Mengetahui diri sedang hamil merupakan saat yang sangat menggembirakan. Namun, terdapat beberapa perubahan semasa hamil perlu diketahui agar ibu tidak terkejut dengan perubahan yang bakal dialami.
Jangan ada rasa takut kerana ia sebenarnya pengalaman terindah buat ibu hamil yang bukannya di alami oleh semua orang. Mungkin bagi setiap individu ia berbeza-beza. Jom baca apa perubahan yang berlaku untuk pengetahuan bakal ibu seperti dikongsikan oleh Aya Chalo dalam blognya.
#1: Warna Payudara Berubah
Apabila hamil, perkara terawal yang kerap dialami adalah perubahan warna di sekitar payudara yang akan menjadi lebih gelap berbanding biasa. Ini disebabkan oleh peningkatan kadar estrogen.
Ibu juga mungkin mengalami sengal-sengal atau gatal di bahagian puting atau areola kerana pembuluh darah mengembang. Payudara juga akan membesar lebih daripada biasa.
#2: Timbul Garisan Tegak Di Perut
Ketika hamil, garisan tegak berwarna gelap akan timbul di bahagian tengah perut. Gunakan losyen pelembab untuk mengurangkan garisan halus tersebut. Losyen juga bagus untuk mengelakkan atau mengurangkan kesan “stretch mark” di bahagian bawah perut ibu.
#3: Kulit Kelihatan Gelap Seperti Berdaki
Terdapat ibu hamil yang akan mengalami perubahan fikizal ini. Leher, celah ketiak, paha menjadi lebih gelap seakan-akan berdaki. Perubahan ini adalah normal. Ia akan hilang selepas bersalin. Namun, selepas bersalin, ibu dinasihati agar mandi lulur agar daki-daki tersebut hilang dengan pantas.
Ads
#4: RambutLebih Tebal
Rambut akan menjadi lebih tebal dan kurang gugur di sepanjang tempoh kehamilan. Ini disebabkan oleh peningkatan kadar estrogen. Namun, selepas bersalin, rambut ini mula gugur. Tu yang rambut banyak gugur terutama bila baby dah memasuki 3-4 bulan tu.
#5: Risiko Penyakit Gigi Meningkat
Perubahan hormon menyebabkan gusi lebih terdedah kepada jangkitan dan kadangkala mulut menjadi kering. Alahan dan kerap muntah mengakibatkan gigi terdedah kepada asid perut yang boleh menyebabkan gigi terhakis dan haus. Jadi, ibu perlu meningkatkan kebersihan mulut dan gigi agar mengurangkan risiko masalah gigi dan gusi.
#6: Ubat-ubatan Menjadi Terhad
Semasa hamil, tidak semua ubat boleh diambil oleh ibu. Ibu wajib mendapat nasihat doktor sebelum mengambil mana-mana ubat.
Pengambilan ubat yang tidak dipantau boleh membahayakan bayi. Namun, ibu amat digalakkan untuk mengambil vitamin tambahan seperti asid folik, zat besi, vitamin c dan vitamin b complex.
Ads
#7: Berlaku Pigmentasi
Disebabkan peningkatan hormon estrogen di dalam badan ibu hamil turut memberi perubahan kepada kulit ibu. Pigmen mungkin akan lebih banyak timbul di bahagian muka. Oleh itu, jangan abaikan penggunaan pelindung sinaran uv untuk mengelakkan pigmen bertambah gelap dan kekal walaupun selepas bersalin.
Ads
#8: Menjadi Pelupa
Ramai ibu mengeluh kerana semakin menjadi pelupa ketika hamil. Ini dinamakan momnesia ataupun pregnancy brain .Kajian menunjukkan, penurunan memori ini adalah disebabkan kurang tidur, stress dan kurangnutrisi kehamilan.
#9: Kerap Berlaku Lelehan Cecair Dari Vagina
Semasa hamil, peningkatan kadar lelehan cecair berwarna putih atau pucat melalui vagina akan kerap terjadi. Ini disebabkan oleh peningkatan hormon dan aliran darah ke vagina.
Untuk mengatasi masalah ini, ibu boleh menggunakan pantyliner untuk menjaga kebersihan. Jika cecair ini berubah warna ke kekuningan, kehijauan dan menyebabkan kegatalan, sila berjumpa doktor dengan segera kerana itu tanda berlakunya infection. Infeksi boleh membahayakan bayi.
