Pengacara dan pelakon Mat Dan mendedahkan nama anak keduanya pada hari ke 20 kelahiran si comel itu. Pada awal November lalu, Mat Dan mengumumkan kelahiran anak keduanya yang dilahirkan pada 7 November, jam 10.55 pagi.
Menerusi instagram miliknya, Mat Dan atau nama sebenarnya, Mohammad Kareef Daniel Abdullah, 31, berkongsi nama yang dipilihnya bersama isteri untuk anak lelaki keduanya itu.
Kata pengacara program Haramain Backpackers yang bersiaran di Astro Oasis ini lagi, anak keduanya itu kini sudah pun berusia 20 hari.
“Eydan Yusoff bin Daniel James Tyler, lahir pada 7/11/2020. Berusia 20 days old!,” katanya ringkas.
Mat Dan turut berkongsi sekeping foto terkini anaknya yang sedang menyusu. Pun begitu wajahnya masih tidak didedahkan kepada umum.
Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Zayne Tyler yang kini sudah pun berusia dua tahun. Kini kehidupan keluarga ini semakin bahagia dengan kehadiran Eydan Yusoff.
Dalam rancangan TV Pa&Ma, ibu berkongsi info tentang saat awal anaknya didiagnosis masalah pendengaran. Tidak terkejut apabila menengar bunyi kuat mercun serta beberapa simpton lain menjadi tanda-tanda awal yang dikenalpasti.
Puan Noor Liza binti Ishak, ibu kepada adik Noor Yasmeen binti Shahar, 9 tahun mengalami masalah pendengaran sejak lahir, dengan keadaan telinga kanan profound, manakala telinga kiri severe.
Liza yang tampil dalam rancangan TV Pa&Ma episod Mendidik Anak Pekak & Bisu berkata sejak berumur 3 bulan, Yasmin telah membuat tiga kali saringan di Hospital Klang dan disahkan mempunyai masalah pendengaran pada umur 9 bula. Bukan itu sahaja, Yasmeen juga mempunyai Leukodistrophy pada bahagian otaknya.
BUNYI KUAT MERCUN TIDAK MEMBUATNYA TERKEJUT
“Pada mulanya kami suspect, yasmeen ada masalah pendengaran bila dia tidak menunjukkan respon terkejut bila bunyi kuat seperti mercun, sedangkan orang lain menutup telinga, tetapi Yasmeen biasa-biasa saja Apakah tanda-tanda yang ditunjukkan Yasmin?
Pada umur 4 bulan, semasa follow up dengan Klinik Ibu & Anak, mereka Membuat saringan pendengaran, tetapi Yasmeen tidak memberikan respon positif.
Pada umur 9 bulan, Yasmeen masih belum boleh meniru sebutan “da… ma…. ba…” lalu ini menyebabkan anak kecil ini perlu dirujuk ke Hospital Besar.
PENDIDIKAN DITERUSKAN
Pada awal persekolahan, masa berumur 5 tahun, Liza dan suami memasukkan Yasmin ke Tabika Kemas dan kemudian menukarkannya ke Prasekolah Khas sehingga kini bersekolah di di Sek. Keb. Pendidikan Khas Selangor, Shah Alam. Kini Yasmeen menuntut di tahun 2.
ALAMI GROSS MOTOR DELAY
Sejak dilahirkan, Yasmeen mempunyai bebeberapa appoinmen di klinik pakar hospital, antaranya Klinik Kanak-Kanak dimana perkembangan beliau dipantau kerana masalah gross motor delay, Yasmeen tidak seperti anak normal lain yang mengikut step perkembangan biasa.
Yasmeen tidak meniarap, pada umur 4 bln, tidak boleh duduk sendiri pada umur 10 bln, tidak merangkak, dan benar2 boleh berjalan pada umur 1 thn 7 bln selepas menghadiri fisioterapi dan terapi carakerja di Hospital Klang.
