Bila ada anak kecil orang kata tahap hati-hati tu kena sentiasa ada. Bukan apa kadang-kadang benda yang ibu bapa tak jangka berlaku, boleh terjadi pada anak-anak dan adakalanya macam tak masuk akal.
Tapi hakikatnya begitulah. Sementara tunggu anak nak besar dan tahu apa yang boleh dan tak boleh, pemantauan ibu bapa penting. Ibaratnya leka beberapa saat pun macam-macam boleh jadi.
Biasa ibu bapa akan melalui kejadian anak-anak jatuh katil, sofa atau kerusi dalam usia enam tahun ke bawah kerana fasa ini anak sedang meneroka. Apa yang membimbangkan keadaan ini mungkin berbahaya yang akan mencederakan anak kecil.
Melalui perkongsian seorang ibu, Puan Shuhada mengenai pengalaman anaknya sendiri berusia setahun yang jatuh dan kemungkinan terhantuk di bucu tangga boleh dijadikan peringatan bersama. Kadang kita rasa tempat itu biasa anak main tapi silap sikit boleh mendatangkan kecederaan.
Anak saya tengah bermain dan dia menuju ke tangga utama rumah. Saya tidak begitu risau sebab tangga memang saya sudah letak penghadang supaya dia tidak boleh memanjat naik.
Tapi selepas beberapa minit dia bermain di kawasan tangga tu, tiba-tiba Zahra menangis, tetapi nangis biasa je. Saya pun tak fikir apa-apa yang pelik berlaku. Selepas tu saya bawa Zahra naik ke bilik untuk mandikan dia. Selepas Zahra mandi baru saya perasan ada lebam sedikit dekat bawah mata kirinya.
Mata luka dan ada selaput
Keesokannya saya terus bawa pergi ke klinik biasa untuk check keadaan mata dia. Dan alhamdulillah masa tu doktor cakap mata dia okay dan tak ada apa-apa yang serius. Masa tu pun mata dia nampak okay je.
Ads
Tetapi selepas seminggu, mata Zahra mula naik bengkak, dan lama kelamaan terus mata dia tak boleh buka dan berdarah. Saya terus bawa pergi ke hospital yang dekat dengan rumah. Doktor minta Zahra admit sebab dia dah demam dan rupanya mata dia sudah ada luka dan selaput.
Selaput ni kena cuci sebab dia membahayakan. Waktu doktor cuci mata dia tu, Allah.. tak sanggup tengok dia menangis.
Walaupun hanya beberapa saat kita biarkan anak, dalam masa yang singkat itu akan berlaku macam-macam.
Dah kembali pulih
Ads
Tambahnya lagi, selepas seminggu ditahan dalam wad, Zahra dibenarkan keluar hospital dan bagaimanapun masih perlu pantau keadaan matanya.
Alhamdulillah sekarang matanya dah pulih dan semakin baik. Buat ibu bapa diluar sana beringatlah dan sentiasa pantau anak-anak kita.
Sumber: Puan Shuhada
Ads
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila dapat tahu diri hamil, setiap wanita pasti akan rasa bersyukur. Tambah lagi bila anak yang dikandung itu penghuni pertama rahim ibu. Dalam hati pasti mengharapkan fasa mengandung berjalan lancar dan anak yang bakal lahir nanti sihat.
Namun jika Allah berkehendakkan sesuatu melebihi daripada kita, tiada daya untuk kita menolak takdirNya. Sama juga situasi yang dikongsikan oleh ibu ini di Facebook Hayfa Amani apabila Allah ambil anaknya sejurus selepas lahir.
Menurutnya, percaya aturan Allah itu lebih indah. Rindu tetap rindu, kadang rasa tak tertanggung. Tapi ingatlah yang janji Allah itu pasti, Dia tak kan uji hambanya melebihi kemampuan. Ada hadiah yang Allah telah tetapkan untuk hambaNya yang sabar, reda dan ikhlas atas ujianNya. InsyaAllah.
Dapat tahu ketika bayi berusia 27 minggu
Kisahnya anak syurga saya Muhammad kurang gerak masa kandungan saya 27 minggu. Jadinya saya ke klinik swasta untuk check keadaan baby. Masa buat 2D scan tu doktor cakap anak saya alhamdulillah ok, jantung pun nampak berkelip kelip dekat screen tu.
