Masak Bubur Paling Pantas dan Senang Bila Semua Dah Sedia, Cara Ibu Ni Praktikal & Jimatkan Masa!

Share

Ketika menempuh PKP dan terpaksa bekerja dari rumah, jadual harian ibu dilihat seakan berubah. Pengurusan masa perlu diuruskan dengan tepat agar masa tidak terbuang begitu sahaja. Bagi ibu yang bekerja, menu jimat masa pastinya didahulukan berbanding menu-menu lain.

Menu untuk anak? Penyediaan bubur anak yang disediakan oleh ibu ini, Pn Nor Baizura Shaib mama wajib cuba. Semuanya disediakan lebih awal dan hanya campurkan sahaja untuk dimasak. Wajib cuba!

Hello momies. Nak share lagi apa menu yang mama masakkan untuk Nuh Aryan. Ok ni first time kenalkan daging dekat Nuh Aryan. Esok kita tengok macam mana penerimaan dia. Sebelum ada anak mama biasa up cerita pasal masakan untuk suami. Dah ada anak, turn masakan anak pulak… hahaha. Terima kasih pada yang sudi share pasal vege yang dah frozen tak perlu masak lagi.

Sediakan Puri Sayur

LOBAK 2 BATANG
Cuci, potong, rebus, blend dengan minyak, masukkan dalam acuan dan frozenkan.

JAGUNG 2 TONGKOL
Cuci, potong, rebus, sisir, blend dengan minyak, tapis, masukkan dalam acuan dan frozenkan.

BROKOLI 1 BUNGA
Cuci, potong, kukus, blend dengan minyak, masukkan dalam acuan dan frozenkan.

SAWI 3 POKOK
Cuci, potong, kukus, blend dengan minyak, masukkan dalam acuan dan frozenkan.

Bahan-bahan:
Beras frozen (air dan beras)
Bawang putih
Mirepoix (bawang Holand, saderi, lobak, unsalted butter)
Unsalted butter

Tumiskan bawang, minyak 1 SB, masukkan Mirepoix, beras dan air secukupnya.

 

Masukkan daging dan stok beef. Resipi dalam gambar. Rebus bubur sampai kembang.

Akhir sekali masukkan frozen vege dan tutup apinya.

Kisar ikut kesesuaian dengan anak. Jangan halus atau terlalu kasar. Siap!

Boleh simpan dan buat stok macam ni.

IKLAN