Adakah pemakanan ibu akan mempengaruhi susu yang dihasilkan? Ya, dan tidak. Kenapa?
Menurut Dr Aimi Jaafar, ibu yang menyusukan anak, selalu terbeban dengan pantang larang dari orang tua. Ini sebenarnya berlaku di kebanyakan negara Asia, bukan Malaysia sahaja. Minuman ais, sayur berangin, pulut, dan lain-lain. Itu adalah antara perkara biasa yang dilarang untuk ibu-ibu makan.
Ini adalah subjektif pada setiap orang. Sesetengah bayi memang agak sensitif pada sayur ubi contohnya. Kalau ibunya makan, bayi akan kembung. Terutamanya pada bayi yang baru lahir. Kalau begitu, ibu elakkan lah makanan tersebut. Tetapi setelah bayi semakin besar, biasanya perutnya akan lebih matang dah makin boleh terima banyak makanan.
KOPI DAN KAFEIN
Kurang dari 1% daripada kafein yang diminum akan masuk ke dalam susu ibu. Namun pada bayi yang baru lahir, badannya ambil masa lebih lama untuk proses kafein.
Bayi 6 bulan ke atas biasanya sudah boleh proses kafein dengan cepat.
Untuk berjaga-jaga, ambillah kafein dalam 300mg / hari sahaja (lebih kurang 1 cawan kopi) untuk bayi yang baru lahir. Untuk bayi lebih 6 bulan, boleh dalam 3 cawan sehari. Tapi sekiranya bayi anda lebih sensitive, nampak resah, sukar tidur, dan meragam, maksudnya anda perlu kurangkan kopi anda.
MAKANLAH MAKANAN YANG PELBAGAI RASA DAN WARNA
Ibu yang makan pelbagai jenis makanan sewaktu menyusukan anak, akan membantu anak menjadi seorang ‘pemakan’. Ini kerana sewaktu menyusu, susu yang diminum selalu berubah-ubah rasa mengikut pemakanan ibu. Mungkin jika ibu makan makanan yang kuat rasanya dan bau seperti petai atau durian, pertama kali sewaktu menyusukan anak, mungkin anak akan kelihatan menolak pada awalnya. Tapi lama-lama anak akan terbiasa dan boleh terima.
Ads
Selain itu, anak juga akan dapat pelbagai khasiat dari makanan yang berbeza beza tadi. Setiap makanan, buah dan sayuran, banyak khasiatnya, tergantung jenis, rupa dan warna.
Ini ada pengaruhnya sewaktu anak sudah boleh makan sendiri. Anak akan jadi seorang yang lebih ‘adventurous’ dengan makanan dan berani mencuba. Jadi kalau ibu maukan anak-anak suka makan makanan yang sihat, amalkanlah dari sewaktu bayi menyusu lagi.
MILK BOOSTER?
Sesetengah makanan memang boleh merangsang pengeluaran susu yang lebih, dan sebaliknya, contohnya; halba dan moringa adalah milk booster semulajadi yang diamalkan secara turun temurun.
Namun yang lebih tinggi pengaruh dalam penghasilan susu adalah demand, stimulasi dan emosi ibu.
Ads
Kalau ibu sukakan makanan tersebut, makanan tersebut boleh jadi milkbooster ibu, kerana ibu rasa gembira. Tapi tak bermakna ianya sama pada orang lain.
Carilah milkbooster anda sendiri. Tapi kalau ianya adalah makanan yang manis / tinggi kalori, tak perlulah ambil hari hari ya.
ADAKAH MAKANAN BERPROSES / FAST FOOD / JUNK FOOD AKAN GANGGU KUALITI SUSU?
Pada ibu yang sukakan fast food, mungkin anda akan rasa lega bila saya cakap, susu anda masih lebih berkualiti daripada susu formula.
Ads
Tapi dalam masa yang sama, kandungan transfat dalam susu anda juga adalah lebih tinggi daripada ibu yang tidak mengamalkan pemakanan makanan berproses.
Apa yang terjadi sekiranya transfat dalam susu anda tinggi? Bayi akan ada risiko untuk menjadi obese sewaktu besar nanti. Dan banyak lagi penyakit kronik yang disebabkan transfat yang tinggi.
