Penggunaan puting sememangnya memudahkan ibu bapa untuk menenangkan bayi yang meragam tidak tentu masa atau yang suka mengempeng hingga menganggu rutin ibu.

Bagaimanapun, di sebalik nak mudah dan menenangkan anak terdapat kesan sampingan yang mungkin akan dialami bayi.

Masalah Gigi Antara Sebab Utama Puting Tak Digalakkan Untuk Anak Selain Jangkitan Telinga

Antara kesan penggunaan puting ini ia selalu berkaitan rapat dengan jangkitan telinga. Satu kajian yang dilakukan oleh Akademi Ketua Pergigian mencadangkan bahawa penggunaan puting membawa kepada jangkitan telinga kerana ia menyebabkan tiub auditori untuk menjadi luar biasa terbuka.

Selain itu, penggunaan puting juga boleh buat gigi jadi jongang. Ini kerana, walaupun sesetengah ibu bapa menggunakan puting untuk berhenti menghisap ibu jari, kajian juga menunjukkan bahawa penggunaan berpanjangan puting boleh membawa kepada masalah-masalah yang sama seperti menghisap ibu jari.

IKLAN

– Ketumbuhan yang tidak wajar pada sekitar mulut.

– Pertumbuhan gigi yang tidak teratur.

IKLAN

– Pertumbuhan pada bentuk bumbung mulut (lelangit).

– Puting juga menyumbang kepada kekotoran kerana ia diguna pakai semula tanpa pembersihan.

IKLAN

Masalah Gigi Antara Sebab Utama Puting Tak Digalakkan Untuk Anak Selain Jangkitan Telinga

Bagaimanapun, ada ibu bapa yang berpendapat, penggunaan puting yang diberikan pada anak bukanlah sepanjang masa tetapi pada waktu yang perlu sahaja.

Namun jika keadaan dah terpaksa untuk berikan puting pada anak, pastikan ibu bapa ambil tahu beberapa perkara ini.

  1. Pastikan bayi telah biasa dengan penyusuan susu ibu.Kerana dibimbangi, apabila bayi kerap menghisap puting ksong, bayi tidak mahu menghisap susu ibu lagi.
  2. Jika bayi menangis, jangan terus berikan puting kosng, tetapi gunakan cara lain seperti memberikan keselesaan dengan menepuk perlahan, menukar posisi bayi. Jika bayi lapar, berikan dulu susu ibu.
  3. Pilih puting yang selamat atau tidak mudah pecah, kerana jika puting yang mudah pecah akan menyebabkan bayi tertelan serpihan menyebabkan bayi tercekik.
  4. Jika bayi tak minat untuk menghisap puting kosong, janganlah dipaksa. 
  5. Pastikan puting sentiasa bersih sebelum diberikan pada bayi. Lalukan dengan air bersih yang mengalir. 
  6. Tahu bila untuk memberhentikan amalan menghisap puting  sebaiknya sebelum gigi susu mula tumbuh. Ada yang berpendapat 6 bulan, ada 9 bulan dan ada yang setahun. Berapa pun umurnya puting kosong ini harus diberhentikan apabila gigi susu mula tumbuh.

Sumber: Klinik Dr Asmah & wanista

Masalah Gigi Antara Sebab Utama Puting Tak Digalakkan Untuk Anak Selain Jangkitan Telinga
Saksikan Pa&Ma episod Kesan Anak Malnutrisi yang akan ke udara 27 November 2018 untuk mendapatkan info lanjut.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI