“Mat Jambu Kat Hospital. Scan Nampak Girl, Bila Keluar Nama Annur Tukar Pada Aqil”

Share

Keterujaan untuk menimang cahaya mata pasti akan dirasai oleh setiap pasangan suami isteri. Tak kisahlah sama ada anak pertama, kedua atau seterusnya rasa berdebar itu tetap ada. Tambah pula, bila nak mengetahui jantina bayi, itu juga momen yang ditunggu.

Seperti kisah ibu ini, Puan Suhaida Mohd Suhaimi, kisah kelahiran anak keenam pada 27 September 2019 adalah yang paling tak dapat dilupakan kerana mulanya ingatkan bayi perempuan rupanya bila dah keluar adalah bayi lelaki.

Malah segala persiapan juga semuanya berasaskan warna pink dan terpaksa dipakai juga sehingga usia anak 2 minggu sebelum diberikan semua kelengkapan itu kepada orang yang mempunyai bayi perempuan.

Berkongsi pengalaman lucu tersebut, Suhaida menjelaskan ketika melakukan scan diusia kandungan 6 bulan, doktor memang cakap bayi perempuan. Dalam beberapa kali juga buat scan termasuk buat 4D dan keputusan memang nampak jantina perempuan.

“Memang tak sangka sama sekali dan kami suami isteri berpegang pada keputusan scan itu membeli semua kelengkapan anak warna pink.

“Tambah pula saya tiada alahan mengandung cuma memang suka kunyah ais. Malam-malam akan buka peti ais semata-mata nak cari ais,” katanya.

Berikut perkongsian Suhaida di Facebooknya:

Annur Annis Eryna nama diberi masa dalam perut. Keluar perut jadi Muhammad Aqil Amsyar.

Pengalaman dan suprise paling best, scan 6 bulan katanya perempuan. Ayah reda sebab nak baby lelaki. Tak puas hati. Scan lagi kali ni 4D untuk nak bagi nampak jelas lagi.

Dr pun cakap perempuan juga. Ibu pun beriya lah beli segala baju, bedung dan barang semua berasaskan warna pink. Dengan nama berbulan ibu cari..

Aqil ketika menyambut hari lahirnya dan kini dah genap 3 tahun

Nahhhhh sekali keluar belalaiii. Masa Dr angkat dan tanya tengok anak awak ni lelaki ke perempuan. ibu pun jawab..eh kenapa lelaki.

Jururawat dan doktor pun ketawa. Masa baby kat dada ibu lagi ibu dah call ayah dan tak tahu nak gelak ke nak nangis. Maka bergelak lah kami. Kejadiannya jadilah Mat Jambu kat hospital.

Kongsi Suhaida lagi, walaupun kisah ini dah 3 tahun berlalu, kenangan tersebut akan ingat sampai bila-bila. Cuma sekarang ini Aqil masih belum faham lagi kisah kelahirannya dan mungkin bila dah besar nanti bolehlah diceritakan momen lucu ini padanya.

Kredit: Mamad Sue

Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).

Daftar segera di SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/pama-gala-2022-reunion-x-tyt/)

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

IKLAN