Yasmeen juga mempunyai appoimen untuk mata, kerana mengidap silau rendah. Tapi sekarang sudah didiscaj dari klinik Mata. Masih lagi mempunyai temujanji dengan ENT, terapi pertuturan dan juga Audiology untuk masalah pendengaran dan pertuturannya. Pernah dirujuk ke pusat perkembangan kanak-kanak di sebuah pusat perubatan untuk menilai kognitifnya dan sekarang telah di discaj.
IBU BAPA PERLU PEKA PERKEMBANGAN ANAK
Liza turut berkongsi tip penting. “Sebagai ibu bapa, kita harus tahu carta perkembangan dan peka terhadap perkembangan anak kerana dari situ barulah kita dapat membuat pengesanan ketidaknormalan dan rawatan serta rehablitasi dapat diberikan dengan awal.
“Pada masa kami menerima berita Yasmeen tidak boleh mendengar, kami telah meredhakannya, kami kena kuat dan tabah, sebab kalau kita tak kuat, anak akan lebih terkena kesan, mungkin pengabaian.
“Saya banyak membaca dan mencari informasi di internet mengenai pekak. Mengikuti saranan doktor, kerana mereka lebih tahu alat-alat yang boleh bantu pendengaran. Kini terdapat teknologi moden seperti koklea implan untuk membantu anak2 masalah pendengaran mendengar.
JANGAN SEGAN BERTANYA
Jangan segan untuk bertanya dengan ibubapa yang lebih senior yang mempunyai anak pekak. Boleh bertanya kan tips dan pengalaman mereka menjaga dan membesarkan anak-anak istimewa ini.
GILAP BAKAT ANAK
Sertai persatuan atau kelab-kelab NGO yang ada. Seperti Persatuan Hear Me , Persatuan Orang-Orang Pekak. Walaupun anak pekak, mereka juga ada bakat dan kelebihan lain, yang ibu bapa kena cari dan gilap, kanak-kanak pekak juga boleh berjaya dan bersosial seperti kanak-kanak normal,
Anak yang mengalami pekak dan bisu boleh dididik kebolehannya. Bagaimana caranya? Ikuti perkongsian daripada pakar & ibu bapa dalam rancangan TV Pa&Ma yang bertajuk “Mendidik Kebolehan Anak Pekak & Bisu” jam 12 tengah hari & ulangan 9 malam di slot Dewi (Astro Prima [105] & Astro Maya HD [135]) pada Selasa, 18 Disember 2018.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Plasenta atau uri yang berada pada kedudukan tidak normal sememangnya mengundang bahaya kepada ibu hamil. Malah beberapa risiko lain turut memberi masalah kepada ibu. Kenal pasti risikonya.
Ada beberapa kriteria plasenta tidak normal yang boleh mengundang bahaya kepada ibu iaitu:
1. Uri melekat (retained placenta)
Tanda dan risiko:
a. Ketiadaan tanda-tanda plasenta sudah lekang selepas 30 minit menunggu.
b. Pengalaman lepas, ibu pernah mengalami masalah plasenta melekat.
c. Pernah menjalani pembedahan Ceasarean sebelum ini.
d. Pernah menjalani D&C.
e. Mempunyai anak ramai.
f. Kandungan kembar.
g. Kehamilan lewat usia.
Cara menanganinya:
Ibu perlu dibius. Seterusnya doktor akan cuba membuat MRP dengan memasukkan seluruh tapak tangan ke dalam rahim dan hujungnya akan digunakan untuk mengikis permukaan uri yang melekat di dinding rahim.
Doktor akan mengeluarkan plasenta sepenuhnya atau sedikit demi sedikit (serpihan).
Bagaimanapun terdapat risiko dengan cara ini iaitu:
– Uri tidak dapat dikeluarkan sebab tertanam di dalam lapisan otot dinding rahim. Ia dikenali sebagai acretal/percreta. Boleh menyebabkan pendarahan yang banyak. Doktor akan memberikan ubat methtrexate untuk mengecutkan sel-sel plasenta supaya ia keluar sendiri atau melalui pembedahan histeraktomi (buang rahim) terutama kepada pesakit yang sudah cukup bilangan anak atau lewat usia.
