Bila suami atau anak-anak sudah terbiasa untuk tidak melakukan kerja rumah, pasti mereka tidak menghiraukan kepenatan si ibu menguruskan hal rumah.
Sebenarnya sikap tolong-menolong ibu di rumah perlu dipupuk dalam diri anak-anak sejak mereka kecil, bila sudah besar baru nak dibebelkan alamaknya memang tak jalan lah. Peranan si ayah juga besar kerana anak-anak akan memerhatikan tingkah laku si ayah. Jadi rajin-rajinkanlah diri membantu isteri di rumah.
Ayah Buat, Anak Ikut, Mak Jadi Mangsa
Saya perhati je gelagat pasangan yang baru kahwin ni. Makan isteri hidangkan. Lepas makan pinggan tinggal atas meja terus keluar hisap rokok. Si isteri senyum je ambil pinggan bawa ke sinki dan cuci. So sweet isteri layan suami macam raja.
Ketika belum ada anak situasi begini memang nampak sweet tapi lepas dah ada anak tabiat begini kena kurangkan.
Anak-anak belum pandai menilai. Jadinya apa sahaja yang dia lihat dia akan tiru. Termasuklah cara ayah melayan mak, dan cara mak melayan ayah. Anak akan tiru bulat bulat!
Takut mak jadi mangsa bulian anak-anak.
Yalah, mana tak kena buli kalau anak-anak makan kena di layan setiap seorang, kalau anak seorang ok lagi tapi kalau anak 3 4 5 orang? Tekanan si mak nak handle pelbagai ragam anak.
Lebih ditakuti ialah bila anak tak pandai langsung nak menolong mak. Tak menolong mak memasak, pinggan kotor tinggal je dalam sinki, kerja rumah semua mak seorang yang buat.
IKLAN
Mak dah macam bibik, kerja nak layan kehendak suami dan anak-anak.
Mak rajin atau malas bukan isunya, yang penting sekarang kita kena mengajar anak ringan tulang dan adab sejak kecil.
Supaya dah besar nanti diorang tak menyusahkan pasangan. Terutamanya anak lelaki!
IKLAN
Anak lelaki akan jadi imam #keluarga satu hari nanti. Kalau imam dalam solat, bacaan kena betul, tertib solat kena betul, semua berkaitan solat kena sempurna.
Begitu juga sebagai imam keluarga. Suami atau ayah mesti tunjukkan teladan yang baik pada isteri dan anak-anak, beri didikan yang terbaik dan kena jadi pemimpin yang boleh di harapkan. Barulah terbina keluarga sempurna.
Kahwin bukan tempat untuk orang yang malas atau rajin.
Kahwin hanya untuk orang yang boleh bekerjasama dan sanggup susah senang bersama.
Wallahu A’lam,
Sumber: Mohd Fhais Nak sweet biarlah sweet sama-sama. Isteri layan suami macam raja, suami layanlah isteri macam permaisuri. Baru adil.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak akhir-akhir ini banyak kisah isteri yang diuji apabila mendapat tahu suami mendirikan rumahtangga dengan wanita yang baru dikenali secara senyap-senyap. Malah perkahwinan kedua suami tidak diketahui oleh isteri pertama.
Tidak salah untuk membina masjid lebih daripada satu tetapi haruslah mengikut cara dan saluran yang betul dan sekurang-kurangnya sampaikanlah niat kepada isteri dan ahli keluarga. Jangan sampai melukakan hati isteri yang banyak berkorban dan bersusah payah bersama-sama. Jika isteri tidak bersetuju mungkin dia lebih mengenali siapa suaminya.
Kekuatan Isteri, Kesabaran Dengan Sikap Suami
Isteri Dah Terlalu Banyak Tolong Suami
Isteri Tak Minta Banyak
Dia Tak Mengungkit, Merungut, Mengeluh
Sumber: Firdaus Shakirin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biarpun kita sudah dibenarkan untuk keluar rumah selepas melalui tempoh PKP yang panjang, pun begitu menjadi tanggungjawab kita untuk sentiasa mengingatkan anak dalam banyak perkara.
Ketika berada di luar rumah, banyak perkara yang perlu mak ayah ingatkan untuk sama-sama menjaga diri dan agar anak-anak terbiasa dengan rutin baru. Apa mak ayah perlu pesan? Ini yang dikongsikan oleh OT, Pn Aisyah Rozalli.
5 PERKARA YANG KITA PERLU REMIND ANAK SEBELUM BAWA MEREKA KELUAR RUMAH
1. Mask on!
“Mask mesti sentiasa pakai. Sebab itu tanggungjawab kita nak jaga keselamatan diri kita dan orang lain”.
