Malang tak berbau..Itu yang berlaku pada seorang ibu apabila matanya mengalami kecederaan yang agak serius gara-gara anak berebut chopstick dan tercucuk ke dalam matanya ketika sedang solat berjemaah dengan suami.
Menerusi perkongsian oleh Ummu Naielah di Facebook mengenai kejadian tersebut, anak-anaknya yang sedang berebut chopstick ketika itu secara tidak sengaja telah tercucuk matanya sewaktu dia sedang solat.
Kesan dari tusukan chopstik tersebut di dalam mata, dia mengalami luka dan koyakan di bahagian mata putih. Moga dapat dijadikan pengajaran oleh ibu bapa lain untuk menyembunyikan benda tajam daripada anak-anak.
Dugaan 10 Ramadan
Umi tengah solat Maghrib berjemaah dengan abi, masa nak sujud tu tetiba rasa macam gelap dunia sekejap, umi just nampak biru ungu macam siaran tv nak putus gitu, meronta-ronta umi kat tempat kejadian sebab pedih nak mati.
Rupanya kakak duk berebut chop stick dengan adik pastu terlajak tangan cucuk kena mata umi, patutlah rasa macam gelap dunia, buka pelan-pelan mata suh suami check, innalillah ada luka sampai pendarahan dalam mata.
Apa lagi, pecut gi kat kecemasan, tak boleh buka mata sebelah. Pengajaran buat parents lah, nampak anak-anak main benda tajam terus rampas jangan leka, alhamdulillah mujur tak kena kat anak-anak.
Ads
Update:
Pagi ni kena gi klinik pakar mata untuk jahit dalam mata, ada koyakan yang agak dalam jugak kat bahagian mata putih, jika dibiar takut jangkitan kuman, ni tepek kapas sebab sapu antibiotik dalam mata…
Balik semalam kul 12.30 tengok budak-budak ni dah tidur, bangun pagi ni boleh pulak dia main mata lanun umi ni, lawak agaknya.
Kejadian sebenar
Ads
Awal-awal kena, Naielah berlari pergi nangis kat bucu dinding sebab rasa bersalah, sebenarnya kakak nak solat jemaah dengan umi abi tapi adik pergi kacau, kakak pun nak rampas la chopstick tu dari adik tapi nak dijadikan asbab Allah nak angkat dosa umi yang banyak ni, tercucuk pula mata umi yang masa tu umi tengah nak sujud, hari first solat berjemaah di rumah asbab masjid tutup.
Umi tak marah dia cuma umi gelepor macam cacing kepanasan masa tu sebab sakit sangat-sangat hanya Allah yang tahu.
Suami ingat Ida kerasukan mulanya sebab tengah solat tiba-tiba je menggelupur, adehh sabar jelah.
Asbab kejadian ni dapat tahu punca migrain teruk
Terus pecut pergi emergency selesai cek mata apa semua, alhamdulillah nak dijadikan asbab juga dapat tahu punca migrain teruk selama ni rupanya berpunca dari mata belah kanan yang dah rabun teruk, selama ni tak pernah perasan sebab bergantung pada mata kiri dapat lihat elok dan rasa tak ada apa-apa masalah.
Ads
Tapi disebabkan cederanya mata kiri dan bila terpaksa tutup sebelah mata, baru perasan mata kanan yang celik tu memang tak nampak apa satu pun, nampak blur je semua, buat ujian mata dan memang sah mata kanan dah rabun teruk, perbezaan pada anak mata, doktor kata kelabu.
Jadi bila dah jadi gini, bergantung pada suami je pimpin tangan nak berjalan nak pergi bilik air, seolah ‘buta’ sementara. Tapi kalau tengok HP dan baca quran tu boleh la sebab jarak dekat, jarak semeter dah tak nampak apa-apa.
Jadi lepas dah sembuh elok mata kiri ni nanti ada appoinment cek power mata dan plan rawatan selanjutnya.
MasyaAllah 2 hari tak lena tido malam sebab berdenyut, bergantung pada pain killer je
alhamdulillah dah makin okay sikit, apa pun terima kasih sangat-sangat atas setiap doa yang dititipkan, tak terbalas satu-satu.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kegembiraan dua keluarga pulang ke kampung berakhir tragedi apabila tiga termasuk seorang bayi dan kakaknya yang berusia dua tahun tujuh bulan maut manakala seorang parah dan empat cedera dalam kemalangan di Kilometer 304 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) arah Kuala Terengganu di Seri Bandi, di sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.15 pagi itu, bayi perempuan berusia lapan bulan, Weaam Lukman dan kakaknya, Wedad meninggal dunia di lokasi kejadian.
Dua beradik itu maut selepas tercampak keluar dari kereta Proton Wira yang dinaiki bersama ibu bapa mereka selepas kenderaan itu dipercayai dilanggar dari belakang oleh sebuah Perodua Axia mengakibatkan penumpang Axia itu Haznah Ali, 59, turut maut.
Pengguna jalan raya, Zamri Zabar, 37, berkata, hatinya tersentuh melihat jasad bayi dan kanak-kanak perempuan yang telah kaku di atas jalan ketika melalui lokasi kejadian selepas beberapa minit kejadian berlaku.
“Lepas lihat kemalangan, saya cepat-cepat berhentikan kenderaan dan sempat bantu keluarkan penumpang belakang Axia yang parah, tapi lepas dikeluarkan mangsa juga meninggal dunia.
