Terbaru, pelakon dan usahawan Yana Samsudin memaklumkan dirinya sedang hamil enam bulan. Berkongsi berita itu kepada umum ketika majlis pelancaran produk minuman susu oat jenamanya iaitu Bagoos yang berlangsung di KLCC.
Menurutnya tiada niat untuk menyembunyikan kehamilan cahaya mata ketiganya itu, sebaliknya lebih selesa untuk tidak menghebohkan kepada umum.
Berbeza dengan kehamilannya sebelum ini untuk anak yang pertama dan kedua, suami berkongsi berita gembira tersebut. Namun untuk anak yang ketiga ini Yana akan maklumkan bahawa dirinya tengah hamil jika ada yang bertanya dan lihat perubahan fizikal saya.
Ads
“Memang cara saya daripada anak pertama dan kedua bila usia dah tujuh lapan bulan baru hebohkan pada orang ramai. Sebabnya saya kan ada PCOS (sindrom ovari polisistik) yang saya tak tahu tarikh subur. Saya pula dah tiga kali keguguran.
“Bagi saya, kalau masih awal hamil itu kalau tak cakap pun tidak apa lagi kot. Tiada niat pun tak nak beritahu, siapa nampak saya tidak menidakkan. Alhamdulillah dah enam bulan, insya-Allah hujung bulan Januari atau awal Februari tahun depan saya bersalin,” jelasnya.
Ads
Ads
Dalam masa sama, Yana turut berkongsi pengalaman dengan mendedahkan dirinya mengalami alahan yang teruk sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital beberapa kali untuk kandungan kali ini.
“Saya alami alahan yang sangat teruk. Siang malam rasa susah nak bangun. Baring je selalu, nak makan pun tak lalu sangat. Sampai banyak kali juga masuk keluar hospital.
“Masuk air dalam badan banyak kali, masukkan vitamin juga. Sampai dah masuk kandungan lima bulan baru okay sikit. Dah la masa lima bulan tu saya diuji juga dengan Influenza A,” kongsinya lagi yang akan melahirkan zuriat ketiganya itu dengan kaedah pembedahan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Murid Pasti dinobat juara dunia pidato Bahasa Inggeris. Amatullah Hamidah Muhammad Luqman Al Hakim, 7, berjaya mengharumkan nama negara apabila memenangi tempat pertama dalam pertandingan pidato bahasa Inggeris yang dianjurkan Global Arts, Sports and Culture Association (GASCA) berpangkalan di Hong Kong, China pada 23 Januari lepas.
Murid Pasti Dinobat Juara Dunia Pidato Bahasa Inggeris
Membaca dan menghafal ayat suci al-Quran pada setiap hari adalah antara resipi kejayaan seorang murid Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Al-Furqan, Chendering itu. Kanak-kanak itu merangkul gelaran Juara Dunia pada Pertandingan Pidato Bahasa Inggeris Kanak-kanak dan Belia Antarabangsa Kali Ke-63.
Ibunya, Hasmah Darwis, 31, berkata, kejayaan tersebut didorong oleh amalan membaca dan menghafaz al-Quran sepanjang masa yang diterapkan sejak kecil.
“Sejak Amatullah Hamidah kecil, saya dan suami, Muhammad Luqman Al-Hakim, 32, sentiasa mengalunkan zikir selain mengajar anak membaca al-Quran bagi mencerdaskan dan memiliki fikiran yang tenang supaya mudah menerima ilmu.
“MENGHAFAL AYAT SUCI AL-QURAN SALAH SATU KUNCI KEJAYAAN UNTUK ANAK-ANAK INI MEMILIKI DAYA INGATAN KUAT SERTA MENGUKUHKAN KEFAHAMAN TENTANG SESUATU PERKARA.
“Alhamdulillah, amalan yang sentiasa diterapkan itu membantu kejayaan anak saya dalam menunjukkan bakat dan potensi berpidato dalam Bahasa Inggeris dengan cemerlang sekali gus mengharumkan nama negara apabila memenangi pertandingan pidato Bahasa Inggeris ini,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Amatullah Hamidah (kiri) bersama ibunya, Hasmah (dua dari kiri)
Selain itu, Hasmah berkata, kesungguhan dan kegigihan berlatih pada setiap hari juga antara faktor yang menyumbang kepada kejayaan Amatullah Hamidah dalam memenangi pertandingan tersebut.
“Saya dan suami sentiasa memberi sokongan dan semangat kepada Amatullah Hamidah untuk berlatih.Setiap hari dia akan meluangkan masa selama setengah jam untuk berlatih berpidato.
“Malah kami akan belanja dia makan dan membawa ke tempat yang menarik seperti pantai sebagai tanda menghargai kesungguhan dirinya berlatih sekali gus tanda penghargaan dan sokongan ibu bapa kepada anak-anak dalam melakukan sesuatu perkara ” jelasnya.
Amatullah Hamidah (kanan) bersama ibunya, Hasmah (kanan) berserta ayah dan adiknya
Dalam pada itu, Hasmah juga sering menerapkan amalan dan ajaran yang baik kepada Amatullah Hamidah bersama adiknya, Amatullah Habibah, 6, dari sejak kecil bagi memastikan anak-anaknya itu menjadi insan yang berguna pada agama dan bangsa kelak.
“KAMI KURANGKAN ANAK-ANAK TERDEDAH PADA PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT DENGAN MENGEHADKAN PENGGUNAANNYA AGAR MEREKA TIDAK TERLALU LEKA.