DHA dalam susu juga akan berkurangan disebabkan transfat yang tinggi. DHA yang akan membantu perkembangan otak, mata, dan perkembangan bayi.
APA MAKANAN YANG PENTING DIAMBIL OLEH IBU MENYUSU?
Pertama sekali, makanlah dengan seimbang. Pastikan anda tidak kelaparan, ia boleh menyebabkan susu kurang, kerana anda stress. Kalau perlu, minumlah air dengan banyak kerana ia akan mengelakkan anda berasa lapar dan haus. Juga, carilah snek sihat untuk diambil in between meals. Cadangan saya adalah seperti kekacang, buah-buahan, dan rice crackers.
Makanan yang tinggi omega 3 seperti ikan, dan minyak ikan akan meningkatkan DHA dalam susu. Seperti dalam kajian yang saya tampal di atas, DHA akan membantu pembentukan dan perkembangan bayi. Lemak sihat (PUFA) seperti minyak kelapa dara, minyak zaiton juga boleh diambil selalu. Badan kita tak hasilkan PUFA ini, harus didapatkan dari makanan. Kalau anak kekurangan lemak, berat kurang, lagilah sesuai untuk ibu amalkan pengambilan lemak baik ini.
Probiotic, prebiotic. Hebatnya ciptaan Allah, susu ibu adalah benda hidup. Kenapa? Ianya penuh dengan probiotic. Probiotic adalah bakteria baik yang hidup bersama sama dengan manusia, dan penuh di dalam usus kita. Bakteria baik inilah yang akan membantu pertahankan system imuniti badan manusia. Susu ibu yang penuh dengan probiotic ini akan bantu sihatkan susu bayi, dan seterusnya kesihatannya secara umum. Pemakanan ibu yang tinggi probiotic dan prebiotic (makanan kepada probiotic), akan pastikan susu ibu lebih berkualiti. Prebiotic biasanya dijumpai dalam makanan yang berserat seperti bawang besar, sayur, buah, ataupun gum Arabic, baobab, psyllium husk, dan lain-lain.
Susu ibu memang tinggi dengan vitamin. Tapi sekiranya pemakanan ibu kurang dengan vitamin, dari manakah vitamin itu terhasil? Oleh itu ibu sendiri harus makan banyak buah-buahan, sayur sayuran, berjalan petang di taman (untuk dapatkan vitamin D), makan makanan dengan sumber protein yang sihat (ayam, ikan, kekacang, tahu, tempe, daging segar). Vitamin C sangat tinggi dalam susu ibu, sesuatu yang sangat berharga terutama sekali sewaktu anak sedang sakit. Gunakanlah kurniaan yang tidak ternilai ini dengan bijak.
Dr. Aimi Jaafar
Pegawai Perubatan
Kaunselor Laktasi
Klinik Taqwa Bangi
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam memastikan sesi pembelajaran dan pengajaran secara FIZIKAL di institusi pendidikan yang selamat, ibu bapa juga turut memainkan peranan yang penting.
Pematuhan norma baharu dan pembudayaan hidup sihat amat penting bagi meningkatkan daya ketahanan badan (imuniti). Memerangi penularan virus COVID-19 adalah tanggungjawab kita bersama.
Bagaimana ibubapa boleh memastikan anak-anak berada dalam keadaan selamat?
Menyediakan emosi anak sebelum sekolah bermula:
Ibu bapa boleh memuat turun Garispanduan Pembukaan Sekolah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan seterusnya melatih dan membiasakan anak untuk memahami perubahan yang berlaku di dalam sekolah.
Menterjemahkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah disediakan oleh KPM dalam bahasa mudah supaya anak memahami dan boleh mematuhi SOP apabila menaiki kenderaan ke sekolah, berada dalam sekolah dan selepas sesi sekolah tamat.
