Kesihatan gigi anak adalah sangat penting bagi memastikan mereka mempunyai senyuman yang cantik lagi menarik dewasa kelak. Ini kerana banyak masalah gigi kanak-kanak yang boleh berlaku kepada mereka jika dibiarkan atau diabaikan.
Namun bukan mudah untuk anak menjaganya sendiri tanpa bantuan daripada anda sebagai ibu bapa.
Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi untuk tahu tentangnya!
Perkembangan gigi kanak-kanak
Sebelum pergi dengan lebih lanjut, marilah kita semua belajar mengenai perkembangan gigi yang akan berlaku kepada si kecil terlebih dahulu.
Sebelum lahir
Semasa dalam kandungan lagi, janin sudah mula membentuk gigi pada awal kehamilan dan tisu pertama tunas gigi bayi terbentuk pada minggu keenam semasa dalam rahim ibu.
Enamel mula berkembang apabila fetus berada pada usia tiga ke empat bulan. Apabila bayi sudah lahir pula, mereka selalunya sudah mempunyai 20 gigi susu di bawah gusi.
Selepas lahir
Kanak-kanak akan mula fasa hendak tumbuh gigi sekitar usia mereka enam bulan dan ini adalah proses di mana gigi susu hendak keluar melalui gusi bagi membolehkan gigi berfungsi.
Kanak-kanak selalunya tumbuh kesemua 20 gigi susu sebelum usia mereka 24 bulan yang selalunya akan keluar mengikut turutan tertentu; gigi kacip, gigi geraham depan, gigi taring dan gigi geraham belakang.
Dari usia 5 hingga 11 tahun, kanak-kanak akan hilang gigi susu yang lain dan digantikan dengan gigi kekal.
Apabila sudah mencapai usia dewasa pula nanti, individu yang normal akan mempunyai 32 batang gigi.
Namun ketahuilah bahawa proses semula jadi ini mungkin akan terganggu dan terjejas akibat masalah gigi kanak-kanak.
Ads
Apakah masalah tersebut? Sila teruskan pembacaan anda!
Buat anda yang bergelar ibu bapa, jangan sesekali mengabaikan kesihatan gigi anak anda kerana ia mungkin akan mendatangkan kesan yang negatif apabila mereka dewasa kelak.
Jadi, sila peka dan ambil tahu mengenai masalah-masalah gigi yang boleh terjadi kepada mereka seperti berikut:
#1. Kaviti
Kebanyakan kanak-kanak masih belum arif tentang cara untuk memberus dan memflos gigi dengan betul tanpa pengawasan ibu bapa mereka,
Tambahan lagi dengan diet yang tinggi gula, maka masalah kaviti adalah satu isu utama buat mereka.
Ia disebabkan oleh plak yang terlekat pada permukaan gigi lantas menyebabkan gigi mereka mereput.
Oleh itu, sila pantau anak anda setiap kali di bilik air untuk memberus dan memflos gigi dengan cara yang betul ya?
#2. Gigi yang sensitif
Masalah ini sangat menjengkelkan buat mereka terutamanya ketika mengambil makanan atau minuman yang sejuk dan manis seperti aiskrim.
Ia mungkin disebabkan oleh pelbagai faktor risiko seperti kaviti, gigi yang berlubang, akar gusi terdedah, tampalan gigi retak atau renggang dan berbagai-bagai lagi.
Jika mereka mengalaminya, segera bawa berjumpa doktor gigi untuk merawatnya.
Ads
#3. Masalah gigi kanak kanak – Gigi tidak rata
Kebanyakan kanak-kanak cenderung mempunyai gigi tidak rata yang seterusnya akan memberi kesan buruk kepada pertumbuhan gigi mereka kelak.
Ini mungkin disebabkan oleh faktor genetik serta saiz dan bentuk rahang yang tidak stabil.
Namun jangan risau kerana masalah ini boleh diselesaikan jika ibu bapa bertindak segera.
Jadi sila bawa anak anda berjumpa doktor gigi dua kali setahun untuk mengenali dan membetulkan masalah gigi kanak-kanak ini.