Berbunga hati saya tiap kali nampak degupan jantung anak. Masa tu Dr pujuk saya untuk buat 5D scan sebab baby tengah pandang kamera katanya. Saya pun setuju untuk buat 5D scan sebab excited nak tengok muka anak, ye la anak sulung kan.
Masa buat 5D scan tu baru nampak yang baby ada cleft. MasyaAllah berdebar jantung saya masa tu, tak sangka yang anak ada masalah sedangkan saya dah buat detail Scan masa kandungan 20 minggu dan Dr bagitau yang baby sihat sempurna dan normal. Dr refer saya ke KK dan KK refer saya ke hospital untuk berjumpa dengan pakar untuk buat detail scan lagi sekali.
Dekat hospital pakar buat detail scan lagi sekali, masa tu kandungan dah 28 nak masuk 29 minggu dah. Ya lah nak dapatkan appoinment dengan pakar di hospital kerajaan kan memang ambil masa sikit. Lama Dr scan perut untuk tengok keadaan baby, muka Dr pun dah berkerut masa scan tu, saya dalam hati berdoa jangan la ada masalah yang serius dengan baby. Kalau setakat cleft tu saya terima sebab boleh dirawat.
Terdapat 8 hingga 9 masalah pada bayi
Tapi naluri ibu tak salah, Dr bagi saya khabar duka dimana terdapat banyak masalah dekat baby. Antara lebihan air dalam kepala, cleft, jantung berlubang, jantung kecil sebelah, usus tak terbentuk dan sebagainya. Terdapat 8-9 major problem dekat baby. Jadi Dr suggest untuk ambil sample air ketuban untuk tahu apa masalah baby.
Saya setuju untuk buat test tu. Walaupun takut, walaupun sakit saya tetap buat test tu dengan harapan masih ada peluang untuk selamatkan baby. Result sample ambil masa lebih kurang 2 minggu juga. Dalam hati ni terus berdoa supaya ada keajaiban untuk anak saya. 2 minggu tu terasa sangat lama untuk saya.
Lepas 2 minggu Dr call untuk ambil result. Betapa luluhnya hati saya bila Dr sahkan yang baby ada Edward Sydrome. Dimana ada masalah dengan kromosom baby. Dr explain yang baby tak dapat survive lepas lahir nanti sebab terlalu banyak masalah dekat baby.
Dr bagi pilihan induce atau tunggu sampai cukup bulan
Dr bagi 2 option sama ada nak induce untuk lahirkan baby awal ataupun tunggu turun tanda sendri. Dr bgtau yang mereka memang tak kan buat apa-apa untuk baby masa lahir nanti sebab peluang untuk baby survive cuma 1%.
Dr cakap nak terminate kandungan pun dah tak boleh sebab baby dah besar. So option dia sama ada induce untuk bersalin awal ataupun tunggu sampai full term. Kalau saya pilih nak carry pregnancy sampai full term pun baby boleh berisiko untuk meninggal dalam perut.
Gelapnya dunia saya masa tu hanya Allah je yang tahu. Betapa luluhnya hati saya bila Dr cakap anak saya tak ada harapan untuk hidup. Macam-macam persoalan terlintas dalam fikiran saya masa tu. Kenapa aku? Kenapa Allah bagi ujian macam ni dekat aku? Kenapa Allah selitkan ujian macam ni di saat aku dengan suami begitu excited untuk terima cahaya mata dalam keluarga kami? Aku dan suami tak ada masalah genetik tapi kenapa kami yang dipilih untuk terima ujian ni?
Lama saya ambil masa untuk terima apa yang berlaku. Seolah-olah semua ni macam mimpi bagi saya. Saya lupa yang Allah itu ada, Dia selalu ada. Alhamdulillah suami dengan keluarga bantu saya untuk bangun, selalu ingatkan saya yang anak tu hanya pinjaman dari Allah, Dia yang memberi, Dia juga lah yang ambil semula. Itu semua hak Dia, siapa lah saya nak mempertikai. Saya cuma hamba yang hina. Bila saya kembali pada Allah, perlahan lahan hati saya mula redha dengan ujian ni. Hati saya mula ikhlas menerima takdir yang Allah atur ni.