2. Mesti dengar arahan.
“Kat luar ada ramai orang yang kita tak kenal. Dangerous. Mesti sentiasa dengar apa yang mama ayah cakap”.
3. Jalan jauh dari orang lain.
“Kita tak tahu orang lain sihat atau tak. Mesti duduk dan jalan jauh-jauh dari orang lain”
4. Pimpin sentiasa.
“Husam pimpin ayah. Aufa pimpin mama. Thufayl pimpin Imdad. Kita mesti sentiasa jaga diri, adik-beradik dan keluarga”
5. Hormat orang lain.
“Bila lari-lari, kita mungkin terlanggar orang. Kesian orang lain. Mungkin orang tu sakit kaki ke, sakit telinga ke kalau kita jerit-jerit. Jadi, mesti jalan perlahan bila ada orang lain, dan suara cukup untuk mama ayah dengar sahaja”.
Ini adalah 5 perkara yang saya dan suami akan sentiasa sebut setiap kali sebelum kami keluar kereta. (Anak kami tak boleh buka pintu kereta sampai kami kata “OK, boleh buka pintu dah”)
Anak kami ramai. 3 orang lelaki. Semua kinestetik tinggi. Pantang ada ruang, mesti nak lari-lompat. Yang gegirl seorang tu punya suara. Pitching dia. Nyaring sekali.
Kalau tak diingatkan selalu, memang diorang akan buat sesuka hati je bila bawa keluar. Sebab kami tak bagi distraction. Kami tak bagi phone untuk mereka tengok sambil kami beli barang.
Jadi, mereka perlu belajar untuk kawal diri sendiri. Dengan apa yang kita dah ingatkan. Sesama adik-beradik. Dan dengan apa yang mereka ada sahaja. Kami dah amalkan reminder sebelum turun kereta ni bertahun lamanya.
Alhamdulillah.
Walaupun masih kena remind berkali-kali lagi, tapi takdelah susah sangat. Sebab mereka dah faham. Apa yang mereka boleh buat, dan tak boleh buat. Memang children should be children.
Tapi, itu bukan tiket untuk kita biarkan mereka melompat, berlari tanpa kawalan. Apatah lagi sehingga terganggu orang sekeliling kan?
Ada boundary. Sempadan terhadap tingkah laku apa yang anak kita boleh dan tak boleh buat. Kita panggil empati.
Faham kesan tindakan seseorang kepada emosi dan perasaan orang sekitar. Empati juga perlu dilatih. Empati boleh mula dilatih seawal usia 2 tahun.
Kalau kita tak pasti macam mana nak latih anak, nak beri arahan pada anak, bila nak tegas dan bila nak loose, boleh je kita belajar. InshaaAllah.
Nak dapatkan produk anak sambil cuci-cuci mata, jom ke Mom’s House.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Susu ibu salah satu makanan berkhasiat dan seimbang yang Allah berikan kepada wanita untuk disusukan kepada bayinya. Bagaimanapun ibu jangan tayang gambar sedang menyusukan anak atau stok susu.
Melalui susuan ibu ada banyak kelebihan yang dapat dinikmati oleh ibu dan bayi. Antaranya ia dapat mengeratkan pertalian di antara ibu dan anak yang menyusu. Walaupun ibu yang menyusukan anak namun peranan membesarkan anak tetap dipertanggungjawabkan pada dua orang iaitu ibu dan ayah.
Ibu Jangan Tayang Gambar Sedang Menysukan Anak Atau Stok Susu
Jika ibu bertanggungjawab memberikan makanan awal terbaik (susu ibu) kepada anak, ayah pula kena menjaga kebajikan ibu yang menyusu dengan menyediakan makanan yang cukup dan pakaian yang selesa.
Dos’ & Don’ts Bergelar Ibu Menyusu
Menurut Ts Siti Fatahiyah Mahamood, Pensyarah Kanan di Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Shah Alam mengingatkan beberapa perkara yang boleh ataupun tidak boleh dilakukan oleh ibu menyusu mengikut pandangan Islam ketika dijemput sebagai salah seorang speaker webinar penyusuan Ya, Aku Mampu Susukan Anak.
Amalan Ketika Menyusukan Anak
Katanya ketika menyusukan anak, peluklah anak dalam pelukan yang selesa sebab anak akan rasa selesa dan selamat.
“Ibu menyusu kena peluk dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan. Bila menyusu, pandang anak dalam pelukan penuh keikhlasan dan kasih sayang.