#4. Tabiat menghisap ibu jari
Tabiat yang dilakukan oleh kebanyakan kanak-kanak untuk mengawal kegelisahan ini sebenarnya boleh jadi isu besar kerana ia boleh menyebabkan gigi tidak selari.
Apa yang dimaksudkan dengan tidak selari di atas tadi ialah keadaan di mana gigi atas tidak selari dengan gigi bawah lantas mewujudkan ruang ketika mulut ditutup.
Kesannya akan membuat mereka sukar untuk mengunyah atau bercakap jika tabiat ini diteruskan sehingga mereka mencapai usia yang lebih tua kelak.
#5. Penyakit gusi
Selain gigi, gusi kanak-kanak juga perlu diperhatikan kerana terdapat beberapa jenis penyakit yang boleh berlaku, antaranya gingivitis.
Gingivitis adalah satu keadaan di mana gusi boleh membengkak dan berdarah dengan mudah ketika mereka memberus atau memflos gigi.
Ads
Ia juga boleh mengakibatkan kebengkakan dan kesakitan pada gusi dan gigi lantas membuat gigi mereka tumbuh dengan tidak betul kelak.
#6. Kecemasan dental
Kecemasan dental ini boleh berlaku pada bila masa-masa sahaja ekoran lumrah sifat kanak-kanak yang serba lasak dan aktif.
Ketika bermain, beriadah atau bertelingkah dengan temannya boleh mengakibatkan gigi anak retak, patah atau tercabut tanpa sengaja.
Oleh itu, sentiasa berwaspada terutamanya ketika si kecil berada di luar rumah untuk beraktiviti bersama teman mereka.
Sebagai ibu bapa, kita semua perlu bertanggungjawab dalam memastikan masalah gigi kanak-kanak ini tidak terjadi. Jadi, sila sentiasa peka ya?
Proses perubahan hormon semasa kelahiran dan melahirkan anak membuatkan haid terhenti seketika. Namun jika haid masih belum lagi datang walaupun selepas setahun melahirkan anak, ada baiknya mama pergi berjumpa doktor untuk pemeriksaan.
Dengarkan perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad, Ahli Jawatankuasa Pusat, Pertubuhan Doktor Islam Malaysia (PERDIM) yang menjelaskan secara terperinci buat semua ibu-ibu.
Selepas melahirkan anak, selalunya wanita akan mengalami gangguan kitaran haid. Selalunya seorang wanita akan mengalami haid semula antara enam hingga dua belas bulan.
Namun jika hal ini berlanjutan lebih dari setahun, terdapat gangguan hormon (ketidakseimbangan hormone) yang serius berlaku dalam tubuh wanita tersebut.
Selain itu selalunya selepas melahirkan anak, seorang wanita dinasihatkan mendapatkan suntikan pencegah kehamilan. Suntikan ini dikenali sebagai Provera (Medroxyprogesterone Acetate) adalah hormon progesterone sintetik yang menggangu kitaran haid.
Masalah berat badan berlebihan dan obesiti juga mengganggu kitaran haid. Obesiti juga mungkin disebabkan oleh masalah kekurangan hormone thyroid (hypothyroidism) di mana mungkin sesetengah orang mengalami masalah kesukaran untuk menurunkan berat badan.
Masalah tekanan emosi sepanjang tempuh pantang seperti tidak cukup tidur kerana memberikan perhatian pada anak dan terpaksa bangun setiap 2 jam bagi menyusukan anak juga mempengaruhi hormone seterusnya mengganggu kitaran haid.
Saya mencadangkan agar puan-puan melakukan pemeriksaan doctor, bimbang ia disebabkan oleh masalah yang lebih besar seperti ketumbuhan atau masalah pramatang menopause yang sering berlaku pada wanita muda di zaman ini.
Selalunya doctor akan membuat pemeriksaan hormon dengan mengambil sampel darah bagi melihat tahap hormone-hormon seperti testosterone, estrogen, thyroid dan beberapa jenis hormone lagi.
Selain itu doctor akan melakukan pemeriksaan ultrasound bagi melihat bayangan organ dalaman seperti ovari, rahim atau mungkin ketumbuhan lain yang ada dalam rongga pelvis.