Bawa Muhammad sampai kandungan 41 minggu
Lepas bincang dengan suami, saya pilih untuk teruskan kandungan sampai full term. Sebab saya nak Muhammad ada dengan saya lama sikit. Demi Allah, saya tak ready untuk kehilangan Muhammad. Muhammad sangat kuat, tetap bertahan dengan saya walaupun Dr cakap bila-bila masa anak saya boleh meninggal dalam perut. Saya bawa Muhammad sampai kandungan 41 minggu. Sampai air ketuban saya pecah sendiri.
Masa dalam Labour Room pun Dr explain lagi sekali yang mereka tak akan buat apa-apa untuk baby. Saya redha, saya terima sebab kesian dekat anak saya kalau saya tetap berkeras suruh Dr selamatkan baby. Mungkin kalau saya paksa dia untuk survive, belum tentu itu yang terbaik untuk masa depan dia.
Biarlah anak saya pergi, cukup lah anak ibu sakit dalam perut ibu. Ibu tak sanggup tengok Muhammad sakit lagi kalau ibu berkeras suruh Dr buat apa-apa. Biarlah Muhammad pergi dengan tenang. Doa ibu kalau umur anak ibu tak panjang, ibu mohon supaya Allah ambil anak ibu dengan cara yang mudah, dengan cara yang tak menyakitkan anak ibu. Ibu dah redha, ibu ikhlas lepaskan Muhammad. Mungkin di sisi Allah adalah tempat terbaik untuk anak ibu.
Ibu reda, tiada tangisan masa lahir
Alhamdulillah tanggal 8 September 2022, tepat jam 3.34 AM, anak syurga saya selamat dilahirkan. Muhammad tinggalkan saya sejurus dilahirkan. Tiada tangisan yang didengari, saya tahu anak saya sudah pergi bertemu dengan Penciptanya. Alhamdulillah Muhammad pergi dengan sangat mudah. Pergi dengan cara yang ibu harapkan. Ibu redha sayang, ibu ikhlaskan. Ibu titipkan Muhammad dalam jagaan Allah. InsyaAllah satu saat nanti, ibu akan bertemu dengan Muhammad lagi.
Terima kasih sebab ada dengan ibu sampai habis waktu. Terima kasih sebab tetap kuat dalam rahim ibu sampai Muhammad dilahirkan. Terima kasih sebab teman ibu selama 9 bulan ni sayang. Urusan ibu mengandung dan melahirkan Muhammad sangat mudah dan lancar alhamdulillah.
Sekarang dah berakhir perjuangan anak ibu. Berehatlah sayang. Sesungguhnya ibu halalkan segalanya dekat dunia ni. Ibu dengan ayah doa dari jauh. Semoga kita bertemu kembali. Nanti tarik tangan ibu dengan ayah tau, kita masuk syurga sama-sama. Muhammad kesayangan ibu dengan ayah dunia akhirat…Al-Fatihah, Muhammad Bin Abdul Hadi ❤
Pelakon dan pensyarah, Dr. Norzizi Zulkifli, 42, selamat melahirkan anak keempatnya pada Khamis, 22 Februari lalu.
Walaupun mengikut nasihat doktor, wanita hamil lewat usia akan mempunyai risiko namun ia bukanlah bermaksud langsung tidak dibenarkan.
Siapalah kita untuk menidakkan rezeki yang Allah kurniakan. Dikurniakan peluang mengandung pada usia 40-an dianggap sebagai rezeki tak terduga oleh kebanyakan wanita apatah lagi jika anak-anak sebelum ini semuanya sudah besar belaka.
Pelakon dan pengacara yang popular dalam rancangan ‘Di Mana Joe Jambul’ sekitar tahun 90-an ini juga adalah anak kepada pelakon veteran Datuk Zulkifli Zain dan Datin Normala Omar telah berkongsi di Instagram peribadinya sebaik selamat melahirkan bayi perempuannya.
Hasil perkahwinan dengan Bayu Utomo Radjikin, 49, pasangan ini telah dikurniakan tiga orang anak sebelum ini, Muhammad Armada Jiwa, 11, Tulus Jiwa Ramadan, 9, dan Indah Hening Kasih, 8.
Nampaknya Zizi dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang kehamilan dan selamat melalui proses melahirkan bayinya tanpa sebarang masalah.
Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, tubuh seorang wanita akan semakin tidak berdaya untuk kehamilan berbanding semasa umur mereka 20an atau 30an.
