Rumah yang ada anak kecil, tak sah kalau tak ada mainan. Mainan dan anak ibaratnya tak boleh dipisahkan. Walaupun dah ada mainan yang sama di rumah, bila keluar, nampak lagi di kedai tetap mahukannya.
Apa pun sebagai ibu bapa, waktu inilah kita nak layan anak. Sebabnya dengan permainan anak-anak kita boleh jadi lebih kreatif dan bagus untuk perkembangan mereka. Cuma yang ibu ayah rasa tak best bila mainan berselerak dan terpijak mainan tersebut. Ini memang boleh buat mood berubah!
Bagaimanapun, kita sebagai ibu ayah boleh mendisiplinkan anak dari awal. Lepas main mesti kemas. Masing-masing ada pendekatan dan kenal perangai anak masing-masing. Lagi awal dibiasakan, lagi mudah nak ajar anak. Bila anak dah besar baru nak ajar, itu agak sukar sikit.
Seperti perkongsian ibu ini di FB RaRa Ummu Rania, sejak dari anak pertama lagi dah ajar disiplin dan ‘audit mainan’. Sehinggalah dah dapat anak keempat, disiplin ini dipraktikkan dan hasilnya semua koleksi mainan dari anak sulung sehingga dapat adiknya masih elok dan tersimpan kemas.
Buat sticker untuk dilekatkan di bekas mainan anak. Senang dan tak bercampur
Ni sharing kemas mainan anak.. Inspirasi dari Dr Hani Mynis. Cara nak disiplinkan anak untuk bermain dan kemas semula memang mencabar..
Ads
Cara untuk bertabah sebagai seorang ibu :-
– kalau larat kemas je jangan banyak bebel, kalau time tak larat biar je bersepah dulu, biar sedar dan bersyukur rumah bersepah tandanya ada anak yang pintar sedang bermain.
– ingat konsep bermain adalah belajar, bermain sambil belajar, bermain adalah keperluan anak, learning through play, dan lain-lain.
Ads
Peraturan bermain anak saya :-
– main satu jenis permainan sahaja dalam satu masa.
– bila nak tukar mainan lain, minta anak kemas dulu simpan dulu mainan yang pertama dia ambil tu..
Ads
Bekas plastik untuk simpan mainan tu beli seragam kat Mr.DIY selepas join group #kemasrumahwithhani ni..Beli sikit-sikit sampai complete rak tu.
**Dengan sukacitanya kami telahpun umumkan Jenama Pilihan Pa&Ma! Untuk senarai penuh dan bagi memastikan Jenama Pilihan Pa&Ma 2021 akan terus menjadi rujukan ibubapa boleh klik ke https://jenamapilihan.majalahpama.my/
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu bapa yang ada anak kecil, pasti tak akan terlepas melalui pengalaman anak meragam ketika makan di luar. Hinggakan ibu bapa pun perlu makan dengan cepat bagi memastikan mood anak berada dalam keadaan baik.
Ini kerana ada sesetengah anak, kalau dah rasa bosan, dia terus menangis tanpa bagi hint dulu. Keadaan ini yang cukup dirisaukan. Bagi membantu ibu bapa, Dr Taufiq Razif berkongsi caranya ‘melekakan’ anak ketika bawa ke kedai makan. Yang penting NO GAJET!
Anak menangis di kedai makan? Dulu saya pening juga bila anak-anak menangis dan merengek ketika di kedai makan.
Kita punya la nak enjoy makan tiba-tiba waktu itulah mereka menangis. Hinggalah saya acknowledge diri mereka. Menangis dan merengek tu tak salah. Tu memang nature anak-anak kita. Tu memang kerja mereka.
Ibu ayah lah kena cari jalan kreatif macam mana nak urus sifat tersebut. Saya dulu nampak solusi nak diamkan anak menangis di meja makan atau restoran ni cuma handphone je.
Bawa buku dan mainan
Rupanya saya silap! Ada lagi cara yang lebih berkesan untuk anak diamkan mereka. Sebenarnya perlu bawa buku dan mainan sahaja! Ni namanya Misdirection. Kita bawa fokus mereka daripada emosi dalaman mereka kepada fokus kepada buku dan mainan di depan mereka.
Sejak saya tahu ilmu ni memang berubah terus perangai anak saya di meja makan. Cuma memang pelik sikitlah dalam budaya kita di Malaysia ni bawa buku dan mainan ke restoran tapi saya pedulikan je sebab insyaAllah alah bisa tegal biasa.
Biarlah saya yang mulakan dulu, nanti lama-lama nanti ramailah ibu ayah yang akan ikut cara ni.
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangis pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon wanita yang juga ibu kepada enam orang cahayamata, Ozlyn sememangnya terkenal sering berkongsi pelbagai cerita rutin hariannya menguruskan rumah tangga dan anak-anak di laman Instagram miliknya.