“Kami juga selalu membawa anak-anak ke majlis ilmu seperti ceramah agama bagi memastikan mereka berpeluang mendapat ilmu agama daripada para ulama sekali gus memupuk rasa cinta pada agama dan ibadah,” ujarnya.
Justeru, Hasmah berkata, kejayaan anaknya itu dapat menjadi inspirasi kepada seluruh masyarakat dan murid Pasti dari seluruh negara supaya berani mencabar diri dalam menonjolkan bakat masing-masing.
“Saya mengharapkan anak saya ini berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Saya harap Amatullah Hamidah berjaya menjadi pakar bahasa Arab.
“Selain itu, saya juga berharap dia berjaya menjadi penghafaz al-Quran yang memahami dan menghayati kandungan kitab suci berkenaan dalam kehidupan seharian,” katanya.
Anak-anak Sari Yanti teruja sambut merdeka, “Semoga semangat ini tetaplah sampai tua.” Setiap tahun, bulan Ogos adalah bulan yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia kerana ia adalah bulan di mana kita meraikan hari kemerdekaan negara. Sambutan kemerdekaan bukan sahaja penting bagi golongan dewasa, tetapi juga bagi kanak-kanak, terutamanya mereka yang berada di tadika dan pra sekolah.
Anak-anak Sari Yanti Teruja Sambut Merdeka, “Kibar Bendera Laung Merdeka & Lambai lambai”
Sambutan bulan kemerdekaan di kalangan kanak-kanak di tadika dan pra sekolah adalah satu langkah yang penting dalam membentuk generasi yang mencintai negara. Melalui aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dan pembelajaran yang kreatif, kanak-kanak dapat memahami konsep kemerdekaan dan menghayati nilai-nilai patriotisme.
Sambutan ini bukan sahaja memberikan keseronokan kepada kanak-kanak, tetapi juga menyemai semangat cinta akan negara dalam diri mereka sejak kecil. Tidak terkecuali anak-anak Sari Yanti, mereka juga begitu teruja menyambut bulan kemerdekaan.
Berikut hantaran yang dimuatnaik oleh Sari Yanti di laman Instagramnya.
Lain macam ya kelam kabut pagi tadi nak siapkan anak anak, Dariya pulak asyik remind mama je jangan lambat hari ni nak nyanyi lagu Negaraku. Dia memang paling tak sabar nak pegi sekolah.. nak nyanyi punya pasal.
Adik adik dia pulak Sorang tak nak pakai tanjak sorang nak sambung tido.. Ya Allah..
Alhamdulillah dah selesai pun selamat ke sekolah semuanya sempat nyanyi Negaraku.
Kibar bendera laung merdeka dan lambai lambai.. syukur Allah mudahkan urusan mama dan anak anak hari ni.. semoga semangat ni tetaplah sampai tua. Malah lebih lagi.
Sayangilah negara kita Anak anakku. Tanah tumpahnya darah kita.
Kenapa Setiap Ibu Perlu Sediakan First Aid Kit di Rumah?
Kecemasan boleh berlaku bila-bila masa—terutama apabila anda ada anak kecil di rumah. Luka terjatuh, gigitan serangga, atau demam panas secara tiba-tiba bukanlah perkara luar biasa dalam kehidupan seharian sebagai ibu. Justeru itu, memiliki First Aid Kit (Kotak Kecemasan) di rumah bukan lagi pilihan, tetapi satu keperluan.
Apa Itu Kotak Pertolongan Cemas?
First Aid Kit ialah satu set lengkap peralatan dan ubat-ubatan asas yang digunakan untuk merawat kecederaan ringan atau memberikan bantuan awal sebelum rawatan profesional diperoleh.
Kenapa Penting untuk Ada di Rumah?
Tindakan Segera: Kecederaan kecil seperti luka, lebam atau melecur boleh dirawat serta-merta.
Kurangkan Risiko Komplikasi: Rawatan awal membantu elakkan jangkitan atau keadaan menjadi lebih serius.
Tenangkan Anak dan Diri Sendiri: Sebagai ibu, anda akan lebih yakin dan tenang jika tahu apa yang perlu dilakukan.
Penjagaan Sementara Sebelum Ke Klinik: Kadang-kala, bantuan segera diperlukan sebelum boleh mendapatkan rawatan lanjut.
Apa yang Patut Ada dalam First Aid Kit?
Berikut ialah senarai asas yang perlu ada dalam setiap kit:
Plaster pelbagai saiz
Kasa steril dan pembalut luka
Antiseptik (contoh: cecair iodine atau alkohol)
Krim untuk luka atau melecur
Gunting dan pinset
Termometer
Ubat demam dan selsema untuk kanak-kanak dan dewasa
Salap untuk gigitan serangga
Sarung tangan pakai buang
Buku panduan pertolongan cemas
Tips Tambahan
Simpan kit di tempat mudah dicapai tetapi selamat daripada kanak-kanak.
Semak kandungan secara berkala – pastikan tiada yang tamat tempoh.
Sediakan satu lagi kit mudah alih untuk dibawa dalam kereta.
Sebagai ibu, anda adalah “doktor pertama” dalam keluarga. Menyediakan First Aid Kit di rumah adalah satu langkah bijak dan bertanggungjawab. Ia bukan sahaja membantu menyelamatkan masa, tetapi boleh menyelamatkan nyawa dalam situasi tertentu. Pastikan anda bersedia – kerana kemalangan tidak berbau.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.