Dalam banyak kajian yang dilakukan menunjukkan wanita yang hamil pada usia 40 an mengalami risiko dua kali ganda berbanding dengan wanita yang berusia 20an untuk mendapat
Wanita 40an mungkin lebih mudah mengalami masalah ketika proses melahirkan anak seperti
Masalah yang menjadi kebimbangan setiap doktor dan ibu bapa ialah risiko mendapat anak yang mempunyai masalah kromosom lebih besar berbanding dengan wanita yang lebih muda.
Kira-kira satu dalam 200 bayi yang dilahirkan oleh wanita berumur 40an atau lebih mempunyai masalah down syndrome.
Namun sebagai umat Islam kita wajib percaya pada qada dan qadar Allah. Walaupun ada risiko namun tidak semestinya seratus peratus tepat.
Kini dengan teknologi perubatan moden dan terkini, ramai wanita yang telah berjaya melalui fasa kehamilan pada lewat usia serta selamat melahirkan anak yang sihat dan sempurna.
Apa yang penting, ibu mestilah menjalani pemeriksaan kehamilan yang lebih kerap di bawah pantauan doktor supaya sebarang masalah dapat dipantau dan diberikan rawatan yang sewajarnya sepanjang kehamilan dan semasa proses melahirkan bayi kelak.
Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad yang melahirkan anak keduanya pada Mei lalu kini dilihat kembali langsing malah sudah pun turun 11kg.
Rupanya ibu kepada dua cahaya mata ini melalui challenge berjalan di rumah selama tiga bulan, sebaik lepas habis pantang.
Tambah Uyaina menerusi perkongsiannya di Instagram, sejak melakukan senaman itu dia kini sudah pun hilang 11kg malah badannya lebih terasa ringan untuk melakukan pelbagai aktiviti.
“Those yang follow Uyaina di igs tahu lah. I buat gerakan #SudahJalanKaBelum untuk lose my post-partum weight.
“So I started walking on my walking pad exactly 3 months ago right after habis pantang. Berat I masa bersalin was nearly 77kg! The heaviest I’ve ever been!
“And now, 3 months later, I’ve lost a total of 11 kilos. It’s just me and my walking pad. I cuba jalan setiap hari for one hour with the speed of 4, 4.5 or 5,” katanya berkongsi.
Malah menurut Uyaina lagi, dia pada mulanya melakukan aktiviti berjalan di atas pad senaman itu sekitar 40 minit sahaja namun kini sudah mula menambah kepada satu jam demi untuk mencapai misinya menurunkan berat badan.
Biarpun sudah turut 11kg namun kata Uyaina dia masih mensasarkan lagi sembilan kilogram untuk mengembalikan berat asalnya sebelum hamil.
“Mula-mula tu I boleh buat speed 3 or 3.5 je. Jalan pun 40 minit je. Lama-lama makin laju and sejam rasa sekejap je.
“The changes yang I rasa? BANYAK. I feel lighter. My water retention is gone. My stamina is stronger. My skin is improving. Muka I makin kecil. Selulit makin hilang.
“Inch loss I sebenarnya banyak walaupun mungkin in terms of kg takdelah banyak sangat yang turun. And I dah boleh pakai my old skinny jeans! This made me sooo emotional.
“Now I still have 9 more kilos to lose to get back badan I masa anak dara dulu. Wish me luck,” tulisnya.
Bahkan pengacara cantik manis ini juga turut menasihati ibu-ibu baru melahirkan anak yang berjuang untuk mengembalikan bentuk badan agar tidak patah semangat untuk kekal sihat.
“To everyone yang sedang cuba untuk turunkan berat badan, I just want you to know that it is going to be difficult and slow. Memang ada banyak jalan pintas, but don’t. It’s not worth it. Kita bukan sahaja nak kurus, tapi kita nak sihat.
“Pilih exercise apa yang you boleh & suka buat setiap hari. It’s very important for you to MOVE YOUR BODY. Just move your body. Dan incorporate the exercise into your lifestyle. Instead of rasa terbeban or malas nak exercise, korang akan rasa bersalah & tak best kalau tak exercise. Trust me.
“Jangan patah semangat. Teruskan. We can do this. So.. Untuk harini, Sudah Jalan Ka Belum?,” tulisnya lagi.
Terdahulu Uyaina selamat melahirkan bayi keduanya pada Mei lalu yang merupakan seorang cahaya mata lelaki. Uyaina dan suaminya Raya Syahiran turut mempunyai seorang lagi cahaya mata lelaki.