Dalam perkongsiannya, isteri kepada pelawak dan DJ radio terkenal, Johan ini sering berkongsi menu masakan hariannya untuk hidangan keluarga kepada pengikut-pengikutnya sebagai salah satu cara memberi idea masakan kepada mereka.
Selain daripada itu Ozlyn juga sering menyelitkan perkongsian positif tentang tip bahagia rumah tangga dan mendidik anak.
Dengan gaya penulisan santai dan berunsurkan jenaka yang sering diselitkan ayat suka mengusik suaminya, para peminat sering menjadikan posting-posting Ozlyn sebagai salah satu rujukan untuk idea memasak dan tip keibubapaan serta kebahagiaan rumah tangga.
Ramai peminat yang mengagumi cara mendidik anak yang dipraktiskan oleh Ozlyn dan Johan yang sangat menitik beratkan soal didikan agama dan disiplin membantu ibu bapa membuat kerja rumah.
Selain daripada itu, dalam posting terkininya Ozlyn tidak lupa menitipkan pesanan buat semua para suami agar sentiasa menghargai pengorbanan para isteri. Katanya dalam hidup berumah tangga, suami sebagai ketua kena bertanggungjawab menguruskan segala kerja-kerja rumah dan tugas mendidik anak-anak.
Ini kerana pada pendapatnya, ramai para isteri sudah banyak membantu mengurangkan bebanan suami dari segi kewangan dan menguruskan rumah tangga.
Ozlyn turut mengingatkan kepada para suami agar tidak mengambil kesempatan pada isteri yang bergelar suri rumah tangga kerana tanpa sedar mereka
Bekal sekolah budak-budak. Letak telur, diaorang tak nak telur mata.
Papa sudah dua hari terlantar bila bangun haa dia ambil alih balik tanggungjawab!
Cuci bilik air, vacum bilik, kemas katil, ajar mengaji dan solat berjemaah sama…yes!
Memang aku ajar laki aku buat kerja rumah sama-sama. Tak buat memang aku naik hantu sebab itu bukan tanggungjawab seorang isteri pun.
Sebenarnya sudah banyak isteri tolong kurangkan beban suami kan. Kadang yang memang betul-betul suri rumah paling kesian. Duduk rumah sampai tak sempat tengok dunia luar. Buat kerja rumah, urus anak, urus suami.
Harap suami hargailah pengorbanan isteri-isteri kau orang. Ada rezeki lebih bawa la jalan-jalan. Kadang tak perlu shopping pun, bawa pergi pasar malam pun dah bersyukur.
Tapi tak dinafikan juga pengorbanan suami dalam mencari rezeki. Buat isteri, jangan putus doa untuk suami tau. Suami senangkan hati isteri, InsyaAllah lagi mudah segalanya.
“Apa-apa pun saya sayang Papa. Alhamdulillah Papa dah sihat. Harap papa boleh belanja mama makan roti canai favourite mama.” demikian tulis Ozlyn dalam Instagramnya.
Bila ada anak kecil, sofa, karpet, kusyen memang tak boleh elak dari kesan kotoran akibat makanan atau minuman tumpah. Tambah pula, material tersebut berasaskan kain. Jadi bila ada kesan tumpahan tersebut, lagi nampak jelas tompokannya.
Kadang nak marah pada anak kecil pun bukan dia faham lagi. Sebagai alternatif untuk bersihkan kesan kotor pada sofa atau karpet boleh gunakan cara ini. Tak perlu nak upah orang bersihkan atau beli pencuci mahal.
Berikut dikongsikan tip Nurul Wahyu. Berkesan dan jimat bajet!
Tipnya cuma bersih guna air panas
Bagi yang ada sofa warna cerah tapi kotor jangan susah hati. Ada cara untuk bersihkan kembali.
Caranya:
1. Sediakan air panas kemudian ambil kain bersih lalu rendam dalam air panas. Disebabkan air panas, kita kena tahan sikitkan. Boleh juga guna sarung tangan plastik yang tebal.
2. Kemudian lap kain panas tadi di permukaan sofa yang kotor itu. Ulang sampai kotoran hilang.
3. Seterusnya lap dengan kain kering. Boleh juga buka kipas untuk cepat kering atau gunakan pengering rambut.
4. Bila dah kering, kita akan lihat kesan kotor atau tompokan pada sofa dah hilang.
Boleh juga guna cara ini untuk kotoran degil
Satu lagi cara boleh gunakan pencuci ini
Ia didatangkan dengan berus bulat di bahagian penutup.
Caranya cuma goncang tin dan sembur pada bahagian sofa yang kotor.
Buih putih akan keluar dan sembur rata pada kotoran.
Kemudian gunakan berus yang disertakan untuk bersihkan kotoran degil. Biarkan sekejap dan ambil kain bersih lap dan tekan bahagian yang digosok itu.
Ulang sampailah kotoran hilang. Cara ini sesuai untuk sofa yang terkena kotoran degil. Selain bersihkan sofa, boleh juga guna untuk karpet dan kusyen kereta. Harganya satu tin pun tak mahal lebih kurang RM6 saja.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.