“Keadaan masa tu sangat menyayat hati dan saya bantu tenangkan mangsa yang cedera,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Mohd Said Ibrahim berkata, akibat nahas itu ibu bayi berkenaan, Hnan Ismail, 23, patah paha sementara suaminya yang memandu Proton Wira terbabit, Lukman Waeni, 31, mengalami cedera ringan.
Menurutnya, turut cedera pemandu Perodua Axia yang juga anak Haznah, Muhamad Abdulqayum Mohd Shahimi, 20; bapanya, Shahimi Jusoh, 60; dan kakaknya, Nur Syazwani Fitriah Mohd Shahimi, 22.
Katanya, kejadian dipercayai berlaku selepas Proton Axia melanggar belakang Proton Wira yang berhenti di bahu jalan.
“Waktu itu Proton Wira berkenaan berhenti di bahu jalan tersebut kira-kira lima minit sebelum dirempuh dari arah belakang.
“Ekoran itu, tiga mangsa maut di lokasi kejadian dan dibawa ke Hospital Kemaman untuk proses bedah siasat,” katanya.
Kata Mohd Said, susulan itu ujian saringan air kencing juga turut dilakukan ke atas pemandu Perodua Axia untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Difahamkan ketika kejadian Lukman yang juga guru pusat tahfiz di Johor dan berwarganegara Thailand bersama isteri dan dua anak mereka dalam perjalanan pulang untuk menyambut Hari Raya Aidiladha di kampung halaman isterinya di Kampung Beladau Kepong, Serada, Kuala Terengganu.
Shahimi yang juga pesara polis bersama isteri dan dua anak mereka pula difahamkan dari rumah mereka di Kluang, Johor dan dalam perjalanan pulang ke kampung mereka di Machang, Kelantan untuk menziarah saudara mereka yang sakit.
Pelakon, Ika Nabella meluahkan rasa kecewa melalui sebuah entri di laman instagramnya ketika bercuti di salah satu villa mewah baru-baru ini.
Menurutnya, dia membayar ribuan ringgit dan berharap servis yang ditawarkan berbaloi namun hampa walaupun aduan sudah dibuat kepada pihak hotel.
“Bowie cuba menghubungi pengurusan selama lima jam dan mereka membiarkan kami tertunggu-tunggu dengan alasan ‘saya minta penyelia usahakan’ dan hanya satu tick selepas berkali-kali panggilan telefon.
(Followers Pa&Ma boleh dapatkan barangan harga murah di SINI)
Lebih membuatkan dia kecewa apabila pihak yang sepatutnya membiarkan pelanggan menunggu lima jam dan bilik yang bermasalah adalah bilik anak lelakinya.
Akhirnya dia membuat keputusan untuk meletakkan Noah di bilik bersama sepupu-sepupu Noah.
“Servis yang sangat teruk apabila anda membiarkan pelanggan menunggu lima jam tanpa tindakan apa-apa. Akhirnya kami menukarkan bilik Noah dan meletakkan dia bersama-sama dengan sepupunya.
“Bayangkan kalau ada bayi yang tidur dalam satu bilik seorang mengigau dan menangis, apa akan jadi kepada mereka semua?” katanya.
Kata Ika lagi, dia membayar lebih RM3,000 untuk percutian tersebut namun servis yang ditawarkan tidak memuaskan dan seperti tidak berbaloi.
“Tak boleh buat apa-apa sebab biliknya tak ada pendingin hawa dan pintu tak boleh kunci. Saya harap mereka akan membetulkannya pada pagi nanti sebab saya dah belanja RM3,000 untuk anak saya tidur dalam keadaan tidak selesa,” katanya
Hanya sempat melelapkan mata kurang daripada 3 jam, Noah bangun seawal 7 pagi disebabkan keadaan tempat tidurnya yang kurang kondusif.
Ika sempat menitipkan pesanan buat ibu bapa yang mempunyai anak kecil supaya periksa dahulu destinasi yang ingin dituju supaya kejadian seperti ini tidak berlaku lagi.
“Sebelum bawa anak kecil pastikan tempat tersebut mesra kanak-kanak dan service yang disediakan dalam keadaan baik. Bayangkan bawa anak kecil berjalan tak ada air kosong, itu pun dah haru biru kan?”
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang kanak-kanak berusia empat tahun mengalami kecederaan bahagian kakinya selepas tersepit pada eskalator di sebuah pusat beli-belah di Kota Bharu, Kelantan.
Kejadian pada pukul 12.30 tengah hari itu menyebabkan dua jari kaki kiri mangsa iaitu jari kelingking dan jari tengahnya cedera.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd. Suhaimi Ali berkata, berdasarkan laporan, kejadian berlaku semasa mangsa bersama bapanya yang berusia 36 tahun berada di aras bawah pusat beli-belah berkenaan.
Menurutnya, dua beranak itu dipercayai menaiki eskalator dari aras bawah untuk ke tingkat satu.
“Semasa menaiki eskalator itu, dua jari kaki kanak-kanak itu tersepit pada bahagian tangga bergerak itu.
“Mangsa terpaksa menahan kesakitan selama beberapa minit sebelum kakinya berjaya dikeluarkan dari bahagian eskalator itu dengan bantuan orang awam,” katanya.
Menurut Mohd. Suhaimi, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian untuk rawatan lanjut.
Tambahnya, bapa mangsa telah membuat laporan berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu di sini kira- kira pukul 5.03 petang semalam.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.