Teringin nak makan mashed potato atau kentang putar seperti yang beli di restoran makanan segera? Haa ni resipinya yang boleh buat sendiri. Sangat-sangat mudah. Modal pun tak mahal tapi boleh dapat banyak bekas.

Puas anak-anak makan. Tak mahu makan nasi pun tak apa, sebab kentang pun dah boleh mengenyangkan. Cara nak buat dan masak pun tak sukar. Mesti cuba kalau nak tahu kesedapannya.

RESIPI MENARIK [Pau Kacang Merah Gebu. Sejuk Pun Masih Lembut, Senang Step Nak Buatnya!]

Ini resipi yang dikongsikan oleh Cik Lyns Kitchen.

Mashed Potato Padu Dengan Sos Black Pepper. Rasa Lemaknya Semua Cukup!

MASHED POTATO GRAVY PADU

8 biji kentang (Russet Potato – cari kat pasaraya)
1 kotak kecil susu segar
Sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar)
Secukup rasa serbuk lada hitam dan lada sulah

1. Kentang dikupas kulitnya dan dipotong. Masukkan kentang ke dalam periuk dan rebus dengan air yang secukupnya sehingga kentang tenggelam. Rebus dalam masa lebih kurang 10 hingga 15 minit dengan api sederhana.

IKLAN

2. Bila kentang sudah empuk, toskan air.

3. Masukkan sedikit butter dalam kentang dan lenyek.

4. Masukkan lada sulah dan lada hitam mengikut citarasa. Kalau nak pedas boleh letak lebih.

5. Tuangkan susu sikit demi sedikit (ikut citarasa sebab fungsi susu ini untuk buat mashed potato rasa berlemak dan gebu) dan lenyek lagi sehingga rata. Saya guna hand blender nak senang, dapat tekstur halus.

Mashed Potato Padu Dengan Sos Black Pepper. Rasa Lemaknya Semua Cukup!

IKLAN

SOS (GRAVY) :

1 labu bawag besar (potong dadu)
2 ulas bawang putih (potong dadu)
4 sudu butter
2 sudu tepung gandum @ jagung
2 kiub ayam
Lada hitam dan sulah
2 1/2 cawan air

1. Cairkan butter dlm kuali dan tumiskan bawang (api sederhana). Biarkan dia bertukar warna sedikit perang (warna caramel).

2. Masukkan tepung gandum / jagung kacau terus ye sehingga tepung jadi warna coklat atau sehingga warna sos yang disukai.

IKLAN

3. Masukkan air (sikit-sikit sambil kacau) dan kacau sehingga sebati. Tutup api masuk dalam blender. Blend sampai semua hancur. Masak semula atas api sederhana.

4. Masukkan kiub ayam dan juga masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa mengikut citarasa.

5. Kalau kuah terlalu pekat, tambahkan lagi sedikit air.

6. Kacau sehingga rata dan tutup api. Jika sos kentang putar berketul, masukkan sos ke dalam blender dan blend sampai tak berketul.

Kredit: Cik Lyns Kitchen

LAGI RESIPI SEDAP [Resipi Aiskrim Vanilla Magnum Homemade. Makan Sejuk, Terasa Nikmat Coklatnya!]

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI