Betulkah andaian orang tua-tua bahawa ibu menyusukan tidak digalakkan minum air sejuk atau berais kerana boleh menyebabkan bayi kembung perut. Juga, benarkah jus buah-buahan seperti tembikai, mangga dan nanas tidak elok diminum kerana berbisa dan sejuk malah boleh menyebabkan bayi kembung perut?
Anda mungkin banyak mendengar cerita orang tua tentang makanan yang tidak boleh dimakan ketika menyusukan bayi. Faktanya, anda boleh makan apa sahaja yang amalan pemakanan khusus cuma makanlah makanan seimbang dan pelbagai untuk kekal sihat, cergas dan bertenaga.
Boleh makan semua biasa dimakan tetapi pastikan ia diambil secara bersederhana dan seimbang. Jangan sesekali hadkan pemakanan melainkan makanan tersebut terbukti boleh menimbulkan masalah kepada bayi. Jika bayi mengalami kembung perut selepas menyusu, selidik apa yang anda makan 4 – 6 jam sebelum itu.
Menurut Puan Rita Rahayu, pakar laktasi terdapat makanan yang biasa mendatangkan masalah angin kepada bayi lazimnya adalah seperti kubis, kekacang dan brokoli. Antara makanan lain yang boleh menimbulkan masalah kepada bayi termasuklah
Kafein
Bunga kubis
Buah-buahan sitru (oren, lemon)
Jagung
Produk tenusu (susu, keju, coklat)
Lada hitam
Suplemen zat besi
Ubat-ubatan tertentu
Bawang
Kacang tanah
Makanan berempah
Tomato
Gandum
WALAU PUN BERISIKO MENYEBABKAN ANGIN, TIDAK BERERTI PERLU DIELAKKAN TERUS
Ads
Harus diingatkan bahawa, biarpun makanan tersebut tersenarai dalam makanan yang boleh menimbulkan masalah, ia tidak bererti anda perlu mengelak semua makanan ini.
Kajian telah membuktikan ibu yang memakan makanan berangin tidak akan menyebabkan bayinya mengalami masalah angin.
Ads
“Sehingga kini, saya tidak mempunyai sebarang rujukan yang mengaitkan buah-buahan seperti tembikai, mangga atau nanas boleh menyebabkan kembung perut,” kata Rita
Namun, jika anda mendapati bayi mengalami masalah selepas anda mengambil buah-buahan ini, cuba elakkan makanan ini untuk tempoh 1 – 2 minggu Selepas tempoh itu, cuba ambil sekali lagi buah-buahan tersebut.
Jika simptom timbul, elakkannya untuk tempoh 2 – 3 bulan Jangan risau. Selepas beberapa bulan, anda boleh mengambilnya semula selepas bayi tidak lagi sensitif dan menunjukkan reaksi negatif terhadap buah-buahan ini.
Ads
Sekiranya keluarga anda mempunyai sejarah alahan, anda digalakkan untuk mengelak makanan berisiko tinggi seperti kekacang, susu lembu, telur, gandum, ikan dan buah-buahan sitrus.
ELAKKAN KALAU ANAK ALAHAN KEPADA SESETENGAH MAKANAN
Walau bagaimanapun, tindakan mengelakkan makanan ini hanya perlu diubah jika bayi menunjukkan simptom alahan. Sebelum itu, dapatkan pandangan doktor jika keluarga anda mempunyai sejarah alahan terhadap makanan tertentu.
Kesimpulannya, apa yang patut anda lakukan ialah makan apa sahaja yang diingini + bersederhana + berkhasiat = sihat. Anda tidak perlu mengikuti amalan pemakanan khusus Cuma makanlah makanan seimbang dan pelbagai untuk kekal sihat
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kadang kala, yang baru pertama kali bergelar ibu, tidak tahu yang anda mengalami jahitan terbuka. Dalam hal ini, episiotomi dan caesarean merupakan dua jenis luka bersalin yang perlu sentiasa dipantau. Kebanyakan kes, jahitan terbuka boleh berlaku dalam tempoh dua minggu pertama selepas bersalin tanpa penjagaan yang teliti.
Dalam kebanyakan kes, jahitan terbuka adalah disebabkan jangkitan kuman pada luka bersalin. Tidak dinafikan ia adalah pengalaman yang menakutkan. Bakal ibu juga akan merasa ‘seriau’ jika membayangkan hal ini. Ikuti penerangan daripada Dr Nurul Azwa Hasny, Pakar Perbidanan & Sakit Puan Dari SALAM Shah Alam Specialist Hospital berkaitan topik ini.
RISIKO JAHITAN TERBUKA
Risiko tinggi untuk jahitan terbuka atau lambat sembuh boleh dibahagikan kepada dua iaitu faktor ibu itu sendiri yang mengalami masalah diabetes, obes, merokok, tidak cukup zat (malnourish) dan kurang daya tahan penyakit. Manakala faktor luaran lain ialah jenis atau tahap luka. (Luka bersalin umumnya ada empat tahap). Luka tahap tiga dan empat lebih kerap jahitan terbuka.
Dalam hal ini, penggunaan antibiotik diperlukan. Kebanyakan doktor akan prescribe antibiotic kepada ibu-ibu yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan pada luka. Dalam pada itu, faktor umur dan bilangan kehamilan , tidak meningkatkan risiko jahitan terbuka.
Jahitan terbuka disebabkan oleh beberapa perkara. Antara penyebabnya ialah penggunaan benang untuk menjahit luka bersalin. Ini kerana ada benang yang cepat menyerap iaitu sebelum kulit bercantum kembali. Selain itu, bergantung juga pada jenis tisu pada kawasan luka tersebut.
Ada sesetengah wanita mempunyai tisu terlalu nipis dan mudah terkoyak dan memang berisiko untuk luka terbuka kembali selepas dijahit. Satu lagi perkara yang turut menyebabkan jahitan terbuka ialah cara jahitan yang terlalu ketat pada luka ibu akan cenderung jahitan terbuka.
Tanda-Tanda Jahitan Terbuka:
-Rasa sakit yang amat atau melebihi dua hingga tiga hari. (Biasa rasa sakit akibat episiotomi hanyalah selama dua hari. Tetapi sekiranya kesakitan itu berterusan, mungkin ada jangkitan kuman.
-Bengkak, merah, bernanah atau keluar apa-apa cecair yang berbau atau jahitan nampak terbuka.
Jika tidak dirujuk kepada doktor, kemungkinan akan ada beberapa komplikasi yang berlaku di kawasan jahitan yang terbuka:
-Kesan fizikal, psikologi dan sosial jika tidak dirawat.
-Boleh menjadi punca tempat jangkitan merebak ke dalam badan
-Boleh menyebabkan sakit berterusan, sukar untuk membuang air, sakit apabila melakukan hubungan kelamin,
-Hubungan dengan bayi terganggu, sukar untuk menyusu badan kerana sakit pada luka tersebut.
APA PERLU BUAT?
Apabila menyedari jahitan terbuka, anda perlu segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Doktor akan memeriksa untuk memastikan adakah perlu dijahit semula ataupun tidak. Sekiranya bahagian yang terbuka tidak terlalu besar, doktor akan mencadangkan ibu membersihkan sendiri, kadang-kala digalakkan rendam dengan air garam dan ubat sapuan akan diberikan supaya luka sembuh dengan sendiri (secondary wound healing) . Akan tetapi, sekiranya yang jahitan yang terbuka itu besar, doktor akan menjahit semula setelah luka tersebut bersih.
Anda mungkin trauma jika mengalami situasi ini. Namun selepas dijahit risiko untuk terbuka semula adalah minimum kecuali berlaku lagi jangkitan pada luka yang baru dijahit itu. Jahitan yang terbuka mungkin akan berulang lagi jika jangkitan pada luka itu tidak dibersihkan sepenuhnya atau masih ada jangkitan. Oleh kerana itu, ada sesetengah kes, luka yang terbuka semula boleh terus dijahit, mesti dibersihkan setiap hari atau pengambilan makan antibiotik untuk beberapa hari sehingga jangkitan tiada barulah jahitan dilakukan semula.
TEMPOH UNTUK SEMBUH
Masa yang diambil untuk menjahit semula luka bergantung kepada keadaan dan saiz luka tersebut. Jahitan biasanya menggunakan benang yang lebih kuat dan diserap/reput semulajadi. Selepas diperiksa, kawasan luka akan dibius, luka yang terbuka akan dibersihkan, kemudian baru dijahit semula. Biasanya luka bagi episiotomi akan sembuh dalam tempoh 10 hingga 14 hari.
Manakala bagi luka pembedahan, tempoh tersebut cukup untuk kulit bercantum kembali. Walau bagaimanapun, tempoh penyembuhan ini boleh diguna pakai selagi tidak ada sebarang jangkitan kuman pada bahagian pembedahan. Umumnya, semua jenis luka boleh sembuh sepenuhnya dalam masa 42 hari iaitu enam minggu.
