Baru-baru ini pasangan selebriti, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin bercuti ke Santorini, Greece dan turut membawa anak kesayangan mereka, SyerivSamheizy yang berusia 1 tahun.
SyerivSamheizy atau nama manjanya Mat Yip mempunyai pengikut di Instagram sebanyak 800 ribu followers. Rata-rata peminat Mat Yip suka melihat telatahnya yang comel dan melucukan selain raut wajahnya yang sangat comel. Menerusi Instagram Mat Yip, Syatilla telah berkongsi video aksi mereka bermain ombak di Read Beach Santorini.
Aksi Mat Yip yang menangis teruk kerana takut ombak mendapat kecaman ramai pengikutnya. Rata-rata tidak setuju dengan cara Syatilla memaksa Mat Yip bermain ombak.
Takut Fobia
Ads
Kesian, Jangan Paksa
Ads
Trauma
Emosi perlu dijaga
Ads
Namun begitu, ada juga yang memberikan komen positif dan membina. Mungkin Mat Yip masih kecil lagi dan takut. Bila dah besar nanti Mat Yip pula yang suka dengan ombak. Tak terkejar nanti Syatilla dan Sam kan. Syatilla tahu yang terbaik untuk anaknya dan dia tahu tahap anaknya dimana.
Kasih seorang suami! Apa sekalipun tak pernah terlintas difikiran saya untuk berkahwin lagi atau mencari pengganti isteri sebaliknya akan terus menunggu dia hingga kembali sihat dan menjaganya selagi terdaya,” luah bapa seorang anak, Muhamad Saiful Sudin.
Kini, dia menjaga isterinya, Norfadilla Che Par, 30, yang terlantar sakit selepas melahirkan zuriat sulung mereka kira-kira tiga tahun lalu.
Demi melaksanakan tanggungjawabnya, Muhamad Saiful, 31, yang menetap di Kampung Kok Lintang, Gunung di sini, sanggup berhenti kerja di sebuah syarikat bekalan tenaga elektrik untuk memastikan dirinya sentiasa berada di sisi Norfadila yang sudah tidak dapat menguruskan dirinya sendiri.
Berkongsi pengalamannya, dia berjaga sehingga awal pagi bagi menemani isterinya yang kebiasaannya tidur selepas waktu Subuh.
Menurutnya, selain memandikan dan menukar lampin pakai buang, dia juga perlu memberi Norfadila minum susu setiap empat jam sekali.
“Isteri saya dalam keadaan baik sebelum dan ketika hamil, namun dengan tiba-tiba jantungnya terhenti selama 10 minit sewaktu melahirkan anak kami secara pembedahan. Separuh sel otaknya mati disebabkan oksigen tidak sampai dan mujurlah doktor dapat menyelamatkannya dengan izin Allah.
“Empat bulan isteri saya koma dan Allah saja tahu bagaimana sedihnya saya ketika itu dan syukur sangat apabila dia sedar walaupun tidak boleh bercakap dan perlu menerima rawatan selama empat bulan lagi di hospital untuk pemantauan,” katanya.
Bercerita lanjut, Muhamad Saiful bersyukur kerana tinggal bersama keluarga mentua jadi tidak berseorangan memantau Norfadila walaupun dia sepenuhnya yang menguruskan keperluan isterinya itu.
Anaknya, Muhammad Syahmi yang kini berusia tiga tahun dijaga oleh kakak iparnya, Norhasirah yang tinggal di kampung sebelah.
“Sedih memang ada kerana isteri jadi begitu ketika melahirkan anak dan setahun selepas kami berkahwin.
“Saya juga pernah hilang semangat terutama ketika isteri koma di hospital kerana melihat keadaannya yang seperti tiada peluang untuk isteri sedar apatah lagi sembuh.
“Bagaimanapun, keluarga yang banyak beri saya kekuatan dan semangat untuk terus cekal menjaga isteri sehingga kini malah mereka juga membantu daripada segi kewangan kerana saya tidak bekerja.
“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ada beri elaun sebanyak RM500 tetapi ia tidak cukup kerana perbelanjaan bulanan isteri dianggarkan mencecah RM1,500 dan ia diperlukan bagi membeli lampin pakai buang, bekalan susu untuk setiap tiga hari dan lain-lain lagi,” katanya.
Muhamad Saiful berkata, doktor tidak beri jaminan atau jangkaan tempoh isterinya akan sembuh.
Menurut Muhamad Saiful, jika pulih sekalipun, doktor meminta dia bersiap sedia dengan keadaan Norfadila yang tidak akan normal seperti biasa.
“Isteri mungkin sukar kembali sihat seperti dulu namun saya tidak akan berputus asa malah setiap hari berdoa supaya Allah berinya kesembuhan dan keajaiban iaitu peluang kedua untuk hidup normal.