#10: Kerap Membuang Air Kecil
Situasi ini kerap berlaku di awal kehamilan sehingga minggu ke 28. Kandungan yang semakin membesar menekan pundi kencing dan menyebabkan ibu kerap berasa ingin membuang air kecil. Ini juga berlaku disebabkan oleh peningkatan darah di dalam badan yang menyebabkan lebih banyak air dihantar ke ginjal untuk diproses.
Walau apa pun perubahan yang ibu alami, dinasihatkan ibu untuk sentiasa berbincang, mendapatkan pandangan atau nasihat daripada rakan, adik beradik atau doktor untuk memastikan bayi dilahirkan dengan sihat dan selamat.
Keguguran setelah hamil memberikan kesan kepada fizikal dan emosi ibu. Tiada siapa mahu kehilangan bayi yang dikandungi. Anda perlu mengambil masa untuk hamil semula agar tubuh khususnya rahim pulih sepenuhnya.
Keguguran adalah keadaan di mana kehamilan berakhir sebelum usia kandungan mencapai usia 22 minggu yang mana bayi tidak berupaya untuk hidup di luar rahim. Menurut Dr Lilian George, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan KPJ Klang Specialist Hospital, keguguran terjadi disebabkan oleh beberapa faktor.
Dalam kebanyakan keadaan, keguguran disebabkan oleh ibu yang melengahkan masa untuk mendapatkan pengesahan hamil daripada doktor selepas membuat pemeriksaan sendiri di rumah. Walhal, pemeriksaan awal amat mustahak untuk memastikan kedudukan kandungan. Ia juga membolehkan hormon progesteron diberi untuk menyokong kehamilan. Keguguran kerap terjadi pada trimester pertama. Biarpun begitu, ia masih boleh berlaku sehingga usia kandungan melebihi 22 minggu.
Faktor yang meningkatkan risiko keguguran
Keguguran berlaku disebabkan oleh beberapa faktor yang berpunca daripada pelbagai sebab dan keadaan seperti berikut:
Ibu mempunyai penyakit seperti diabetes.
Ibu mengalami tekanan darah tinggi.
Ibu menghidap penyakit tiroid.
Wanita hamil yang berkahwin dengan ahli keluarga sendiri.
Ibu hamil selepas usia 35 tahun.
Kecacatan rahim.
Jangkitan kuman seperti listeriosis dan toxoplasmosis yang menjejaskan kesihatan janin.
Jangkitan melalui hubungan seks seperti sifilis.
Ibu mempunyai masalah hormon seperti polycystic ovary.
Embrio tidak berkembang seperti sepatutnya tanpa sebab.
Kecacatan kromosom yang menghalang bayi daripada berkembang dan menyebabkan kehamilan terhenti pada peringkat embrio.
Kehamilan anggur
Jenis keguguran
Lazimnya keguguran terbahagi kepada beberapa jenis iaitu:
Keguguran penuh (complete abortion) di mana embrio atau janin yang gugur keluar sepenuhnya dari dalam rahim. Keadaan ini kerap melibatkan keguguran pada awal usia kehamilan di mana plasenta belum terbentuk. Selalunya, ia tidak melibatkan prosedur dilatation and curettage (D&C). D&C hanya dilakukan sekiranya si ibu masih mengalami pendarahan dan terdapat sisa kandungan.
Keguguran tidak penuh (incomplete abortion) pula apabila janin tidak keluar sepenuhnya dan D&C perlu dilakukan.
Missed miscarriage di mana janin tidak berkembang dengan sempurna. Keadaan keguguran jenis ini memerlukan proses kemungkinan disebabkan oleh perkembangan yang terhenti.
Simptom keguguran
Sebagai ibu baru, anda mungkin keliru tentang keguguran sama ada ia adalah pendarahan biasa semasa implantasi atau keguguran. Apa yang anda perlu lakukan ialah segera mendapatkan rawatan doktor jika mempunyai tanda-tanda berkenaan:
Pendarahan yang bermula dari sedikit dan kemudiannya berlangsung lama dan semakin banyak. Darah yang keluar adalah darah segar dan mengandungi gumpalan darah.
Kesakitan seperti senggugut dan rasa kejang di bahagian pinggul berulang-ulang.