Pemeriksaan MRI hanya akan dilakukan jika doctor melihat ada sesuatu yang tidak normal dalam pemeriksaan darah atau ultrasound. Jadi proses diagnose yang dilakukan agak rumit dan mengambil masa. Harus bersabar dan menurut saja arahan doctor untuk setiap pemeriksaan.
Kredit: Dr Zubaidi Ahmad
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Disahkan Epidermolysis Bullosa sejak lahir atau penyakit kulit rapuh, kehidupan adik Muhammad Alif , 8 tahun sangat terbatas.
Sejak dari bayi lagi pergerakan Alif Firdaus terbatas. Tak boleh main seperti kanak-kanak normal yang lain dan ahli keluarga terpaksa membantu untuk menguruskannya.
Menurut ibunya, Ruziah Ismail, apabila doktor sahkan Alif Firdaus menghidap penyakit ini, memang terasa berat kerana penjagaannya perlu rapi.
Namun memikirkan ini adalah anugerah Allah yang perlu saya jaga sebaiknya, kami semua berlapang dada. Awalnya tidaklah teruk sangat tapi apabila dia besar semakin teruk.
Walaupun pergerakan Alif Firdaus terbatas tetapi semangat dalam dirinya sangat kuat. Kekurangan dirinya tak menghalang Alif Firdaus untuk ke sekolah menimba ilmu.
Pergerakan terhad
Sebagai ibu, Ruziah menyatakan setiap pergerakan Alif Firdaus kena sentiasa berhati-hati. Dia tak boleh lasak seperti orang lain kerana dibimbangi akan jatuh dan menyebabkan luka bertambah teruk. Kulitnya cukup sensitif.
“Kalau di sekolah, dia tidak boleh ke kantin, tidak boleh bermain dengan rakan-rakan atau menyertai perhimpunan kerana dibimbangi terjatuh dan menyebabkan luka yang dialami semakin teruk.
“Setiap hari juga sebelum ke sekolah saya akan pastikan luka di badannya di balut supaya tak memberi kecederaan serius.
Alif Firdaus ketika masih bayi
“Namun paling menyedihkan perasaan saya sebagai ibu, tiap kali mahu membuka balutan itu selepas pulang sekolah, Aliff Firdaus akan menangis kerana pedih dan sakit. Nak tak nak dia terpaksa reda.
Keadaan Alif Firdaus masa kecil yang tak teruk seperti sekarang
Berulang ke sekolah urus anak
Kagum dengan semangat ibu ini, Ruziah juga sanggup berkorban untuk anaknya. Sekurang-kurangnya tiga kali sehari dia ke sekolah ketika waktu rehat atau pun bila mendapat panggilan dari guru yang Alif Firdaus buang air besar.
Ini kerana Alif Firdaus masih lagi memakai lampin pakai buang dan tak boleh nak uruskan sendiri kerana jarinya kini sudah melekat antara satu sama lain akibat penyakit yang dialami.
Sebulan perlu RM2,000 kos cuci luka
Mengakui bukan senang untuk menghadapi ujian ini, Ruziah dan suami percaya ganjaran dari Allah sangat besar.
“Walaupun bukan dari keluarga senang, sebulan kami terpaksa memperuntukan RM2,000 untuk perbelanjaan cuci luka (dressing) Alif Firdaus.
“Kos ini sangat besar bagi kami selain perbelanjaan membeli lampin pakai buang.
“Kadang-kadang kami terpaksa menempah peralatan untuk cuci luka Alif Firdaus dengan farmasi di Kuala Lumpur memandangkan stok di farmasi Kota Bharu tiada dan masih perlu dapatkan rawatan susulan di Hospital Raja Perempuan Zainab II,” jelasnya
Orang ramai yang ingin mengurangkan beban yang dialami Alif Firdaus boleh menghulurkan bantuan menerusi akaun (7611159603 – CIMB)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak makin melasak kerap terhantuk dan terjatih sampai benjol. Jangan main-main dengan terhantuk kerana ia boleh mengakibatkan pendarahan pada otak.
Menjadi kebiasaan apabila anak makin membesar dan meneroka. Segenap ruang nak dipanjat dan risiko terjatuh dan terhantuk boleh berlaku.