JADI BILA SUSU DENGAN IKHLAS DAN KASIH SAYANG MAKA AKAN MEMBENTUK HUBUNGAN YANG ERAT, MAKANAN YANG BERKHASIAT DAN ANAK AKAN MELALUI PEMBESARAN YANG BAIK.
Tidak dinafikan bila menyusukan anak kadangkala ibu tak sihat atau ada masalah-masalah lain macam mengalami bengkak susu dan sebagainya tapi bila ada dua faktor iaitu ikhlas dan kasih sayang, macam mana pun dia sakit dan tak sihat dia akan menyusu anak dengan penuh kasih sayang dan ikhlas.”
Kata Ts Siti Fatahiyah lagi, ia sebagai salah satu tanda kekuasan Allah SWT. Ibu menyusu ini antara yang terpilih untuk menunjukkan kekuasaan Allah SWT melalui proses menyusukan anak.
Sebaiknya semasa menyusukan anak, ibu amalkan berzikir dan berdoa. Semoga dengan doa dan zikir ia menjadi asbab anak-anak membesar menjadi anak soleh dan solehah.
Ini kerana fasa menyusu adalah proses awal pendidikan anak. Jika boleh ibu tak perlu pasang muzik yang tiada manfaatnya.
Ada Sebabnya Tak Boleh
Elak Buat Perkara Ini
Beliau turut berpesan agar ibu menyusu tidak melakukan perkara-perkara yang boleh memberi kesan kepada pembentukan akhlak anak semasa menyusukan mereka.
1. Jangan menyusu anak ketika dalam keadaan tertekan atau dalam keadaan sangat marah. Sebab menyusu anak berlaku bila selamat melahirkan anak. Dalam tempoh berpantang, emosi ibu ada pelbagai perubahan disebabkan pertukaran hormon dan sebagainya. Bila dalam pantang ibu kena kawal iman dan emosi supaya tak terbawa-bawa dalam emosi tak menentu. Jadi pastikan tak berada dalam keadaan tertekan atau emosi tak terkawal.
2. Menyusu juga satu proses pendidikan awal anak melalui penyusuan. Jadi ibu kena jaga akhlak dan aurat. Maksudnya tengah menyusu anak janganlah buat perkara yang menjatuhkan akhlak seperti bergaduh dengan suami, bergaduh dengan anak yang lain dan orang-orang sekeliling.
3. Ibu menyusu juga kena jaga aurat. Ibu perlu prihatin kepada keadaan menyusu. Ibu kena lihat persekitaran untuk memastikan auratnya terjaga. Sekarang sudah ada bilik khas untuk ibu menyusu di kebanyakan pusat membeli-belah. Ini bermaksud dunia juga mengiktiraf penyusuan susu ibu.
Ibu menyusu biasanya tahu bila masa anak dia kena menyusu, jadi bila nak keluar rumah atas urusan dan bila tiba masa menyusu anak, pastikan dah cari siap-siap tempat sesuai untuk menyusukan anak.
Susukan anak dengan penuh beradab dan penuh sifat malu dan keadaan menutup aurat dalam erti kata sebenar. Walaupun ibu sudah menutup aurat dengan memakai tudung ia bukan alasan untuk ibu menyusukan anak di mana-mana.
SEBAIKNYA CARI TEMPAT YANG KHUSUS UNTUK IBU MENYUSU BAGI MENGELAKKAN FITNAH. MENYUSUKAN ANAK DI DALAM KERETA BOLEH TAPI PASTIKAN AURAT IBU SENTIASA TERJAGA.
4. Jangan asyik nak berselfie semasa menyusu anak. Ya, betul perbuatan menyusukan anak itu sangat bagus tapi janganlah tunjuk perkara yang boleh membawa kepada fitnah.
5. Trend sekarang juga ibu suka berkongsi gambar stok susu yang telah diperah. Walaupun alasannya berkongsi sebagai inspirasi di platform media sosial peribadi tetapi ia tetap mendedahkan aurat dan maruah sebagai wanita muslim.
Ts Siti Fatahiyah turut berkongsi sabda Nabi saw tentang kepentingan wanita muslim menjaga sifat malu kerana malu itu menjadi perhiasan kepada wanita solehah.
“Malu itu tidak datang kecuali dengan kebaikan dan kalau tidak merasa malu maka lakukan sahajalah apa yang kamu inginkan”
Maksudnya malu itu datang dengan kebaikan. Sebagai wanita solehah malu itu perlu dijaga. Kalau semua kita tak jaga takut-takut jadi fitnah.