Hati merasa tidak cukup kuat kala melihat kasih sayang seorang anak pada ayahnya yang telah tiada. Siapapun pasti meruntun hati kala melihat video yang dikongsikan oleh isteri arwah Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali ini.

Melalui perkongsian Hidayah di Instagramnya, sayu hati melihat anak arwah Abam Bocey, Syed Uthman Hamzah Al Juffrey yang menyebut nama ayahnya sebaik melihat ayahnya muncul di kaca televisyen.

Biarpun belum sempat mengenal dan bermanja bersama ayah pada tempoh yang lama, namun si kecil Hamzah mampu mengenal ayahnya.

Menerusi video yang dikongsikan itu, sebaik melihat wajah ayahnya, Hamzah terus menyebut ‘ayah’.

“Siapa tu Hamzah?,” tanya ibunya sebaik arwah Abam muncul di kaca televisyen.

“Ayahhh yeahhhh,” jawapan ringkas dan jelas dari Hamzah yang menggambarkan kerinduan seorang anak kecil.

Kata Hidayah menerusi kapsyennya, dia dan anak kecilnya itu tidak pernah sekali-kali melupakan insan yang cukup disayangi mereka sekeluarga. Malah doa sentiasa mengiringi untuk arwah Abam tersayang.

“Hamzah tak pernah lupa Ayah, sentiasa doakan Ayah.

IKLAN

“1 tahun 4 bulan, Syed Umar Mokhtar #kitabaikramaisayang #al_fatihahsuamiku #1tahun4bulan,” kongsinya lagi menerusi Instagram.

Pada usia Hamzah baru menginjak sembilan bulan ketika itu, arwah Abam pergi meninggalkan kedua-duanya selepas mengalami demam panas. Waktu yang singkat dan kekurangan kasih sayang tidak pernah membuatkan si kecil Hamzah melupakan ayahnya yang tersayang.

Meninjau di ruangan kapsyen, rata-rata wargamaya dapat merasakan kerinduan Hamzah pada ayahnya dan turut sayu hati melihat Hamzah.

“Allah nampak mata dia macam berkaca tengok ayahnya di tv, kuatnya kamu sayang..moga jadi anak yang baik ye Hamzah”

“Tengok muka Hamzah dah tahu rindu sangat kat ayah dia..Allah. Semoga jadi anak yang soleh dan jaga ibu mu nak..al-fatihah (dibaca) untuk arwah Abam”

IKLAN

“Allah, sedihnya. Moga jadi anak soleh ye hamzah”

Kini di usianya satu tahun empat bulan, Hamzah dilihat semakin bijak dan cukup aktif bermain. Ada sahaja aksi dan gelagatnya yang dikongsikan oleh ibunya di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by hidayah_ (@hidayah_abam)

Selain sudah mengenal ABC dan Alif Ba Ta, anak kecil ini juga cukup aktif bermain bersama ibunya. Ada sahaja aktiviti yang dicipta ibunya untuk memahirkan Hamzah. Malah menerusi perkongsian Hidayah di Instagram, anak kecil itu amat gemar melukis.

Semoga Hamzah terus menjadi anak yang sihat dan bijak serta menjadi pelindung dan pendamping setia buat ibunya apabila besar kelak.

IKLAN

Menarik: Good Boy Anak Ibu, Dah Pandai Baca ABC, Anak Arwah Abam Makin Aktif & Bijak

Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.

Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.

Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.

So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?

Just daftar je kat SINI.  FREE je tau Webinar ni!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @hidayah_abam