– Serpihan uri tidak lengkap. Mungkin doktor akan melakukan D&C untuk mencuci hingga rahim bersih.
– Berlaku jangkitan.
– Luka pada dinding rahim (perfocation) tetapi jarang berlaku.
2. Uri di bawah (placenta previa)
Lokasi plasenta di bawah ini boleh disahkan selepas usia kandungan 8 bulan melalui pemeriksaan ultrasound. Tanda-tanda masalah ini ialah:
-Pendarahan yang tidak sakit pada trimester pertama kehamilan.
-Kedudukan bayi yang tidak normal seperti melintang atau menyongsang.
Jenis-jenis plasenta previa: Minor – Tidak menutupi keseluruhan rahim. Wanita ini mempunyai peluang untuk bersalin normal. Tetapi jika berlaku pendarahan, pembedahan Ceasarean perlu dilakukan.
Major – Uri menutupi keseluruhan rahim. Pembedahan Ceasarean perlu dilakukan. Antara risikonya termasuk pendarahan banyak, kelahiran kecemasan dan kelahiran pramatang.
3. Uri lekang (abraptio placenta)
Plasenta lekang daripada tempatnya sebelum bayi dilahirkan. Biasanya berlaku semasa trimester ketiga kehamilan atau sewaktu kontraksi. Antara tanda-tandanya:
– Pendarahan yang banyak berbanding darah biasa diiringi dengan kesakitan.
– Denyutan nadi anak semakin menurun kerana dia cemas.
– Kes-kes ekstrem, degupan jantung anak tidak dapat dikesan menyebabkan dia lemas. Kadangkala masalah ini berlaku pada ibu yang mempunyai darah tinggi, bersalin kembar, kembar air (ketuban banyak) dan ibu yang mengamalkan urutan untuk membetulkan kedudukan plasenta atau bayi.
Jika doktor mendapati bayi masih hidup dan pintu rahim masih terbuka, pembedahan Ceasarean akan dijalankan. Jika pintu rahim sudah terbuka dan bayi masih stabil, doktor akan membenarkan ibu bersalin normal. Kalau bayi sudah meninggal pun, ibu tetap perlu bersalin normal.
4.Serpihan plasenta tertinggal (retained placenta tissue)
Boleh berlaku sejurus kelahiran bayi atau selepas ibu pulang ke rumah. Antara tanda-tandanya:
– Darah nifas yang banyak dan tidak berkurangan diiringi dengan ketulan darah yang banyak.
– Rengat yang berterusan dan teramat sakit.
– Darah nifas berbau menunjukkan jangkitan sudah berlaku.
Doktor akan mengesahkan terdapat serpihan plasenta tertinggal melalui pemeriksaan ultrasound. D&C akan dijalankan bagi membersihkan rahim dan kikisan serpihan plasenta akan dihantar ke makmal untuk mengesahkannya.
Apakah semua kes serpihan plasenta perlu menjalani D&C?
Hal ini bergantung pada serpihan yang tertinggal. Jika tidak banyak pendarahan, doktor akan memberi antibiotik dan serpihan akan keluar bersama darah nifas.
Adakah masalah serpihan plasenta tertinggal boleh dielakkan?
Hal ini merupakan satu kontroversi di kalangan pakar perubatan. Doktor dapat mengeluarkan plasenta sepenuhnya tetapi masalah selaput plasenta masih tertinggal masih boleh berlaku.
Masalah plasenta succencuriate lobe yakni tertinggal serpihan daging tambahan plasenta yang tidak diketahui oleh doktor boleh membawa kepada pendarahan yang banyak selepas pulang ke rumah. Bagaimanapun masalah ini jarang berlaku.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Apabila tamatnya nifas, mungkin para ibu menjangkakan haid akan datang dalam bulan yang seterusnya. Tapi sebaliknya haid masih tak datang seperti biasa sampai lima bulan. Normal ke?
Ada yang dah datang haid seawal 3 bulan selepas melahirkan dan ada juga yang tak datang haid selepas berbulan-bulan lamanya. Mana satukah yang normal dan adakah kita patut risau?
Ini 5 perkara untuk anda fahami tentang haid pertama selepas bersalin.
Lewat haid tanda normal
Haid akan datang semula paling awal sekitar minggu ke-8 selepas melahirkan, itupun sekiranya anda tidak menyusu badan. Jika anda menyusu badan sepenuhnya, adalah normal untuk haid datang lebih lewat atau terhenti buat sementara waktu.
Tempoh haid untuk kembali berbeza bergantung kepada kekerapan menyusu serta paras hormon dalam tubuh masing-masing. Menurut WHO, seseorang wanita hanya akan kembali mengalami haid antara tempoh 4 hingga 10 bulan selepas bersalin, namun boleh juga mencapai 15 hingga 18 bulan selepas bersalin, bahkan ada yang mencapai tempoh 24 bulan, terutamanya jika mereka menyusu badan secara ekslusif.
Susukan anak
Apabila menyusu badan, hormon prolaktin, iaitu hormon yang diperlukan untuk menghasilkan susu badan boleh menjejaskan penghasilan hormon reproduktif. Oleh sebab itu, tubuh tidak berovulasi secara aktif seperti sebelum ini.
Tanpa proses ovulasi yang normal, wanita tidak akan mengalami haid. Pakar-pakar juga berpendapat bahawa lebih kerap anda menyusukan bayi, lebih lambat kitaran haid anda akan bermula semula.
Haid lambat tapi boleh hamil
Penyusuan badan juga boleh bertindak sebagai perancang kehamilan semulajadi tetapi ia tidak memberi jaminan 100% bahawa anda tidak akan mengandung apabila anda kembali aktif melakukan hubungan intim. Kebarangkalian untuk hamil adalah lebih tinggi walaupun tanpa haid sekiranya
* Usia bayi anda melebihi enam bulan
* Bayi tidak menyusu badan dengan kerap
* Penyusuan bayi tidak berlaku secara direct (melalui botol susu yang diperah)
Haid berbeza dari biasa
Haid yang datang pertama kali selepas bersalin kebiasaannya tidak sama seperti haid yang biasa anda alami selama ini. Ini kerana tubuh anda sedang menyesuaikan diri dengan proses menstruasi.
Oleh sebab itu, tubuh mungkin akan memberi sedikit tindakbalas pada haid seperti:
* Terdapat ketulan darah
* Rasa cramp yang mungkin lebih sakit atau sebaliknya
* Haid yang terhenti-henti
* Tempoh kitaran yang tidak tetap
Pengaruhi susu badan
Selain perubahan di atas, anda mungkin mendapati beberapa perubahan pada susu badan anda. Menurut HealthLine.com, perubahan hormon ketika tempoh haid ini mungkin menyebabkan bekalan susu badan anda berkurangan, berubah rasa atau komposisinya.
Namun begitu, anda tak perlu risau kerana perubahan yang berlaku selalunya tidak ketara dan tidak akan mengganggu proses penyusuan bayi.
Bila patut risau?
Ibu-ibu mungkin risau sekiranya haid anda masih belum datang walaupun dah melebihi 1 tahun bersalin, terutamanya bagi mereka yang merancang untuk mendapatkan cahaya mata seterusnya.
Jika anda khuatir tentang hal ini, anda boleh melakukan pemeriksaan khusus untuk mengetahui kadar hormon dan kesuburan anda di klinik atau hospital. Selain itu, apabila anda mengalami haid / simptom pendarahan seperti berikut, pastikan anda merujuk kepada doktor.
* Haid terlalu banyak
* Pendarahan yang disertai dengan demam dan kesakitan melampau
* Pendarahan melebihi 7 hari
* Ketulan darah yang besar
* Darah yang berbau kuat
* Sakit kepala yang serius
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Keperluan bayi baru lahir yang wajib disediakan oleh ibu ayah sebelum kelahiran. Ketahui senarai lengkap barangan asas bayi termasuk lampin, pakaian, tempat tidur, penyusuan dan keselamatan.