Kenapa nak malu jadi suri rumah? Anda sepatutnya berbangga kerana jawatan itu sebenarnya mulia dan pengorbanan masa anda pun hebat. Jangan rasa rendah diri dengan wanita lain yang bekerjaya kerana rezeki masing-masing kita tak nampak di kemudian hari.

Walaupun anda bergelar suri rumah jika pandai cari duit, itu pun satu kejayaan buat anda. Seperti yang dikongsikan oleh saudara Akhtar Syamir yang menulis mengenai hubungan kekeluargaan dan suami isteri, jawatan suri rumah ini sebenarnya ada value tersendiri.

Suri rumah orang yang hebat

Ada sahabat saya dalam group telegram kata :
“Saya malu sebenarnya sebab dalam ni ramai orang yang cerdik pandai dan berkerjaya hebat-hebat. Saya hanya suri rumah je”.

Saya balas, “Isteri saya suri rumah. Dia orang yang paling hebat dalam dunia”. Bukan sahaja orang lain sahaja yang perlu tidak memandang rendah kepada suri rumah sepenuh masa, tetapi diri suri rumah itu sendiri.

Suri Rumah Anda Hebat! 24 Jam, 7 Hari Seminggu, Semata Untuk Suami & Anak 

Jangan rasa rendah diri

Jangan rendahkan diri. Ada beza antara merendah diri dengan merendahkan diri. Suri rumah tidak ada bezanya dengan yang bekerjaya. Apabila si suami membawa pulang rezeki, sebenarnya ada bahagian dari isteri.

IKLAN

Seorang suami yang berjaya dan berkeluarga, pasti ada isteri di belakangnya yang memberi sokongan, inspirasi, bantuan dan kekuatan. Dia yang mengangkat suami ketika jatuh, dia yang meraikan suami bila di atas.

Nak bukti? Ini yang paling senang. Bila suami sakit, siapa orang pertama yang akan cuba sedaya upaya untuk membantu si suami pulih dari kesakitan? Pastinya isteri.

Kalau si suami tidak dijaga, adakah dia boleh meneruskan pekerjaannya dan membawa pulang rezeki? Sudah tentu tidak.

Satu lagi sudut yang selalu orang terlupa. Isteri selalu menggembirakan. Ternyata, suami yang gembira, produktiviti, kreativiti dan segala-galanya akan berada di tahap yang tertinggi. Sebaliknya jika dia tidak gembira, ia akan memberi kesan kepada kualiti kerja dan apa juga yang dilakukannya.

IKLAN

Perenggan-perenggan di atas boleh diguna pakai untuk isteri suri rumah dan bekerjaya sekali.

Tetapi, apabila kita berbicara mengenai tanggungjawab menjaga anak-anak sepenuh masa dan memastikan rumah berada di dalam keadaan yang paling selesa, boleh saya katakan suri rumah sepenuh masa memikul sebahagian besar dari tanggungjawab itu.

Hasilnya, urusan suami sangat dipermudahkan. Jangan memandang ringan kategori memudahkan urusan ini. Kerana ini akan mempengaruhi kesemua benda yang dilakukan suami.

Suri Rumah Anda Hebat! 24 Jam, 7 Hari Seminggu, Semata Untuk Suami & Anak 

IKLAN

Berbanggalah dengan status SURI RUMAH

Jadi, janganlah merendahkan diri dan menganggap anda sebagai suri rumah tidak hebat. Anda sangat hebat. Sama sahaja dengan isteri yang keluar bekerja. Tanpa anda sebagai isteri, tidak akan wujud satu keluarga yang sempurna.

Berbanggalah kerana anda berani untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Tidak semua orang mampu dan tidak semua orang mahu, tetapi anda dengan ikhlas dan sepenuh hati memikul tanggungjawab yang berat ini.

24/7 berada di rumah, tinggalkan cita-cita dan harapan. Seluruh jiwa raga diserahkan kepada suami. Segala aturan masa depan diamanahkan kepada suami. Ini perkara yang luar biasa sebenarnya.

Apa tugas suami? Selain mencari rezeki halal untuk keluarga, hargailah isteri anda termasuklah suri rumah sepenuh masa ini. Kerana penghargaan dan pujian anda akan diserap penuh kegembiraan umpama mendapat gaji sebulan keluar bekerja.

Semoga penulisan ini dapat membuka mata. Kongsikan jika anda bersetuju.

Kredit: Akhtar Syamir

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI