Pelakon, Puteri Sarah yang sedang hamil tujuh bulan mengakui tidak sabar menunggu detik kelahiran anak keduanya tidak lama lagi.
Isteri kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof itu mengakui rasa berdebar tetap ada kerana dalam tempoh dua bulan setengah lagi akan bertambah seorang ahli keluarganya.
Menginjak ke trimester ketiga kehamilan juga, Puteri Sarah dah makin kuat dan bertenaga berbanding di awal kehamilannya sebelum ini yang kerap sakit kepala hingga tahap nak hantuk kepala ke dinding kerana tak tahan sakit.
Kesakitan itu bukan hanya sesekali datang, ada ketika dirasai sepanjang hari.
Selain itu, Puteri Sarah juga tiada selera menjamah hidangan yang sudah dimasak lama.
Mengetahui diri sedang hamil merupakan saat yang sangat menggembirakan. Namun, terdapat beberapa perubahan semasa hamil perlu diketahui agar ibu tidak terkejut dengan perubahan yang bakal dialami.
Jangan ada rasa takut kerana ia sebenarnya pengalaman terindah buat ibu hamil yang bukannya di alami oleh semua orang. Mungkin bagi setiap individu ia berbeza-beza. Jom baca apa perubahan yang berlaku untuk pengetahuan bakal ibu seperti dikongsikan oleh Aya Chalo dalam blognya.
Apabila hamil, perkara terawal yang kerap dialami adalah perubahan warna di sekitar payudara yang akan menjadi lebih gelap berbanding biasa. Ini disebabkan oleh peningkatan kadar estrogen.
Ibu juga mungkin mengalami sengal-sengal atau gatal di bahagian puting atau areola kerana pembuluh darah mengembang. Payudara juga akan membesar lebih daripada biasa.
Ketika hamil, garisan tegak berwarna gelap akan timbul di bahagian tengah perut. Gunakan losyen pelembab untuk mengurangkan garisan halus tersebut. Losyen juga bagus untuk mengelakkan atau mengurangkan kesan “stretch mark” di bahagian bawah perut ibu.
Terdapat ibu hamil yang akan mengalami perubahan fikizal ini. Leher, celah ketiak, paha menjadi lebih gelap seakan-akan berdaki. Perubahan ini adalah normal. Ia akan hilang selepas bersalin. Namun, selepas bersalin, ibu dinasihati agar mandi lulur agar daki-daki tersebut hilang dengan pantas.
Rambut akan menjadi lebih tebal dan kurang gugur di sepanjang tempoh kehamilan. Ini disebabkan oleh peningkatan kadar estrogen. Namun, selepas bersalin, rambut ini mula gugur. Tu yang rambut banyak gugur terutama bila baby dah memasuki 3-4 bulan tu.
Perubahan hormon menyebabkan gusi lebih terdedah kepada jangkitan dan kadangkala mulut menjadi kering. Alahan dan kerap muntah mengakibatkan gigi terdedah kepada asid perut yang boleh menyebabkan gigi terhakis dan haus. Jadi, ibu perlu meningkatkan kebersihan mulut dan gigi agar mengurangkan risiko masalah gigi dan gusi.
Semasa hamil, tidak semua ubat boleh diambil oleh ibu. Ibu wajib mendapat nasihat doktor sebelum mengambil mana-mana ubat.
Pengambilan ubat yang tidak dipantau boleh membahayakan bayi. Namun, ibu amat digalakkan untuk mengambil vitamin tambahan seperti asid folik, zat besi, vitamin c dan vitamin b complex.
#7: Berlaku Pigmentasi
Disebabkan peningkatan hormon estrogen di dalam badan ibu hamil turut memberi perubahan kepada kulit ibu. Pigmen mungkin akan lebih banyak timbul di bahagian muka. Oleh itu, jangan abaikan penggunaan pelindung sinaran uv untuk mengelakkan pigmen bertambah gelap dan kekal walaupun selepas bersalin.
Ramai ibu mengeluh kerana semakin menjadi pelupa ketika hamil. Ini dinamakan momnesia ataupun pregnancy brain .Kajian menunjukkan, penurunan memori ini adalah disebabkan kurang tidur, stress dan kurangnutrisi kehamilan.
Semasa hamil, peningkatan kadar lelehan cecair berwarna putih atau pucat melalui vagina akan kerap terjadi. Ini disebabkan oleh peningkatan hormon dan aliran darah ke vagina.
Untuk mengatasi masalah ini, ibu boleh menggunakan pantyliner untuk menjaga kebersihan. Jika cecair ini berubah warna ke kekuningan, kehijauan dan menyebabkan kegatalan, sila berjumpa doktor dengan segera kerana itu tanda berlakunya infection. Infeksi boleh membahayakan bayi.