Terhantuk tidak boleh dipandang ringan. Mungkin ada yang beranggapan tak mengapa anak terhantuk, nanti dia akan belajar sendiri untuk berhati-hati. Hakikatnya terhantuk boleh menimbulkan pelbagai kepada kesihatannya, lebih buruk lagi pendarahan otak boleh berlaku.
Dr Ahmad Zubaidi Haji Ahmad mengulas dalam menjawab persoalan mengenai bahaya benjolan pada kepala anak kerana kerap terhantuk.
BAHAYAKAH BENJOLAN DI KEPALA ANAK KERANA KERAP TERHANTUK KEPALA
Salam doktor. Anak saya berusia 2 tahun dan beberapa kali jatuh ke lantai akibat tergelincir. Apa yang saya risau, apakah ia memberikan kesan pada masa akan datang? Sekarang anak saya sihat. Adakah pada masa akan datang kesannya boleh berbahaya? Terima kasih.
Walaikumusalam.
Lapisan kepala terbahagi kepada kulit, tengkorak dan otak. Apabila kepala anak terhantuk ke lantai atau ke dinding, ia menyebabkan kecederaan kepada kulit, tengkorak atau otak.
Kesan bengkakan (benjolan) atau koyakan (luka) pada kulit sahaja tanpa kecederaan kepada otak biasanya tidak bahaya.Dengan menekan luka atau bengkakan menggunakan kain yang bersih, pendarahan akan berhenti dan bengkakan(benjolan) akan mengecut.
JIKA LUKA BESAR
Jika luka terlalu besar dan pendarahan terlalu banyak, bawalah anak ke klinik selepas membalut luka tersebut. Jika tidak dibalut , pendarahan yang banyak berlaku sebelum anak sempat ke hospital.
BAGAIMANA BENJOLAN TERBENTUK
Benjolan pada kepala hanyalah disebabkan oleh pendarahan yang berkumpul di bawah kulit. Jadi ada darah beku yang tidak berbahaya di antara kulit kepala dan tengkorak. Ia tidak berbahaya dan akan hilang dengan sendirinya selepas 1-2 minggu.
Anak selalu mengadu rasa sakit di tempat benjolan tersebut. Boleh letakkan ais yang dibalut dengan tuala bagi mempercepatkan benjolan tersebut mengecil.
SIMPTOM BENJOLAN YANG BERBAHAYA
Jika benjolan ini terlalu besar, dan anak menunjukkan tanda-tanda tidak aktif, bawalah ke klinik atau hospital kerana itu mungkin menunjukkan tanda pendarahan dalam otak.
Kecederaan kepada tengkorak dan otak adalah lebih serius. Selalunya ia berlaku bila ada hentakan yang lebih kuat atau terjatuh dari tempat tinggi.
Kedua-dua kecederaan pada tengkorak dan kecederaan pada otak boleh menyebabkan pendarahan dalam otak. Ini kerana otak adalah organ yang lembut dan mudah berdarah.
TANDA-TANDA PENDARAHAN PADA OTAK AKIBAT HENTAKAN
Antara tandanya ialah:
1. Pengsan.
2. Tidak bermaya.
3. Hilang ingatan atau keliru.
4. Sawan.
5. Muntah.
6. Tidak boleh bercakap dengan betul.
7. Pendarahan darihidung dan telinga.
8. Penglihatan menjadi kabur.
SEGERA BAWA ANAK KE HOSPITAL
Bawa terus anak ke hospital untuk pemeriksaan. Kecederaan tengkorak adan otak memerlukan pemeriksaan CT scan.
Namun mungkin doktor yang memeriksa tidak menahan anak di wad dan dibenarkan balik kerana tanda-tanda yang disebut tadi sangat kecil dan anak sudah kembali aktif.
PEMANTAUAN/ PEMERHATIAN SEKURANG-KURANGNYA 24 JAM
Doktor akan menasihatkan agar ibubapa melakukan pemerhatian sekurang-kurangnya 24 jam. Jika ia berulang harus dibawa ke hospital segera.
Jika anak tidak menunjukkan tanda-tanda kecederaan otak’ keberangkalian anak mengalami pendarahan dalaman otak adalah tipis. Insya Allah mereka akan pulih sepenuhnya.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.