memasang car seat di seat hadapan dengan harapan agar mudah untuk menguruskan bayi ketika memandu. Namun sedarkah kita bahawa perbuatan tersebut boleh mengundang bahaya kepada bayi jika berlaku kemalangan?
ELAK PASANG CAR SEAT DI SEAT DEPAN.
Kalau dah pakaikan carseat untuk anak bagus dah. Kalau pakaikan secara rear facing untuk anak bawah 2 tahun, bagus dah.
Tapi, elak pasang car seat di seat hadapan, sebab:
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kenapa nak malu jadi suri rumah? Anda sepatutnya berbangga kerana jawatan itu sebenarnya mulia dan pengorbanan masa anda pun hebat. Jangan rasa rendah diri dengan wanita lain yang bekerjaya kerana rezeki masing-masing kita tak nampak di kemudian hari.
Walaupun anda bergelar suri rumah jika pandai cari duit, itu pun satu kejayaan buat anda. Seperti yang dikongsikan oleh saudara Akhtar Syamir yang menulis mengenai hubungan kekeluargaan dan suami isteri, jawatan suri rumah ini sebenarnya ada value tersendiri.
Suri rumah orang yang hebat
Ada sahabat saya dalam group telegram kata :
“Saya malu sebenarnya sebab dalam ni ramai orang yang cerdik pandai dan berkerjaya hebat-hebat. Saya hanya suri rumah je”.
Saya balas, “Isteri saya suri rumah. Dia orang yang paling hebat dalam dunia”. Bukan sahaja orang lain sahaja yang perlu tidak memandang rendah kepada suri rumah sepenuh masa, tetapi diri suri rumah itu sendiri.
Jangan rasa rendah diri
Jangan rendahkan diri. Ada beza antara merendah diri dengan merendahkan diri. Suri rumah tidak ada bezanya dengan yang bekerjaya. Apabila si suami membawa pulang rezeki, sebenarnya ada bahagian dari isteri.
Seorang suami yang berjaya dan berkeluarga, pasti ada isteri di belakangnya yang memberi sokongan, inspirasi, bantuan dan kekuatan. Dia yang mengangkat suami ketika jatuh, dia yang meraikan suami bila di atas.
Nak bukti? Ini yang paling senang. Bila suami sakit, siapa orang pertama yang akan cuba sedaya upaya untuk membantu si suami pulih dari kesakitan? Pastinya isteri.
Kalau si suami tidak dijaga, adakah dia boleh meneruskan pekerjaannya dan membawa pulang rezeki? Sudah tentu tidak.
Satu lagi sudut yang selalu orang terlupa. Isteri selalu menggembirakan. Ternyata, suami yang gembira, produktiviti, kreativiti dan segala-galanya akan berada di tahap yang tertinggi. Sebaliknya jika dia tidak gembira, ia akan memberi kesan kepada kualiti kerja dan apa juga yang dilakukannya.
Perenggan-perenggan di atas boleh diguna pakai untuk isteri suri rumah dan bekerjaya sekali.
Tetapi, apabila kita berbicara mengenai tanggungjawab menjaga anak-anak sepenuh masa dan memastikan rumah berada di dalam keadaan yang paling selesa, boleh saya katakan suri rumah sepenuh masa memikul sebahagian besar dari tanggungjawab itu.
Hasilnya, urusan suami sangat dipermudahkan. Jangan memandang ringan kategori memudahkan urusan ini. Kerana ini akan mempengaruhi kesemua benda yang dilakukan suami.
Berbanggalah dengan status SURI RUMAH
Jadi, janganlah merendahkan diri dan menganggap anda sebagai suri rumah tidak hebat. Anda sangat hebat. Sama sahaja dengan isteri yang keluar bekerja. Tanpa anda sebagai isteri, tidak akan wujud satu keluarga yang sempurna.
Berbanggalah kerana anda berani untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Tidak semua orang mampu dan tidak semua orang mahu, tetapi anda dengan ikhlas dan sepenuh hati memikul tanggungjawab yang berat ini.
24/7 berada di rumah, tinggalkan cita-cita dan harapan. Seluruh jiwa raga diserahkan kepada suami. Segala aturan masa depan diamanahkan kepada suami. Ini perkara yang luar biasa sebenarnya.
Apa tugas suami? Selain mencari rezeki halal untuk keluarga, hargailah isteri anda termasuklah suri rumah sepenuh masa ini. Kerana penghargaan dan pujian anda akan diserap penuh kegembiraan umpama mendapat gaji sebulan keluar bekerja.
Semoga penulisan ini dapat membuka mata. Kongsikan jika anda bersetuju.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sibuk sekali pun kita dengan kerja, luangkanlah masa dengan anak-anak. Biarlah tak bawa berjalan jauh pun tapi cukup untuk anak rasa kemesraan dengan kita sebagai ibu bapanya.
Mungkin masa kecil kita rasa agak stres bila anak menangis, bergaduh, nak beriba atau berdukung sepanjang masa tapi ingatlah masa itu akan berlalu dan pasti dirindui.
Perkongsian dari Perunding Motivasi, Ropizam San sungguh berkesan untuk tatapan ibu bapa masih muda yang mempunyai anak kecil.