Membantu anak untuk menjaga diri sendiri dan orang lain daripada mendapat jangkitan COVID-19
Mengamalkan 3W (Wash, Wear dan Warn) sebelum sekolah dibuka seperti mengajar kaedah dan waktu membasuh tangan dengan betul menggunakan sabun dan air atau hand sanitiser (Wash), membekalkan anak dengan pelitup muka serta mengajar cara dan situasi yang betul memakai pelitup muka seperti semasa berada dalam bas sekolah dan tempat sesak (Wear) dan etika batuk yang betul (Warn);
Melatih anak memahami lokasi atau perbuatan berisiko iaitu 3C seperti mengelakkan tempat sesak (Crowded place), tidak berada di ruangan yang tertutup dan sempit (Confined space) serta mengelakkan sembang dalam jarak yang dekat (Close conversation);
Tidak menghantar anak ke sekolah sekiranya tidak sihat atau menunjukkan gejala COVID-19; dan
Mengurangkan kebarangkalian perkongsian peralatan peribadi dengan kanak-kanak lain di sekolah
Virus COVID-19 ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja termasuk bayi dan kanak-kanak. Ibubapa perlulah menjadi frontliner kepada anak-anak mereka untuk mencegah penyakit ini berjangkit dalam keluarga mereka. Kesihatan anak-anak tidak boleh dipandang ringan kerana virus ini kita tidak nampak dengan mata kasar dan data juga menunjukkan sebilangan besar pesakit tidak mempunyai gejala.
Ibubapa perlu sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan jangkitan COVID.
Terus amalkan nasihat-nasihat kesihatan yang disarankan oleh KKM iaitu:
• Elakkan 3S / 3C iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan
kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur
dengan jarak yang dekat (Close conversation);
• Amalkan 3W iaitu iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash),
sangat digalakkan memakai pelitup muka (face mask) di tempat awam atau
jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih
berkonsep peringatan seperti:
Elak bersalaman / bersentuhan;
Amalkan etika batuk dan bersin;
Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.
Selain itu, sentiasa amalkan penjarakan sosial (social distancing) pada setiap masa
iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.
Buktikan kasih sayang dan cakna kita kepada anak-anak dengan menjadi pelindung
mereka. Kasih sayang, sikap ambil berat, perhatian masa, tenaga dan wang ringgit
yang telah kita curahkan tidak ternilai demi untuk memastikan kesihatan dan
perkembangan mereka mencapai tahap optimum kerana mereka adalah bakal
pemimpin di masa hadapan.
Pandemik ini merupakan sejarah bagi mereka yang
boleh meninggalkan kesan postif atau sebaliknya. Semua bergantung kepada kita
ibubapa yang akan mencorakkan sejarah kehidupan mereka.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Excitement seorang bakal ayah, Adam Corrie teruja sambut kelahiran Baby Lee. Netizen pun turut seronok beliau buat persiapan sambut kelahiran bayi!
Adam yang bakal menyambut kelahiran bayinya dalam masa terdekat ini. Isterinya Fazi Fuad baru-baru ini dilaporkan tidak jadi untuk dibedah tetapi mengalami tekanan darah tinggi .
Rasa teruja dan excited menyambut bayi sulungnya itu dapat dilihat daripad apa yang dilakukan bakal bapa ini.
Kanak-kanak autisme atau Autism Spectrum Disorder (ASD) sering berdepan cabaran besar dalam kehidupan seharian, termasuk masalah pemprosesan deria yang berlebihan dan sukar memberi tumpuan.
Masalah ini boleh menyebabkan mereka menunjukkan tingkah laku berulang seperti mengibas tangan, mengetuk jari, menjerit tanpa sebab atau menjadi terlalu fokus kepada sesuatu perkara. Dalam situasi tertentu, anak ASD juga boleh mengalami keresahan melampau sehingga mencetuskan serangan panik.
Gambar Hiasan AI
Namun begitu, pakar kini menemui pelbagai kaedah intervensi bukan ubat untuk membantu anak autisme lebih tenang dan terkawal. Antara pendekatan yang semakin diiktiraf keberkesanannya ialah terapi tekanan dalam (deep pressure therapy). Salah satu bentuk terapi deria yang memberi kesan menenangkan kepada sistem saraf dan membantu anak menguruskan tingkah laku serta emosi dengan lebih baik.
Terapi Tekanan Dalam, Belaian Yang Tenangkan Sistem Saraf
Menurut Pakar Perunding Pediatrik UiTM Private Specialist Centre (UPSC), Sungai Buloh, Dr. Nadiah Azlisham, terapi tekanan dalam disyorkan oleh pakar terapi carakerja sebagai satu pendekatan selamat dan berkesan untuk anak ASD.