Rasa nyeri pada bahagian bawah perut, alat kelamin dan pangkal paha dalam tempoh yang lama. Nyeri ini terjadi dalam beberapa jam hingga beberapa hari setelah muncul gejala perdarahan.
Rawatan
Apabila mengalami simptom ini, anda perlu segera mendapatkan bantuan perubatan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini. Doktor akan membuat diagnosis melalui beberapa ujian yang bersesuaian dengan anda. Ujian-ujian tersebut termasuklah ujian darah untuk mengesan hormon hCG, ultra bunyi, imbasan dan ujian pada pelvis.
Prosedur D&C
Prosedur dilatation and curettage (D&C) adalah prosedur minor. Ia hanya dilakukan sekiranya keguguran yang terjadi masih ada pendarahan dan terdapat sisa tisu yang masih tertinggal di dalam rahim. Ia bertujuan untuk mempercepatkan pemulihan lapisan rahim ibu. Sekiranya tidak dilakukan, rahim akan terdedah kepada jangkitan dan menyebabkan keadaan seperti dan endometriosis.
Prosedur D&C dilakukan untuk mengeluarkan tisu yang tertinggal. Ibu akan diberikan bius dan prosedur inu hanya memakan masa sekitar 10 hingga 15 minit. Dalam pada itu, ibu perlu tahu bahawa prosedur ini mempunyai risiko rahim tertembus sebanyak 1%.
Tisu yang berbaki akan disedut menggunakan peralatan khas. Kebanyakan ibu sangat takut sedangkan ia cuma menyebabkan kesakitan seakan-akan senggugut selama dua hingga tiga hari. Jangan khuatir kerana ubat penahan sakit akan dibekalkan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kadang-kadang orang mengandung ni mengidam macam-macam. Bukan saja makanan, ada juga yang teringin nak buat perkara pelik. Sesetengah perkara tersebut mungkin kedengaran agak sukar untuk dibuat namun selagi tak memudaratkan atau bertentangan dengan syarak, suami pasti akan cuba untuk memenuhinya.
Seorang wanita hamil berkongsi kisahnya di akaun TikTok wanyanjee yang mengidam untuk memegang seekor memerang. Kebetulan dia dan suami berjalan-jalan di zoo, pekerja di sana memberi peluang untuk dirinya memegang haiwan comel tersebut.
Demi memenuhi permintaan si isteri, suaminya meminta kebenaran dari pekerja zoo. Memahami situasi wanita hamil yang mengidam, pekerja zoo tersebut menangkap salah seekor memerang untuk diberikan kepadanya.
Setiap pasangan yang berkahwin pasti mendambakan penyeri dalam rumah tangga. Jika dikurniakan cahaya mata, pasti sesebuah perkahwinan itu terasa lengkap dan menjadi penguat kasih sayang antara suami dan isteri.
Begitu juga dengan pasangan muda, Eyra Hazali dan Haziq Nadzli. Baru-baru ini aktres tersebut telah memuat naik sebuah video di saluran Youtube mereka untuk mengumumkan dirinya hamil.
Di dalam video tersebut dapat dilihat Eyra membuat ujian kehamilan dan didapati hamil. Merancang untuk membuat kejutan untuk suaminya, Eyra memberitahu kononnya mereka diberikan hadiah sempena perkahwinan mereka.
Di dalam kotak hadiah tersebut ada sekeping kad yang meminta Eyra dan Haziq untuk membuka dua buah kotak lain di dalamnya. Apabila tiba giliran untuk membuka kotak hadiah Eyra, Haziq mendapati ada dua alat ujian kehamilan.
Terkejut dengan hadiah tersebut dan ketika melihat keputusannya positif, Haziq bertanyakan kepada Eyra milik siapakah alat ujian kehamilan tersebut. “That’s mine, Baby,” jawab Eyra.
Teruja dengan berita itu, Haziq melahirkan rasa syukurnya. Sesiapa yang menonton pasti akan mengalirkan air mata gembira melihat pasangan ini saling berpeluk kerana Eyra hamil.
Pa&Ma mengucapkan tahniah kepada pasangan ini dan berharap agar fasa kehamilan Eyra dipermudahkan.
Subuh adalah waktu yang sering kita ambil ringan, padahal ia menyimpan sejuta keajaiban yang tak ternilai harganya. Ketika ramai masih lena dibuai mimpi, mereka...