Khas buat kita semua Ibu Bapa MM(Masih Muda) yang punyai anak masih kecil-kecil. Bacalah sahabat-sahabatku…….
Baru-baru ini saya dihubungi seorang sahabat lama, yang 10 tahun lebih senior dari saya. Beliau meminta kiranya saya sudi menjadi pendengar untuknya bagi satu ‘ralat kekecewaan’ yang sedang dialaminya.
Umurnya kini sudah masuk 43 tahun. Bernikah di usia yang agak awal, dan kini anak sulungnya sudah berada di Tingkatan 3.
Kata beliau,
“Zam, aku sedih la. Dulu masa anak-anak aku kecil, aku jarang bermain bergurau dengan mereka, aku tiada masa sangat bawa mereka berjalan, aku jarang ‘berkawan’ dengan mereka….. “, luah beliau.
Sambungnya lagi….
“Kini, bila aku dah ada macam-macam, yang aku kejar dah dapat, duit dah banyak, dan sekarang aku cuba untuk dekati anak-anak aku. Rasa ingin berkawan lebih dengan mereka, ingin bawa mereka banyak bersiar-siar, ingin bergurau bergelak ketawa. Namun, rupa-rupanya tidak boleh… kalau pun boleh, masa teramat terhad….!!!”.
“Sekarang, anak aku pula yang ‘sibuk’. Pulang sekolah, ada pelbagai aktiviti kokurikulum, malam kelas tambahan dan tuisyen, petang bersama kawan-kawannya bermain bola di padang. Aduhhh, aku tak mampu melarang. Cuma aku perasan dan sedar, aku ingatkan aku akan semakin banyak masa dengan mereka. Rupa-rupanya bila mereka sudah besar, kita kehilangan saat indah zaman mereka kecil dulu. Dah tak sama bila mereka sudah besar…. Zaman ingin bergurau senda sudah hilang tiada….”.
“Zam, harap sangat kalau kau dapat kongsi dengan kawan-kawan. Hargailah masa zaman anak masih kecil. Masa berlalu begitu pantas. Jangan jadi macam yang aku rasa sekarang. Sedih sendirian dalam hati melihat anak semakin sibuk dengan kawan-kawan di padang dan di ‘court’ permainan. Sukarnya untuk berbual mesra disaat kita ‘baru ada masa’…”.
Bila terkenangkan nasihatnya untuk kita semua. Saya rasa kita perlu tingkatkan lagi kualiti masa kita bersama anak-anak. Perlu ada perancangan rapi untuk hargai saat-saat indah bersama mereka kan. Saya pun sama, rasa mahu buat lebih dan lebih lagi. Bimbang kalau-kalau nanti kita turut ‘sesal sama’.
Zaman anak-anak kita di zon cilik bagaikan hanya melintas lalu sahaja. Bergurau dengan anak kecil sekarang tidak sama bila mereka sudah besar nanti. Kita mungkin bertuah, sebab ada orang-orang terdahulu yang sayangi kita dan sudi ingat-ingatkan ketika kita masih bergelar ‘ibu bapa muda’. Jika letih sekalipun, katakanlah kepada jiwa dan minda kita… bahawa saat indah bersama mereka(anak-anak kecil) akan berlalu, dan In Sya Allah kita akan ‘lebih kuat’ menyantuni mereka disaat mereka ingin merengek bermanja dan ketawa bersama kita.
Allahuakhbar. Berharga sungguh pesanannya (sahabat saya tadi) untuk kita semua.
Cuma saya hairan, ada sesetengah dan ‘banyak tengah’ juga ibu bapa muda yang suka berulang berulang berulang kali meninggalkan anak-anak kecil pada orang tuanya atau pengasuh ‘dengan sengaja’ atas alasan ingin ‘Me Time’ entah berapa ratus kali ‘me time’ pun saya tak faham. Bila sudah bernikah, sudah ada anak, isteri/suami memanglah dah tak sama masa menjadi bujang atau si dara. Terimalah realiti hakikatnya kita bila sudah berkeluarga itulah bezanya kita dengan kumpulan yang masih mencari jodoh. ‘Me Time’ kita yang sudah sah di hadapan Tok Imam ialah ‘Me Time With My Family’ lah. Anak menangis dimana-mana, atau buat hal sekali-sekala itu tandanya Allah nak matangkan kita dan pasangan kitalah lah. Barulah kita belajar cari ilmu dan idea untuk ‘solve the test’.
Paling saya geram dan tak boleh terima ada yang setiap hujung minggu hantar anak ke rumah pengasuh dan mereka berdua(suami isteri) pergi ber shopping sakan.
Bila saya tanya kenapa tak bawa anak…??? Kata mereka, “alaaa susah la Zam kalau bawa, nanti menangis la, itu ini laaa, banyak hal laaa, malas la aku. Tak bawa lagi senang… “. Ya Allah….., pelik sungguh. Kawin nak, dapat anak nak. Tapi telinga tidak mahu dengar anak menangis, minda taknak guna untuk ‘handle’ anak. Allahu rabbi.
Ya Allah, pimpinlah kami semua ke jalan yang benar dan yang Engkau redhai. Amiin.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.