BANYAKKAN PENGAMBILAN VITAMIN C
Sekiranya inginkan luka cepat sembuh, amat penting anda lakukan pengambilan makanan seimbang. Pastikan tubuh cukup vitamin terutama vitamin C kerana dapat mempercepatkan proses penyembuhan. Selepas bersalin digalakkan mengambil multivitamin. Makan sayur dan buah-buah banyak kerana kandungan seratnya boleh mengurangkan sembelit.
Sekiranya sudah lebih 14 hari namun luka masih tidak sembuh, jumpalah doktor segera kerana risiko jangkitan. Seharusnya semasa anda hamil, anda perlu mengambil makanan yang berzat dan kandungan hemoglobin mencukupi agar dapat mempercepatkan proses penyembuhan luka selepas bersalin kelak
JAGA KAWASAN LUKA
Amat penting anda memastikan kawasan luka sentiasa kering. Bagi luka episiotomi, pastikan luka dilapkan kering-kering selepas ke tandas dan sapukan ubat luka yang diberi oleh doktor. Begitu juga dengan luka caesarean. Selepas mandi, luka tersebut dilapkan sehingga kering. Kalau ingin gunakan barut, letakkan lapisan kain kapas atau tisu yang tidak melekat supaya boleh menyerap peluh agar kawasan luka sentiasa kering. Hal ini sangat penting kerana jika lembap, jangkitan mudah berlaku.
Jom sertai komuniti ibu Pa&Ma Moms To Be. Anda boleh ikuti forum, ajukan soalan-soalan kepada doktor dan menggunakan pelbagai tools di sini. Sign up di https://momstobe.majalahpama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa sangka, hanya demam biasa akhirnya anak kecil ini dijemput illahi. Tidak terduga pemergian si kecil ini sangat mudah di bulan yang penuh mulia.
Ibu kepada anak syurga ini, Puan Siti Hajjar Hassantelah berkongsi saat-saat sebelum anaknya dijemput illahi. Baginya, anak kecil yang sakit sangat wajib diberi perhatian oleh ibu bapa, jangan biarkan anak sakit tidak dirawat dan jangan pandang mudah apabila anak mula jatuh sakit.
Bila anak-anak demam ibu ayah memang akan risau. Tambah pula bila suhu badan anak terlalu tinggi yang mana keadaan ini juga boleh menyebabkan demam sawan.
Biasanya demam sawan boleh berlaku dikalangan kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 5 tahun. Semoga Perkongsian daripada Dr Zubaidi Hj Ahmad mengenai tanda-tanda dan gejala serta risiko demam sebegini berulang kepada si kecil mama dapat dijadikan panduan.
SAWAN DEMAM
Sawan adalah keadaan di mana kanak-kanak tidak sedarkan diri dan biasanya diikuti oleh kekejangan atau penyentakan kaki dan tangan. Demam sawan adalah sawan yang berlaku dengan suhu badan yang tinggi di kalangan kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 5 tahun.
Sawan demam adalah sawan yang disebabkan oleh demam panas dikalangan bayi atau kanak-kanak kecil yang normal. Diagnosa sawan demam hanya boleh dibuat selepas doktor mendapati tidak ada punca-punca lain yang menyebabkan sawan selain dari suhu badan yang tinggi (biasanya melebihi 38ºC).
TANDA & GEJALA
Majoriti besar sawan demam adalah tidak membahayakan. Tidak ada bukti kukuh yang mengatakan bahawa sawan demam boleh menyebabkan kerosakan otak. Kajian perubatan mendapati kanak-kanak yang sawan demam memperolehi pencapaian yang normal di sekolah dan mempunyai tahap kecerdasan yang sama seperti adik-beradik lain yang tidak mengalami masalah sawan demam. Malah dalam kes-kes yang jarang berlaku di mana sawan berlarutan sangat lama melebihi satu jam, didapati kanak-kanak tersebut juga pulih sepenuhnya.
FAKTOR-FAKTOR RISIKO UNTUK SAWAN DEMAM BERULANG
1. Usia muda (kurang daripada 15 bulan) semasa serangan sawan yang pertama.
APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN JIKA ANAK MENGALAMI SAWAN?
1. Baringkan anak anda secara mengiring sebelah kiri atau kanan.
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.