“MashaAllah, 3 Tahun Dah Hafaz.” Betty Rahmad Kongsi Rutin Wira Lancar Baca Al-Quran

Share

Betullah orang kata, anak-anak kecil ini mudah belajar sesuatu bila ia dah menjadi kebiasaan. Apa yang dia lihat dan dengar itu yang dia akan ikut. Begitu juga anak kepada selebriti Betty Rahmad, Ardy Wira yang kini berusia 4 tahun.

Gelagat dan kepetahan Wira bila bercakap macam orang dah besar. Tambah pula dalam satu video terbaru yang dikongsikan oleh Betty, menunjukkan dia membaca beberapa surah al-Quran dan telah menarik perhatian ramai.

Bila dengar Wira mengaji siap dengan bertaranum, kita pula rasa kagum dengan didikan Betty dan suami.

Dalam video tersebut, memaparkan Wira yang lengkap berkopiah sedang membaca beberapa surah. Permulaan bacaannya dengan surah Al-Fatihah diikuti surah Al-Ikhlas dan seterusnya surah An-Nas.

Menurut Betty sudah menjadi kebiasaan buat Wira sebelum tidur, dia akan membaca surah-surah tersebut.

“Tetapi ini versi yang kononnya dia berangan baca, konon-konon tengok al-Quran dan taranum. MasyaAllah semoga terang hati, jadi pencinta al-Quran, membesar dengan sihat dan dilindungi Allah SWT,” tulisnya.

Sehingga kini, video Wira itu telah menerima lebih 11 ribu tanda suka dan banyak komen yang positif dan mendoakan Wira menjadi anak soleh.

Tambah Betty lagi, sebagai ibu dia mengharapkan Wira akan menjadi anak yang mencintai al-Quran. Malah dia tak menyangka pun Wira menunjukkan bakatnya dalam bertaranum.

“Masyaallah itulah, tak ada siapa ajar dia taranum ni. Dia selalu dengar bila saya buka al-Quran melalui Muslim pro,” katanya.

Untuk rekod, Betty dikurniakan cahaya mata sulung, Ardy Wira pada 19 Januari 2019 selepas mendirikan rumah tangga dengan Ardy Damis pada Februari 2018.

Kredit: IG Betty Rahmad

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Anak belum lancar membaca? Belajar cara mudah nak ajar anak tanpa perlu rasa stres, daftar secara percuma di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-cepat-belajar/

 

IKLAN