“Saya tidak pernah menyesal berhenti kerja tiga tahun lalu bagi menjaganya kerana sudah menjadi tanggungjawab sebagai suami untuk ada di sisinya.
“Sekurang-kurangnya, saya tidak akan berasa ralat jika berlaku apa-apa kemudian hari.
“Saya yakin ada hikmah di sebalik ujian ini jadi reda dengan apa yang berlaku dan susah atau senang, biarlah kami bersama,” katanya yang masih membawa Norfadila menjalani pemeriksaan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu setiap enam bulan sekali.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Achey yang baru menyambut hari lahir hari ni terkejut dengan surprise daripada isterinya, Anne. Hadiah paling bermakna itu diletakkan di bawah tutup saji.
Rupa-rupanya hadiah yang paling mahal dan tidak ternilai itu ialah Tiara Zinnirah,anak angkat mereka. Tiara yang dibedungkan seolah-olah ikut sama menyanyikan lagu Happy Birthday bersama ibu. Alahai comel sangat!
Achey memberikan reaksi terharu dengan kejutan ini dan mengalirkan air mata bersama-sama Anne dan terus memeluk Tiara.
Video ini mendapat tontonan hampir 200k dalam masa 9 jam. Para follower yang menonton turut sama menitiskan air mata dengan mengucapkan selamat hari lahir buat selebriti ini.
Usahawan dan Insta selebriti, Adira Salahudi berdepan detik cemas setelah dimaklumkan bahawa pembantu rumahnya cuba melarikan diri dari rumah.
Lebih mendebarkan, anak keduanya yang masih kecil berada dalam jagaan pembantunya ketika kejadian.
Menceritakan semula kejadian yang berlaku pada awal pagi Isnin, Adira membatalan percutianya bersama keluarga dan bergegas pulang ketika dihubungi oleh abangnya tentang situasi luar kawalan tersebut.
“Penat menangis tapi hidup perlu diteruskan so i wakeup and smile 😰 seharian semalam berdrama. Dari pukul 6pagi sampai ke malam. Sebenarnya nak bawa mak mertua pergi jalan jalan melaka sempena birthday dia. Tapi semua tempat penuh. So bawa tidur dekat kl je. Semuanya ada hikmah.”
“Allah atur tu semua bersebab dah. Pukul 6pagi Ammar dapat call dari abang i, kata maid hilang. Dia lari ikut pintu belakang lebih kurang pukul 5pagi. Kononnya nak basuh baju. masatu abang i baru nak naik bilik nak tidur sebab baru habis tengok bola. Nasib la kitorang ni tidur di kl je so boleh balik terus kat rumah.”
“Masa dapat info maid pegang pisau, Allahu nak gugur jantung i doa je banyak banyak Allah lindung alva & abang kakak i. Jangan la jadi apa apa. Sebab petang sebelum kejadian i ajak maid pergi sekali dia kata taknak,(dia memang jenis tak suka bercampur dgn org)i minta dia ambilkan barang alva sekali, i nak kemas bag. Dia cakap alva takyah ikut la, dia jaga so I marah cakap mana boleh! Pastu dia cakap lagipun alva mudah sakit. Nanti balik demam lagi. I pun terfikir hm betul juga kesian alva nanti. Pastu i cakap esok ikut abang kakak datang dekat tempat kitorang juga, kena bawa alva. Malam ni je alva tidur rumah. So alva dengan dia, abang kakak i pun ada dekat rumah.”
“Boleh tahunya sebab alva menangis pukul 5lebih pagi sampai melalak, kakak i panggil maid tak nyahut, cari cari tak ada. Pastu guard rumah jumpa dia dekat belakang bukit area rumah. Dia ingat boleh lari ikut jalan lain. Tapi keliling area rumah memang berpagar tak boleh keluar masuk. Nak masuk nak keluar memang kena lalu guard house.”
Lebih mencemaskan, pembantu rumah tersebut mengugut untuk bunuh diri selepas berjaya ditangkap.
“So dapat tangkap dia. Dia ugut nak bunuh diri, pegang pisau bagai. I balik balik tengok dia mcm tu. Tak terfikir langsung dia akan buat macam tu. Sebab i tengok dia dah okay jaga anak jaga rumah. Cuma memang dia lain sikit. Tak suka bercakap, tak hormat orang as tuan rumah. Tak macam orang orang yg i selalu jumpa.”
“Tapi i malas nak demand lebih so accept jela and cuba faham mungkin perangai dia macam tu. Kitorang cuba faham dia. Nak guna smartphone bagi, nak cuti bagi. Makan pun i masak kadamg siap hantar sampai ke bilik dia. Sebab taknak dia tak makan sebab dia dah jaga anak i dengan baik.”
Adira turut berkongsia video pendek di instastory ketika pembantu rumahnya cuba dipujuk dan ditenangkan.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!