Situasi ini kerap berlaku di awal kehamilan sehingga minggu ke 28. Kandungan yang semakin membesar menekan pundi kencing dan menyebabkan ibu kerap berasa ingin membuang air kecil. Ini juga berlaku disebabkan oleh peningkatan darah di dalam badan yang menyebabkan lebih banyak air dihantar ke ginjal untuk diproses.
Walau apa pun perubahan yang ibu alami, dinasihatkan ibu untuk sentiasa berbincang, mendapatkan pandangan atau nasihat daripada rakan, adik beradik atau doktor untuk memastikan bayi dilahirkan dengan sihat dan selamat.
Anemia ialah suatu keadaan di mana ada kekurangan kandungan sel darah merah di dalam darah. Apabila berlaku, ia boleh mengakibatkan si pesakit kelihatan pucat dan mudah rasa penat. Atas sebab inilah, para wanita hamil perlu sentiasa menjaga paras hemoglobin (Hb) agar tidak rendah.
Sekiranya tahapnya rendah atau di paras yang berkemungkin akan terus turun serta tidak dirawat daripada awal, ketahuilah kesan yang bakal menyelubungi anda adalah bayi boleh dilahirkan awal (pramatang), bayi lahir dengan berat lahir yang rendah atau bayi itu sendiri berkeadaan pucat.
Risiko kepada diri anda sendiri pula bakal mendedahkan kepada proses pemindahan darah. Hal ini perlu dilakukan kelak bagi memastikan anda cukup darah. Selain itu ada juga kes di mana wanita hamil yang mengalami anemia ini lebih cenderung untuk mengalami masalah kemurungan selepas bersalin.
Pasti anda tidak mahu ia berlaku ke atas diri anda, bukan? Paling membimbangkan ialah anemia turut menyumbang kepada kes di mana rahim lambat mengecut selepas kelahiran. Keadaan ini turut dikenali sebagai uterine atony.
Antara makanan yang disarankan untuk naikkan HB ibu hamil;
Tembikai
Buah ini kaya dengan vitamin A. Selain daripada terkenal sebagai berkesan dalam memperbaiki kesihatan mata, ia juga berkesan membantu meningkatkan jumlah sel darah merah. Ia dapat menolong zat besi dalam hemoglobin untuk mengikat oksigen.
Jambu batu
Buah-buahan mempunyai vitamin C yang membantu dalam fungsi penyerapan zat besi ke dalam tubuh. Dikatakan, jambu batu memiliki kandungan viramin C dua kali lebih banyak daripada yang terkandung di dalam buah oren.
Buah-buahan kering
Ia amat sesuai untuk jadikan kudapan kerana ia juga membantu menambah darah. Ambillah kismis, kurma, prun, aprikot dan buah tin. Kesemua jenis buah-buahan kering bukan sahaja sedap, malah ia turut memiliki kandungan zat besi yang baik untuk meningkatkan hemoglobin dalam darah.
Ikan
Ikan mengandungi asid lemak omega-3. Sebagai contoh, ikan salmon. Ia turut mengandungi vitamin B12 yang bagus untuk fungsi pembentukan sel-sel darah. Lebih daripada itu, apa-apa jenis ikan pun baik untuk wanita hamil kerana ia adalah makanan yang rendah kolesterol.
Daging merah
Daging merah seperti lembu, kambing dan kerbau kaya dengan protein dan mengandungi banyak zat besi serta mineral lain termasuklah vitamin A, D, K, B2, B3, B6 dan B12; asid amino, omega-3 dan selenium yang diperlukan oleh golongan ibu hamil. Kesemua ini mampu meningkatkan hemoglobin.
Sayur-sayuran berdaun hijau
Sayur mengandungi zat besi yang tinggi adalah terdiri daripada sayur yang berdaun hijau. Contohnya, bayam, brokoli, kangkung dan sawi. Selain daripada itu, sayur-sayur ini mengandungi kandungan asid folik semula jadi yang baik untuk kesihatan ibu hamil dan perkembangan bayi dalam kandungan.
Kentang
Sayur berubi ini mengandungi zat besi dan vitamin C yang boleh membantu meningkatkan penyerapan zat besi dalam tubuh.
Kuning telur
Telur mengandungi protein, kalsium, vitamin, mineral dan zat besi. Sebaik-baiknya dapatkan telur yang telah diperkaya dengan omega-3.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tanda-tanda awal kanser darah pada kanak-kanak sering disalah anggap sebagai penyakit biasa. Ketahui simptom penting, punca leukemia dan rawatan yang perlu ibu bapa fahami.