“Terapi ini memberikan tekanan lembut dan konsisten kepada tubuh melalui pelukan, urutan, penggunaan weighted blanket (selimut berat), bantal tekanan, weighted vest (jaket berat) atau kain elastik. Tekanan lembut ini merangsang sistem saraf agar lebih tenang,” jelasnya.
Dr. Nadiah turut menerangkan, apabila anak autisme mengalami sensory overload (terlebih rangsangan deria), sistem saraf mereka menjadi terlalu aktif sehingga berada dalam mod ‘fight or flight’. Dengan adanya terapi tekanan dalam, tubuh beralih ke mod ‘rest and digest’, iaitu keadaan yang membantu menenangkan minda dan emosi.
Bagaimana Ia Berfungsi?
Terapi tekanan dalam melibatkan penggunaan input deria proprioceptive — iaitu kesedaran terhadap kedudukan dan pergerakan tubuh dalam ruang. Selain itu, ia juga berkait dengan sistem deria lain seperti keseimbangan (vestibular), sentuhan, penglihatan, pendengaran serta keadaan dalaman tubuh (interoception).
Apabila dijalankan dengan bimbingan profesional, terapi ini membantu anak autisme memahami tubuh mereka dengan lebih baik dan memberi kesan positif kepada kawalan kendiri serta interaksi sosial.
Bentuk Terapi Tekanan Dalam Yang Disyorkan
Weighted Blanket atau Bantal Berat – Memberikan tekanan lembut dan sekata pada tubuh, mewujudkan rasa selamat dan menenangkan.
Compression Garment – Pakaian khas yang memberi tekanan berterusan untuk meningkatkan kesedaran tubuh.
Deep Pressure Massage (Urutan Tekanan Dalam) – Membantu mengurangkan kebimbangan dan memperbaiki kawalan deria.
Pelukan Terapi atau Balutan Selimut Lembut – Memberi kesan menenangkan apabila dilakukan dengan betul dan berhati-hati.
Elak Teknik Salah, Utamakan Keselamatan Anak
Dr. Nadiah menasihatkan ibu bapa supaya tidak menggulung anak terlalu ketat dalam selimut atau tikar kerana ia boleh menyebabkan rasa tidak selesa dan tidak memenuhi prinsip tekanan mendalam yang selamat.
Ibu bapa perlu peka terhadap reaksi anak semasa terapi dilakukan. Jika anak menunjukkan tanda tidak selesa seperti menangis kuat, muka pucat atau pernafasan tidak teratur, terapi perlu dihentikan serta-merta.
Beliau juga menegaskan bahawa terapi tekanan dalam tidak sesuai untuk kanak-kanak yang mempunyai asma teruk, masalah jantung, penyakit paru-paru kronik, trauma berkaitan kekangan atau hipersensitiviti terhadap sentuhan.
Happy Asian Family Playing
Manfaat Terapi Tekanan Dalam Kepada Anak Autisme
Jika dilakukan secara konsisten dan betul, terapi tekanan dalam memberi pelbagai manfaat seperti:
Menenangkan emosi dan mengurangkan keresahan.
Meningkatkan fokus serta perhatian.
Memperbaiki corak tidur anak.
Mengurangkan tingkah laku mencabar dan hiperaktif.
Membantu kawalan kendiri dan kesedaran tubuh.
Mengurangkan kekerapan serangan sawan dalam sesetengah kes.
Terapi ini boleh dilakukan dua hingga tiga kali seminggu atau lebih kerap bergantung kepada keperluan anak serta nasihat pakar terapi cara kerja.
Bimbingan Pakar Penting Untuk Hasil Maksimum
Dr. Nadiah menasihatkan ibu bapa yang ingin melakukan terapi ini di rumah agar berunding dahulu dengan pakar kanak-kanak dan ahli terapi carakerja bertauliah. Panduan profesional memastikan terapi tekanan dalam dilakukan dengan teknik yang betul, selamat dan memberi manfaat sepenuhnya kepada anak.
💗 Tip Pa&Ma: Walaupun terapi tekanan dalam nampak mudah, setiap anak autisme adalah unik. Jangan terburu-buru — yang penting, lakukan dengan penuh kasih sayang, kesabaran dan panduan daripada pakar. Kadangkala pelukan lembut dari ibu bapa sendiri sudah cukup menjadi ‘terapi terbaik’ buat mereka.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.