Masuk 3 Bulan Ayra Dah Pandai Borak. Dr Izzar Pesan Rajin Layan Kalau Nak Perkembangan Cepat

Share

Dah masuk 3 bulan usia Ayra Aneesah, nampaknya dah makin pandai melayan orang bercakap. Suka mengagah dan pandai berinteraksi buatkan ramai yang geram dengan gelagat anak dara Ummi Nazeera.

Melalui perkongsian dari daddy Ayra Dr Izzar, nak pastikan perkembangan anak normal terutama dari aspek percakapan dan bahasa, sebagai ibu bapa kita kena rajin melayan anak.

Tak boleh ada istilah jemu. Mainlah dengan anak-anak tu sepuasnya. Kalau bukan kita sendiri yang layan siapa lagi kan?

Mungkin pada permulaannya macam tak ada respon tapi lama-kelamaan anak makin selesa dan boleh menerimanya. Barulah perkembangan anak kita tak lambat.

Salah satu perkembangan bayi yang kita patut tengok adalah perkembangan speech/language. Ibu bapa memainkan peranan yang amat penting untuk perkembangan bayi ni. Antara milestone speech/language baby berumur 3 bulan adalah:

1) Bersuara bila kita bercakap dengan dia @ 8weeks
2) Jeritan nyaring/ squeel yang gembira
3) Sebut ‘aah’ atau ‘naah’ bila sembang dengan dia
4) Berpaling ke arah bunyi pada level yang sama

Sumber: ig izzar

 

IKLAN