Masak Daging Goreng Kunyit Lembut, Sedap & Tak Liat, Ini Cara Tepat Nak Masak Untuk Anak!

Share

Daging goreng kunyit memang sedap di makan bersama nasi panas kerana rasanya yang ringkas tetapi cukup mengenyangkan. Pun begitu daging yang liat dan keras buat selera terpotong secara tiba-tiba. Keadaan inilah yang membuatkan daging kunyit menjadi kurang digemari.

Tip yang dikongsikan oleh Nana Ismail ini mama perlu cuba. Rupanya ini cara tepat untuk pastikan daging masih berjus malah tak keras dan paling penting lembut dan tak liat. Jom cuba!


TIPS NAK GORENG DAGING KUNYIT SUPAYA LEMBUT DAN CARA YANG BETUL
======================================
Ramai betul yang goreng daging terlalu lama sebab nak pastikan dia lembut dan masak.

Masalahnya bila buat macam tu, daging akan bertambah kecut, kering dan lembut masa tengah panas-panas ja.

1. Daging tu nak senang potong dan tak julinggg mata nak usya urat-urat dia adalah dengan balik-balikkan daging tu dalam kuali panas tanpa minyak. ( dalam dia of coz la masih mentah).

Nanti korang akan nampak urat dia lebih jelas dan mudah nak potong. Takdelah dia nyekk nyekk macam jeli.

Haaa potong macam gambar atas tu. Kalau ikut tips nana tu memang mudah nak kenal pasti urat dia.

2. Lepas dah hiris nipis, korang goreng daging tu tanpa minyak biar air daging tu keluar dan kering. Lepas tu angkat laaa.

Nanti daging tu akan nampak macam berebuss tapi tak nahhhh. Nana just keringkan air daging tu dalam kuali tanpa minyak ja. ( Gambar contoh nak habaq)

3. Haaaa dah settle 2 step tu baru la korang lumur daging buh kunyit dan garam. Korang boleh tengok daging nana tu haaaa. Nampak kering macam daging yang direbus kan?

Nana lumur dengan kunyit. Kering tanpa air daging tapi kat dalam berjussss yaaa.

4. Lepas tu korang buh minyak then goreng macam biasa. Tempoh nak bagi lembut daging tu singkat ja.

Korang akan perasan, daging tu nampak tak kecut dan berjusssss gituuu.

5. Lepas tu macam biasa laaa tumis bawang, cabai, buh sayur then bagi terjun balik daging tu. SETTLE!

Nampak sedap dan tak kering kan?

Kalau buat ikut tips nana tu, takdelah air daging tu keluar masa kita goreng. Yang berair tu la yang buat daging lambat nak lembut. Bila goreng lama-lama, jadi kecut dan tak best.

Info Daging Merah:

Daging merah adalah baik dimasukkan ke dalam diet pemakanan anak, iaitu 3 hingga 4 kali seminggu kerana khasiatnya yang cukup tinggi. Ia merupakan sumber terbaik untuk sedia menyerap zat besi pada tubuh anak yang sedang membesar. Bagi bayi dari 6 hingga 2 tahun, zat besi cukup penting untuk membantu tumbesaran tubuh dengan lebih cepat.

IKLAN